Tuesday, 28 May 2013
TERKINI: YB WILSON UGAK MENERAJU USAHA MENCARI DAN MENYELAMAT MANGSA BOT KARAM
Hari ini YB Wilson Ugak mengetuai usaha menyelamat dan mencari mangsa bot karam di Belaga yang masih hilang.
Laporan dari lokasi bahawa, selepas membuat kiraan hanya seramai 170 orang yang selamat dan dikhuatiri hilang seramai 14 orang. Namun demikian, menurut mangsa yang terselamat ada juga mangsa yang menumpang "tongkang" yang menghala ke Kapit. Identiti dan jumlah yang menaiki tongkang tersebut belum di kenal pasti.
TERKINI!!! 2 MAYAT MANGSA BOT KARAM DITEMUI
Laporan dari lokasi melaporkan 2 mayat mangsa ditemui sebentar tadi. Seorang daripadanya adalah wanita yang sarat hamil dan seorang wanita bebangsa cina. Identiti mangsa belum di kenal pasti.
Berikutan itu, mangsa yang hilang dan belum ditemui 21 orang, meninggal 2 orang dan selamat 181 orang.
Mayat mangsa akan di bawa ke Hospital Bintulu.
Difahamkan, pasukan menyelamat akan ditingkatkan dalam usaha mencari mangsa yang masih hilang. 1 pasukan dari Kapit dan 1 pasukan dari Sibu dikerahkan ke lokasi bagi membantu usaha pencarian.
Admin, doakan yang terbaik untuk menemui mangsa dalam keadaan selamat.
Monday, 27 May 2013
GEMPAR!!! MANGSA YANG TERSELAMAT BOT EXPRESS KARAM!!
Keadaan bot express malang sebelum kejadian. Penumpang yang melebihi muatan di jangka antara puncanya.
Antara mangsa yang selamat berenang ke tebingan sungai. Kini usaha mencari mangsa yang hilang masih giat diusahakan. Laporan tak rasmi seramai 181 orang terselamat, 21 orang meninggal dan salah seorang daripadanya adalah seorang perempuan yang mengandung.
Turut berada di lokasi ketika ini Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pn Angeline Umih, YB Wilson dan YB Liwan.
Antara mangsa yang selamat berenang ke tebingan sungai. Kini usaha mencari mangsa yang hilang masih giat diusahakan. Laporan tak rasmi seramai 181 orang terselamat, 21 orang meninggal dan salah seorang daripadanya adalah seorang perempuan yang mengandung.
Turut berada di lokasi ketika ini Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pn Angeline Umih, YB Wilson dan YB Liwan.
GEMPAR!!! BOT EXPRESS BELAGA KARAM
Admindifahamkan berlakunya bot express karam di Belaga. Menurut sumber, bot malang berkenaan membawa penumpang yang melebihi sehingga mengakibatkan bot tersebut terbalik.
Jumlah mangsa belum ditentukan dan belum ada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Difahamkan YB Liwan berada di tempat kejadian masa ini.
Admin, akan membawa perkembangan terbaru dari semasa ke semasa.
Sunday, 26 May 2013
SARAWAK WORKER PARTY DIBUBARKAN!
Hari ini mengumumkan bahawa mereka tidak menolak kemungkinan untuk menyertai Pakatan Rakyat. Apakah permainan yang dilakukan oleh SWP, apakah mereka tak penat dengan permainan memperbodohkan kaum Dayak? Sebelum PRU13 mereka memperkenalkan mereka adalah kawan BN tapi hari ini mereka memungkinkan akan menyertai Pakatan Rakyat.
Persoalannya sekarang, apakah Pakatan Rakyat akan menerima SWP berikutan parti SWP berteraskan parti keluarga SNG.
Sarawak Worker Party mengamalkan politik selamat dengan menyatakan kemungkinan akan menyertai Pakatan Rakyat setelah SWP di tolak oleh kaum Dayak dengan dasyat. Nampaknya, SWP akan dibubarkan tak lama lagi!
Admin percaya SWP tak akan mampu bertahan lama!
Tuesday, 21 May 2013
PENYELAMATKU YB WILSON UGAK
Hari ini YB Wilson Ugak membuktikan bahawa rakyat Hulu Rajang memilih beliau selaku wakil rakyat P216 adalah sesuatu yang tepat. Dikhabarkan YB Wilson Ugak telah membantu jiran yang mengalami kebakaran rumah awal pagi tadi.
YB Wilson Ugak yang mendengar teriakan dari kejiranan untuk meminta tolong dan beliau terus bergegas membawa alat pemadam kebakaran untuk membantu rumah kejiranan yang di jilat api. Insiden tersebut menyebabkan seorang mangsa yang meninggal dunia. Apa yang menjadi persoalan, kenapa ambulan mengambil masa sehingga 30 minit untuk sampai ke lokasi kejadian walaupun tempat kejadian begitu hampir dengan Hospital Umum Sarawak.
Ini merupakan satu tanggungjawab yang perlu di kaji oleh Menteri yang berkenaan.
Apakah kelewatan tersebut disebabkan oleh kesesakan lalu lintas?
Apakah kelewatan tersebut disebabkan oleh kekurangan papan tanda, sehingga mengambil masa untuk sampai ke lokasi kejadian?
Apakah kelewatan tersebut akibat daripada kekurangan ambulan?
Persoalan ini perlu di jawab oleh kementerian berkenaan.
Terima kasih kepada YB Wilson Ugak Kumbong yang mengambil tindakan yang bijak dengan membantu memadamkan api tersebut sekali gus mengelakkan api terus merebak ke rumah yang lain. Sikap pemimpin yang berjiwa rakyat seperti inilah yang rakyat dambakan selama ini. Alangkah, beruntungnya mereka yang menjadi jiran kepada seorang YB yang berjiwa rakyat seperti ini.
Inilah sikap yang terpuji dan harus menjadi ikutan Wakil Rakyat yang lain. Kita inginkan, kita dambakan seorang pemimpin yang sanggup memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. YB Wilson Ugak, sanggup membantu dan sanggup memegang alat pemadam api walaupun perkara tersebut boleh menggadai nyawanya sendiri.
Admin, bangga dengan YB Wilson Ugak.
Dan Admin, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa Datuk Leo Chai atas kehilangan anak kesayangan mereka. Semoga Roh beliau dicucuri rahmat.
Monday, 20 May 2013
DATUK DR RUNDI KEGELISAHAN
Admin malas nak mengulas panjang mengenai kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Datuk Stephen Rundi melalui Borneo Post berkenaan dengan isu penolakan tawaran Timbalan Menteri Pelancongan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri oleh YAB Dato Seri Najib kepada Parti Rakyat Sarawak.
Datuk Dr Stephen Rundi dikenali sebagai seorang yang tegas malahan admin pernah menjadikan beliau sebagai mentor dek kerana kelantangan suara beliau membela hak orang Dayak. Tapi semua itu berubah pada hari ini, seorang yang lantang bersuara dan seorang yang mempunyai prinsip yang kental selama ini bertukar wajah apabila beliau mengeluarkan kenyataan yang tidak konsisten terhadap orang Dayak.
Maaf Datuk, di sini admin ingin tegaskan bahawa kelantangan Datuk bersuara seharusnya dipergunakan untuk membantu parti seperti PRS dan SPDP yang rata-rata mewakili kaum Dayak. Tak apa kalau orang lain yang memperkecilkan hak orang Dayak tapi jangan Datuk juga turut sama menidakkan hak yang sepatutnya Dayak dapat.
Saya percaya Datuk mengeluarkan kenyataan tersebut adalah kerana Datuk di pihak yang berpuas hati dengan perlantikan yang diumumkan oleh YAB Dato Seri Najib. Namun, admin juga percaya, sekiranya Datuk salah seorang dari PRS maupun SPDP, Datuklah orang yang pertama akan mengeluarkan kenyataan tak puas hati atas tawaran tersebut. Datuk jangan mengadai, memperjudikan prinsip Datuk selama ini hanya kerana untuk menjaga hati seseorang. Admin ingin bertanya beberapa soalan kepada Datuk.
Apakah PRS maupun SPDP tak layak menerima jawatan yang lebih penting kerana PRS dan SPDP berjaya mengekalkan keputusan 100% pada PRU13 yang lepas ?
Sekiranya PRS dan SPDP tak layak, tolong nyatakan kenapa? Apakah kenaran kedua-dua parti ini hanyalah parti yang kecil?
Apakah 10 kerusi itu terlalu kecil bagi kamu, manakala 1 kerusi SUPP tu lebih besar angkanya dari 10?
Saya percaya Datuk mempunyai matematik yang baik dan saya percaya Datuk seorang yang bijak.
Admin berharapkan, Datuk meletakan diri pada situasi PRS dan SPDP terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Berikut merupakan "sms" yang admin terima dari seorang pemuda PRS, semoga Datuk faham.
Salam 1Malaysia!
ADAM ADLI SENGGAL DISAHKAN SAKIT MENTAL
Admin menerima info dari seorang sahabat bahawa Chegu Bard dan budak senggal Adam Adli akan menganjurkan perhimpunan haram bagi tujuan untuk menggulingkan kerajaan yang sedia ada. Senggal Adam Adli dan Chegu Bard melanggar perlembagaan demokrasi sekiranya melakukan perhimpunan haram bagi menggulingkan kerajaan sedia ada pada ahad ini. Difahamkan, mereka hebat menghebahkan berita mengenainya melalui "sms" dan menyarankan semua orang mengenakan T-Shirt hitam dan membawa beberapa barang untuk perhimpunan tersebut.
Di minta pihak berkuasa PDRM menyiasat kesahihan berita tersebut dan jangan bertolak ansur dengan mereka yang cuba menimbulkan kacau bilau.
Antara isi kandungan "sms" tersebut!!
Labels:
asapkoyan,
BN,
Pakatan Rakyat,
PAS,
PKR,
Sng Chee Hua
PANAS! TAIB, SAYA TAK TERLIBAT JANGAN BABITKAN NAMA SAYA
Menurut laporan dan pengesahan bahawa Ketua Menteri Sarawak tak masuk campur dalam menentukan barisan kabinet yang baru diumumkan oleh YAB Dato Seri Najib.
Apakah ini menunjukan bahawa Dato Seri Najib yang sengaja meminggirkan dua parti politik dari Sarawak , PRS dan SPDP?
Semua persoalan ini bakal terjawab dalam beberapa hari lagi.
TERKINI: DATUK SNG MENANGGIS DI DEPAN KHALAYAK RAMAI
Perasaan kecewa yang tak dapat di bendung lagi menyebabkan Datuk Sng mengumumkan beliau bersara dari politik dan memberikan ruang kepada yang generasi yang muda untuk meneruskan perjuangan Sarawak Worker Party.
Kekalahan yang teruk selepas SWP kalah di semua 6 kerusi yang ditandingi dan 2 kerusi hilang deposit. Berikutan peristiwa yang amat memalukan dan memungkinkan serangan jantung terhadap Datuk Sng, dia memutuskan untuk bersara. Apa tidaknya, selepas beliau membelanjakan begitu banyak wang dengan harapan sejarah kemenangan di Pelagus mampu diulangi tetapi itu hanyalah satu andaian yang memakan diri. Kematangan Dayak dalam berpolitik menghancurkan segala perancangan SWP untuk menghancurkan Parti Rakyat Sarawak.
Admin mengucapkan, terima kasih kepada Datuk Sng yang telah banyak menaburkan wang semasa PRU13 yang lepas dan sedikit sebanyak boleh membantu pengundi PRS untuk turun mengundi PRS.
Selamat tinggal Datuk Sng dan selamat berkuburlah Sarawak Worker Party.
Sunday, 19 May 2013
NAJIB ABAIKAN PRS & SPDP
Kewibawaan Najib teruji selaku Perdana Menteri Malaysia berikutan kontroversi pelantikan jawatan menteri yang seakan meminggirkan dua parti dari Sarawak. Parti Rakyat Sarawak dan SPDP yang berjaya mempertahankan 10 kerusi memberikan mandat kepada beliau sekali gus mengekalkan Putrajaya dan jawatan Perdana Menteri.
Namun demikian, hasil kerja keras kedua-dua parti seakan-akan tidak di pandang oleh YAB Dato Seri Najib apabila beliau hanya sekadar menawar 2 jawatan timbalan menteri kepada PRS pada awalnya dan tiada pelantikan dari SPDP. Tindakan beliau membayangkan bahawa Dayak dan PRS SPDP tidak membawa sebarang makna kepada pembentkan kerajaan BN. Keadaan ini semakin bertambah teruk apabila kedua-dua penyokong parti saban hari melahirkan rasa tak puas hati berikutan barisan kabinet menidakan PRS dan SPDP. Ada juga suara sumbang yang turut kedengaran apabila ada Dayak berkata bahawa PRS dan SPDP harus keluar BN sekiranya pucuk pimpinan BN tidak menghargai kedua-dua parti. Namun demikian kedua-dua Presiden parti menegaskan bahawa Parti akan terus bersama BN biarpun apa sekali kemungkinannya.
Melalui "sms" maupun email yang di terima admin, rata-rata kaum Dayak terus berdiri teguh di belakang parti apa pun keputusan yang di ambil.
Saban hari Dayak, menunggu pengumuman Dato Seri Najib apakah SUARA DAYAK akan didengari oleh beliau atau pun beliau terus dengan keegoan beliau tatkala boleh mencalar imej beliau selaku ketua BN di mana kegagalan beliau berlaku adil dalam pengkongsian kuasa dikalangan komponen parti BN.
Admin percaya dalam masa terdekat YAB Dato Seri pasti akan mengumumkan sesuatu yang menjernihkan keadaan sekali gus mendapatkan semula keyakinan Dayak terhadap pimpinan beliau.
Pesanan admin buat Dato Seri Najib!
Sebelum PRU13 Dato Seri meminta mandat yang besar dari Dayak, ya kami berikan mandat 100% kepada Tuan.
Selepas PRU13, Dayak minta apa yang sepatutnya, diharapkan Tuan memperdulikannya kerana kami peduli permintaan Tuan.
Salam Transformasi dan salam 1 Malaysia!
Labels:
BN,
Najib,
SPDP,
Taib,
Tan Sri Dr James Masing
LATEST : LARRY THE KING!!
Kenapa Larry Sng nampak begitu berpengaruh di Sarawak bahkan dia mampu menyekat pencetakan media massa tempatan.
Apakah beliau mempunyai sokongan dari orang dalam? Siapakah orang itu? Apakah hubungan beliau dengan Larry Sng?
Larry Sng bukan sekadar mampu menyekat pencetakan media massa tempatan malahan mereka begitu berpengaruh sehinggakan Sarawak Worker Party diluluskan oleh ROS dalam masa yang singkat bagi membenarkan Sarawak Worker Party bertanding pada PRU13 yang lepas. Penubuhan parti tersebut hanyalah bertujuan untuk menghapuskan "Dayak Base Party" Parti Rakyat Sarawak. Namun demikian, PRS telah mengalahkan SWP di 6 kerusi yang ditandingi dan 2 daripada kerusi SWP telah kehilangan "Deposit".
Semalam Munan Andrew telah mengeluarkan kenyataan bahawa Parti Rakyat Sarawak tak perlu meminta untuk Dato Seri Najib memperuntukan sebarang jawatan Menteri kepada wakil Parti Rakyat Sarawak. Di sini, Admin ingin tegaskan bahawa saudara Munan tidak mempunyai hak bersuara berkenaan perihal Barisan Nasional kerana Sarawak Worker Party adalah barisan pembangkang yang menentang BN semasa PRU13 yang lepas. Sekali lagi Admin ingin tegaskan bahawa seluruh warga Dayak telah menolak Sarawak Worker Party dan saudara Munan dan SWP tak layak memberi pandangan untuk kaum Dayak. Apa yang Parti Rakyat Sarawak minta dari YAB Dato Seri Najib adalah untuk kebaikan kaum Dayak juga dan sudah pasti bukan pengkhianat Dayak seperti saudara Munan.
MUNAN JOHN ANDREW BERAPALAH TANDA HARGA YANG TELAH LARRY SNG BERIKAN KEPADA KAMU! SAYA PERCAYA KENYATAAN YANG DIKELUARKAN ITU ADALAH DARI LARRY SNG! MEMANDANGKAN BELIAU TELAH KALAH TERUK KEPADA YB TUAN WILLIAM NYALLAU MAKA ADALAH LEBIH BAIK DIA MEMPERKUDAKAN KAMU UNTUK MENGELUARKAN KENYATAAN TERSEBUT!
MENTERI PENGANGKUTAN DATUK JOSEPH SALANG
Berikutan penolakan Datuk Joseph Salang dengan tawaran Timbalan Menteri Pelancongan, apakah Datuk Joseph Salang akan mengisi kekosongan Menteri Pengangkutan yang masih dikosongkan YAB Dato Seri Najib.
Perbulan mengenai perkara tersebut kian hebat diperkatakan di bumi kenyalang masa kini. Ramai rakyat turut menyokong bahawa PRS berhak mendapat 2 menteri penuh dan 1 Timbalan Menteri.
Sekarang, terserah kepada YAB Dato Seri Najib dalam menyusun kabinet kerajaan dan kebijaksanaan beliau amat di tagih masyarakat Dayak.
Saturday, 18 May 2013
SARAWAK WORKER PARTY NAK AJAR NAJIB
Siapa Munan John Andrew di mata Najib? Perlukah Najib mendengar apa yang diperkatakan oleh seorang Dayak seperti mu? Apakah sumbangan Sarawak Worker Party ke atas pembentukan kerajaan BN? Apakah Sarawak Worker Party sebahagian dari pakatan BN?
Di mana hak Sarawak Worker Party bersuara dan mengajar YAB Dato Seri Najib? Seluruh warga Dayak tak percaya pada setiap kata Sarawak Worker Party dan ini telah terbukti apabila Dayak tidak mengundi SWP di kesemua tempat Dayak yang diwakili oleh Parti Rakyat Sarawak.
Kepada Munan John Andrew, adakah kamu Dayak? Kamu hanyalah pengampu cina kapit Larry Sng!
AKHIRNYA : UMNO BERSETUJU DENGAN PRS
Akhirnya, blogger UMNO turut bersetuju dan sependapat dengan pendirian Parti Rakyat Sarawak.
Parti Rakyat Sarawak memang berhak mendapat jawatan yang penting malahan kalau boleh perlu di tambah lagi quota perlantikan dari PRS berikutan sumbangan PRS kepada pembentukan Kerajaan BN.
Diharapkan YAB Dato Seri Najib turut bersetuju dan sependapat dengan pendirian PRS. Admin, percaya Dato Seri Najib mampu membuat keputusan dalam masa yang terdekat ini.
Admin ucapkan terima kasih kepada teman blogger Anti-DAP Club.
Salam Transformasi dari Borneo.
MAJLIS MAKAN MALAM KESYUKURAN PRS
Semalam berlangsungnya majlis makan malam kesyukuran PRS sempena kemenangan yang cemerlang pada PRU13 baru-baru ini. Dianggarkan seramai 8000 penyokong setia PRS yang hadir pada malam yang penuh dengan kegemilangan. PRS mengadakan majlis makan malam bagi mengimbau kembali saat-saat penat lelah sepanjang tempoh kempen yang telah dilakukan dari tahun lepas, kenangan pahit manis dalam memastikan kemenangan yang mutlak bagi PRS. Lagi manis, apabila PRS mampu mengekalkan kemenangan di enam kerusi yang ditandingi.
Dalam ucapan YB Datuk Joseph Entulu, beliau merakamkan ribuan terima kasih kepada jentera parti yang begitu berkerja keras sehinggalah kemenangan kecapi oleh PRS. Beliau juga menyifatkan majlis makan malam tersebut bukan hanya bersyukur di atas kemenangan PRS tapi majlis tersebut dilakukan bagi meraikan kekalahan SWP di mana, Datuk Sng, Larry Sng, George Lagong dan Wong Judat dikalahkan dengan majoriti yang besar. Selain itu SWP juga kehilangan deposit di dua kawasan yang ditandingi di Kanowit dan Sri Aman. Dalam ucapannya juga, beliau menerangkan pendirian Parti untuk menolak tawaran YAB Dato Seri Najib apabila PRS diperuntukan jawatan menteri di jabatan perdana menteri dan timbalan menteri pelancongan. Menurut beliau, PRS berhak mendapat jawatan yang lebih penting berikutan kejayaan yang dilakarkan PRS lebih baik berbanding parti yang lain, yang menerima tawaran jawatan penting di kabinet baru YAB Dato Seri Najib. Datuk Joseph Entulu menegaskan supaya jangan dipersoalkan kesetian parti bersama BN berikutan penolakan jawatan yang ditawarkan oleh YAB Perdana Menteri. Menurut beliau, PRS tetap bersama BN kini dan selamanya.
Dalam ucapan YB Tan Sri Dr James Masing pula, beliau menyifatkan politik Dayak telah mencapai kematangan apabila tidak mudah terperdaya dengan sogokan wang dari SWP. Tan Sri sendiri pernah bertanya kepada penduduk setempat kenapa mereka tak memberi sokongan kepada parti yang memberikan wang kepada mereka dan mereka menjawab " orang meri duit ambik meh, ukai kami minta". Tan Sri James, begitu terharu dengan perubahan landskap politik dayak yang menunjukkan kematangan dalam berpolitik. Tan Sri Dr James telah memberikan anugerah cemerlang kepada P216 Hulu Rajang apabila mereka berjaya dapat mencapai peratusan 100% undi BN di beberapa tempat undian.
Dalam ucapan YB Datuk Joseph Entulu, beliau merakamkan ribuan terima kasih kepada jentera parti yang begitu berkerja keras sehinggalah kemenangan kecapi oleh PRS. Beliau juga menyifatkan majlis makan malam tersebut bukan hanya bersyukur di atas kemenangan PRS tapi majlis tersebut dilakukan bagi meraikan kekalahan SWP di mana, Datuk Sng, Larry Sng, George Lagong dan Wong Judat dikalahkan dengan majoriti yang besar. Selain itu SWP juga kehilangan deposit di dua kawasan yang ditandingi di Kanowit dan Sri Aman. Dalam ucapannya juga, beliau menerangkan pendirian Parti untuk menolak tawaran YAB Dato Seri Najib apabila PRS diperuntukan jawatan menteri di jabatan perdana menteri dan timbalan menteri pelancongan. Menurut beliau, PRS berhak mendapat jawatan yang lebih penting berikutan kejayaan yang dilakarkan PRS lebih baik berbanding parti yang lain, yang menerima tawaran jawatan penting di kabinet baru YAB Dato Seri Najib. Datuk Joseph Entulu menegaskan supaya jangan dipersoalkan kesetian parti bersama BN berikutan penolakan jawatan yang ditawarkan oleh YAB Perdana Menteri. Menurut beliau, PRS tetap bersama BN kini dan selamanya.
Dalam ucapan YB Tan Sri Dr James Masing pula, beliau menyifatkan politik Dayak telah mencapai kematangan apabila tidak mudah terperdaya dengan sogokan wang dari SWP. Tan Sri sendiri pernah bertanya kepada penduduk setempat kenapa mereka tak memberi sokongan kepada parti yang memberikan wang kepada mereka dan mereka menjawab " orang meri duit ambik meh, ukai kami minta". Tan Sri James, begitu terharu dengan perubahan landskap politik dayak yang menunjukkan kematangan dalam berpolitik. Tan Sri Dr James telah memberikan anugerah cemerlang kepada P216 Hulu Rajang apabila mereka berjaya dapat mencapai peratusan 100% undi BN di beberapa tempat undian.
Admin mendoakan yang terbaik untuk PRS semoga kemenangan dan kejayaan sentiasa bersama PRS.
Friday, 17 May 2013
TUDUHAN TAK BERASAS DARI BLOG MELAYU STAMPIN
Nampaknya cerita mengenai ketidakpuasan hati PRS mengenai senarai kabinet baru yang diumumkan oleh YAB PM Dato Seri Najib telah di spin oleh blog yang tak mempunyai cerita. Malahan dia hanya menukar tajuk berita dari hasil tulisan Joseph Tawi. Kesiannya blog murahan ini yang tak mempunyai bahan untuk diberitakan kepada orang ramai. Inilah publisiti murahan blogger dari longkang.
Ketika ini, saat ini, PRS masih teguh bersama BN dan selamanya bersama BN. Inilah semanggat yang PKR tak ada, kerana PRS dan komponen parti BN yang lain mempunyai pakatan yang hebat dan tak perlu dipersoalkan kesetiaan kepada BN.
Kepada penulis ingusan Blog Melayu Stampin, cubalah kamu turun ke kawasan PRS dan fahami semanggat BN yang terbentuk di sana. Kamu hanyalah seorang blogger upahan yang selesa duduk di dalam berhawa dingin. Memandangkan DAP telah memenangi kawasan Stampin pada PRU13, apa yang kamu rasa sekarang ? Rasa strawberry atau rasa limau masam? Berbanggalah, menangislah kamu di bawah jajahan DAP.
Siapa pun kamu blog melayu stampin, saya rasa kamu tengah berbahagia di bawah jajahan DAP. Di sini admin tegaskan, PRS tak pernah melakukan sesuatu yang mengkhianati BN, malahan kami memberikan mandat yang terbaik untuk BN. Stampin ada sumbangan ke?...haha...
http://matakkayau.blogspot.com/2013/04/di-mana-semanggat-gelombang-biru.html
Setahu Admin inilah fakta yang sebenarnya, yang tak boleh disangkar lagi kesahihan faktanya. Difahamkan beliau telah di pecat! hahaha...apa rasa sekarang? Rasa limau masam di batang hidung ka? Admin tinggalkan melayu stampin blog dengan serangkap pantun.
Paku Dulang,
Paku Serpih,
Kata Orang,
Diri yang LEBIH.
Ketika ini, saat ini, PRS masih teguh bersama BN dan selamanya bersama BN. Inilah semanggat yang PKR tak ada, kerana PRS dan komponen parti BN yang lain mempunyai pakatan yang hebat dan tak perlu dipersoalkan kesetiaan kepada BN.
Kepada penulis ingusan Blog Melayu Stampin, cubalah kamu turun ke kawasan PRS dan fahami semanggat BN yang terbentuk di sana. Kamu hanyalah seorang blogger upahan yang selesa duduk di dalam berhawa dingin. Memandangkan DAP telah memenangi kawasan Stampin pada PRU13, apa yang kamu rasa sekarang ? Rasa strawberry atau rasa limau masam? Berbanggalah, menangislah kamu di bawah jajahan DAP.
Siapa pun kamu blog melayu stampin, saya rasa kamu tengah berbahagia di bawah jajahan DAP. Di sini admin tegaskan, PRS tak pernah melakukan sesuatu yang mengkhianati BN, malahan kami memberikan mandat yang terbaik untuk BN. Stampin ada sumbangan ke?...haha...
http://matakkayau.blogspot.com/2013/04/di-mana-semanggat-gelombang-biru.html
Setahu Admin inilah fakta yang sebenarnya, yang tak boleh disangkar lagi kesahihan faktanya. Difahamkan beliau telah di pecat! hahaha...apa rasa sekarang? Rasa limau masam di batang hidung ka? Admin tinggalkan melayu stampin blog dengan serangkap pantun.
Paku Dulang,
Paku Serpih,
Kata Orang,
Diri yang LEBIH.
Thursday, 16 May 2013
PRS MENGADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR!
Semua ahli Majlis Tertinggi PRS dan ahli parlimen PRS sebulat suara supaya Dato Seri Najib mempertimbangkan pemohonan PRS. PRS bukan setakat berjaya mempertahankan 6 kerusi tetapi turut membaiki peratusan majoriti. PRS yang menyumbangkan 6 kerusi parlimen menjadikan PRS antara parti yang ke 4 terbesar dalam menentukan BN terus berkuasa di Putrajaya. Oleh yang demikian, adalah wajar sekiranya YAB Dato Seri Najib memperuntukan yang terbaik untuk PRS.
Difahamkan, PRS akan mengadakan perjumpaan dengan Dato Seri Najib dalam masa yang terdekat ini bagi meleraikan kecelaruan, melegakan rasa tak puas hati dan memperbetulkan apa yang salah.
Kepada YAB PM Dato Seri Najib, kita sokong pimpinan Dato Seri sebab itu kami berjuang habis-habisan semasa PRU13 dan terbukti SWP,PKR maupun Bebas kita tewaskan dengan majoriti sebaik yang mungkin.
Wahai YAB PM Dato Seri Najib 1Malaysia, Dengarlah, Pandanglah kami yang kerdil ini, Berilah kami jelingan yang bermakna supaya kami mampu melakukan yang terbaik untuk penyokong dan rakyat di kawasan kami. Mereka telah memberikan mandat yang besar buat MU wahai YAB PM Dato Seri Najib.
Berlakulah adil dan seadilnya yang mungkin kepada kami yang kerdil dan berjiwa besar ini. Nescaya, satu hari nanti kamilah antara yang terbaik untuk YAB PM Dato Seri Najib!
HIDUP PRS! HIDUP PRS!
MILIK SIAPAKAH TANGAN INI ?
Apakah "Tangan Ghaib" ini turut memainkan peranan dalam menentukan barisan senarai nama kabinet yang baru diumumkan Najib semalam. "Tangan Ghaib" ini seakan-akan mempunyai agendanya tersendiri apabila Parti Rakyat Sarawak dan SPDP secara terus-terusan di uji dengan pelbagai cabaran yang mendatang.
Secara amnya, politik Dayak kini kian teruji semenjak kemusnahan Parti PBDS dulunya yang di pimpin oleh Tan Sri Leo Moggie. Kemusnahan PBDS juga dikaitkan dengan kejadian "Tangan Ghaib" yang menyebabkan berlakunya TSUNAMI politik katak. Kehancuran parti Dayak PBDS ini tak akan lupus dari ingatan kaum Dayak yang mana kian hari, saban hari penglibatan "Tangan Ghaib" berlaku dalam memastikan politik Dayak dihapuskan.
Penglibatan "Tangan Ghaib" tak berhenti setakat itu saja, malahan selepas penubuhan Parti Rakyat Sarawak dan SPDP yang mana serpihan dari pecahan PBDS dahulu turut kelihatan. Keadaan ini pertama kalinya teruji apabila Parti Rakyat Sarawak di uji ketika berlakunya krisis dua presiden. Namun demikian, Parti Rakyat Sarawak yang diterajui oleh Tan Sri Dr James Jemut Masing masih mampu berdiri sehingga ke hari ini berikutan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin yang berada di PRS dan memecat Larry Sng dan pengikutnya, berikutan cubaan mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dr James Jemut Masing dan pengikutnya.
SPDP juga tak ketinggalan dalam ujian si "Tangan Ghaib" apabila parti SPDP mengalami krisis dalaman yang mana menyaksikan 5 orang pemimpin keluar parti dan mengangap mereka "BN5 Club". Kebijaksanaan Tan Sri William Mawan diperlukan dalam menangani permasalahan yang juga dikaitkan dengan si "Tangan Ghaib" bagi tujuan melemahkan parti SPDP sekali gus dengan berniat menghapuskan parti tersebut. Spekulasi demi spekulasi ditimbulkan bagi melaga-lagakan kedua-dua parti PRS dan SPDP supaya perpecahan politik Dayak terus berlaku namun, hasil dari kesabaran dan pengelaman Tan Sri Dr James Jemut dan Tan Sri William Mawan terus mendiamkan diri kerana mereka tahu semua itu tidak akan mendatangkan faedah kepada malahan memungkinkan perpecahan parti seperti yang didambakan oleh si "Tangan Ghaib".
Sekali lagi, PRS teruji apabila Sarawak Worker Parti telah didaftarkan oleh ROS di saat PRU13 bakal menjelang. SWP yang diterajui oleh Larry Sng telah bertanding di 6 kerusi yang ditandingi oleh PRS. Persoalan demi persoalan terus mendatang, kenapa pendaftaran SWP begitu senang dilakukan wahal banyak lagi parti dayak yang lainnya telah memohon tetapi belum lagi diluluskan oleh ROS.Namun demikian, PRS terus gagahi bagi memastikan kesemua 6 kerusi ditandingi tidak jatuh ke tangan SWP. Melalui risikan dan pertanyaan, admin mendapat tahu bahawa ada penglibatan si "Tangan Ghaib" dalam memastikan SWP didaftarkan oleh ROS.
Selepas selesai PRU13, SPDP dan PRS terus berjaya dalam mengekalkan 10 kerusi yang ditandingi oleh kedua-dua parti. Paling manis apabila PRS mampu menafikan SWP dan 2 kerusi yang ditandingi oleh SWP kehilangan deposit. Manakala SPDP terpaksa mencalonkan Presdennya Tan Sri William Mawan bagi memastikan kerusi Saratok terus menjadi milik SPDP. Apa yang amat mengecewakan, semasa pengumuman senarai nama kabinet yang di lantik, hanya 1 Menteri dan 1 Timbalan Menteri telah diberikan kepada PRS manakala tiada slot bagi SPDP. Kedua-dua parti telah berkerja keras bagi memastikan kedua-dua parti menang 100% di kesemua kerusi yang ditandingi.
PERSOALANNYA SEKARANG, APAKAH SI "TANGAN GHAIB" TURUT TERLIBAT SAMA DALAM MEMASTIKAN SENARAI NAMA KABINET?
SIAPAKAH SI "TANGAN GHAIB" INI?
APAKAH POLITIK DAYAK AKAN TERUS DIHANTUI OLEH TANGAN GHAIB?
Wednesday, 15 May 2013
SENARAI NAMA KABINET BARU KERAJAAN MALAYSIA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah mengumumkan Kabinet yang baru di pejabatnya di Putrajaya.
Barisan kabinet baru itu dijangka
menyaksikan satu pasukan yang mampu menjana idea-idea baru untuk
meneruskan agenda transformasi nasional yang dicetuskan Najib.
Menurut Perdana Menteri, barisan cabinet
yang baru dilantik itu merupakan kabinet yang berimbang, campuran
antara muka lama dan muka baru.
Senarai Rasmi Menteri Kabinet Baru 2013
Najib Tun Razak [kekal]
Timbalan Perdana Menteri
Muhyiddin Yassin [kekal]
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Jamil Khir [kekal]
Abdul Wahid Omar [Senator]
Idris Jala [Senator]
Shahidan Kassim [Naik taraf]
Nancy Shukri
Joseph Entulu
Razali Ibrahim
Paul Low Seng Kwan (Senator)
TIMBALAN MENTERIdi JPM : Razali Ibrahim
WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (Senator)
Menteri Kewangan.
(1) MENTERI KEWANGAN I: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
(2) MENTERI KEWANGAN II: DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Timbalan Menteri Kewangan.
(3) DATUK AHMAD BIN MASLAN [naik taraf]
Menteri Pertahanan
Hishammuddin Hussien Onn [bertukar]
Timbalan : Rahim Bakri
Menteri Pertanian Industri Tani.
Ismail Sabri [bertukar portfolio]
Timbalan : Tajuddin Bin Abdul Rahman
Menteri Pengangkutan
Tiada.
Dipangku oleh Hishammuddin Hussien.
Timbalan : Aziz Kaprawi.
Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi [Gabungan 2 kementerian]
Muhyiddin Yassin [kekal]
Idris Jusoh ( II ) [baru]
Timbalan Menteri PPT : DATUK MARY YAP KAIN CHING [baru]
P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN [baru]
Zahid Hamidi [bertukar portfolio]
Timbalan : Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Nazri Aziz [Naik taraf]
Timbalan : Joseph Salang Anak Gandum
Menteri Luar Negeri
Anifah Aman [kekal]
Timbalan : Hamzah Bin Zainuddin
Menteri Kerja Raya
Fadillah Yusof
Timbalan :Rosnah Binti Abdul Rashid
Menteri Kesihatan
Subramanian
Timbalan : Hilmi Bin Yahya
Menteri Belia Dan Sukan
Khairy Jamaluddin [baru]
Timbalan : Datuk M.Saravanan
Menteri Sumber Manusia
Datuk Richard Riot [baru]
Timbalan : Ismail Bin Mutalib
Menteri Perdagangan Dan Industri [MITI]
Mustafa Mohammed [bertukar]
Timbalan : Hamim Bin Samuri
Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Ewon Ibin
Timbalan : Abu Bakar Bin Mohd Diah
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
G. Palanivel
Timbalan : James Dawot Mamit
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Maximus Ongkili [kekal]
Timbalan : Mahdzir Bin Khalid
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Shafie Afdal [kekal]
Timbalan : Alexander Nanta Linggi
Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Douglas Unggah [baru]
Timbalan : Noriah Binti Kasnon
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Rohani Bin Abdul Karim
Timbalan : Azizah Binti Mohd Dun
Menteri Komunikasi Multimedia [ganti kementerian penerangan]
Ahmad Sabery Cheek [bertukar]
Timbalan : Jailani Bin Johari.
Menteri Wilayah Persekutuan
Adnan Tengku Mansor [naiktaraf]
Timbalan : DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (Senator)
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Abdul Rahman Dahlan
Timbalan : Halimah Bin Mohd Saddique
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Hasan Bin Malek
Timbalan : Ahmad Bashah Bin Mohd Hanipah
Ringkasan :
Perdana Menteri : 1 Jawatan
Timbalan Perdana Menteri : 1 Jawatan
Menteri : 30 jawatan [termasuk timbalan perdana menteri]
Timbalan Menteri : 27 jawatan.
Jumlah Jawatan : 57 jawatan.
Jumlah senator sedia ada : 1 orang
Jumlah senator yang akan dilantik : 5 orang. 2 menteri 3 timbalan menteri.
Jumlah backbenchers 82 orang.
Di Mana letaknya kepentingan PRS dan SPDP dalam line up yang diumumkan oleh Najib?
Apakah Parti yang mewakili kaum Dayak akan terus dipinggirkan?
Apakah Najib lupa bahawa 10 kerusi yang disumbangkan oleh PRS dan SPDP membuatkan dia berasa lega untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri?
Najib, janganlah seperti kacang lupakan kulit!
Labels:
asapkoyan,
BN,
Najib,
PBB,
PRS,
SPDP,
Taib,
Tan Sri Dr James Masing,
Tan Sri Mawan Ikom
APA LAGI NAJIB MAU ?
Pengumuman barisan kabinet kerajaan baru yang dilakukan Najib petang semalam ternyata membuatkan rasa tidak puas hati dikalangan penyokong parti PRS dan SPDP. Sebelumnya, PRS memenangi 6 kerusi (100%) dan membaiki majoriti yang dimenangi. Manakala SPDP pula memenangi 4 kerusi (100%) walaupun ada penurunan majoriti.
Parti Rakyat Sarawak cuma mendapat dua slot di kabinet kerajaan baru yang diumumkan oleh Najib semalam. Datuk Joseph Entulu telah di lantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri sementara Datuk Joseph Salang di lantik menjadi Timbalan Menteri Pelancongan. Keadaan ini, sedikit sebanyak membuat rasa tak puas hati berlaku dikalangan penyokong PRS. Datuk Joseph Salang telah menolak perlantikan beliau manakala Datuk Joseph Entulu pada mulanya menolak tetapi akur untuk menerima jawatan tersebut selepas di pujuk.
Semalam Admin, memerhatikan tweeter Najib dihujani oleh tweet rasa tak puas hati dari penyokong PRS. Rata-rata semua mereka meluahkan rasa tak puas hati kerana sepatutnya, Najib memberikan jawatan yang lebih penting sekali gus dapat membantu rakyat di Sarawak khasnya. Tindakan Najib seolah-olah memperkecilkan, tak mengiktiraf sumbangan PRS ke atas kemenangan BN pada PRU13 yang lepas.
Paling menyedihkan adalah, SPDP langsung tak mempunyai wakil di kabinet yang diumumkan oleh Najib. SPDP juga turut menyumbangkan 4 kerusi. Namun tiada satu pun yang di pilih untuk menjadi wakil di kabinet baru kerajaan Najib!
Tak apa! mungkin 10 kerusi tak membawa makna buat Najib!!
APA LAGI NAJIB MAU ???
SNOWDAN LAWAN DI PECAT DARI PARTI RAKYAT SARAWAK
DI MANA SETIA BARISAN NASIONAL SNOWDAN LAWAN.
Tindakan Donald Lawan yang turut bertanding menentang Masir Kujat dari Parti Rakyat Sarawak (BN) di P202 Sri Aman membuatkan karier politik anaknya Snowdan Lawan berakhir. Snowdan Lawan merupakan wakil rakyat bagi DUN Balai Ringin N25. Tindakan bapanya yang tidak menghiraukan teguran dari Presiden Parti Rakyat Sarawak seakan-akan menunjukan pintu keluar buat anaknya Snowdan Lawan dari Parti Rakyat Sarawak. Snowdan Lawan telah menjadi wakil rakyat bagi N25 Balai Ringin selama dua penggal dan bertanding atas tiket Parti Rakyat Sarawak.
Sebelumnya, Tan Sri Dr James Masing telah menegur Snowdan Lawan supaya menjauhkan diri dari bapanya Donald Lawan yang menentang YB Masir Kujat. Namun demikian, Snowdan Lawan turut tidak mengindahkan teguran dari Presiden PRS, sebaliknya Snowdan Lawan bergerak aktif membantu bapanya berkempen. Snowdan Lawan tidak pernah membantu YB Masir Kujat berkempen maupun telah di jemput. Di sepanjang tempoh berkempen, Snowdan Lawan telah memburuk-burukan Barisan Nasional yang mana beliau sendiri telah menang di N25 Balai Ringin di atas tiket Barisan Nasional dan Parti Rakyat Sarawak. Berikutan itu, Tan Sri Dr James Masing berkemungkinan dan menyingkirkan Snowdan Lawan dari PRS sekiranya persetujuan di capai semasa mesyuarat bersama lembaga disiplin parti dilakukan kelak. Tan Sri Dr James Masing juga menyifatkan, tindakan dua beranak tersebut menyerupai tindakan Datuk Sng dengan anaknya Larry Sng yang nyata tidak menghormati pucuk pimpinan. Dengan mengambil iktibar dari yang berlaku sebelumnya, lembaga disiplin PRS berkemungkinan tidak akan bertolak ansur dengan orang-orang seperti ini kerana tindakan mereka pasti menganggu gugat kesetiaan dan perpaduan di dalam parti.
Tindakan yang kurang bijak dari Donald Lawan akan menyebabkan anaknya Snowdan Lawan akan disingkirkan dari PRS sekali gus menamatkan karier politik anaknya.
Tindakan Donald Lawan dan Snowdan Lawan turut di selar oleh penyokong kuatnya sendiri di N25 Balai Ringin.Ketua Pemuda PRS N25, kini menyerahkan bahan bukti kepada lembaga disiplin PRS untuk penilaian dan tindakan ke atas Snowdan Lawan.
Sunday, 12 May 2013
SPR SAMAN ANWAR IBRAHIM
Apakah SPR akan menyaman Anwar Ibrahim berikutan dakwaan dan tuduhan yang tak berasas dilakukan oleh pihak pembangkang PR. Laporan dari Suara Keadilan edisi 120 , muka surat 13 pada tajuk "Bangla tunjuk dua kad".
Suara keadilan memohon maaf atas kesilapan menyiarkan gambar Ali Mydin sebagai warganegara Bangladesh yang datang mengundi. Beliau merupakan seorang penyokong Pakatan Rakyat.
Ini menunjukan betapa kejinya dan terdesak politik Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat seolah-olah tak dapat menerima kekalahan.
Rakyat harus bijak dalam menilai sebuah parti yang berpaksikan pembelaan rakyat dan gilakan kuasa. Pakatan Rakyat adalah sebuah pakatan gila kuasa sehingga mereka sanggup melakonkan dan menggunakan penyokong sendiri untuk menyatakan bahawa PRU13 tidak adil dengan penglibatan warga Bangla. Sekarang telah diakui oleh Pakatan Rakyat sendiri bahawa sebenarnya Pakatan Rakyat gemar melakukan SANDIWARA bagi mengambarkan PRU13 tidak adil dan kotor. Sekali gus, mengheret penyokongnya ke jalanan sekali lagi.
SPR harus menyaman Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng kerana perbuatan memfitnah, sandiwara mereka melampaui batas dan mencalar nama baik SPR sendiri dalam mengendalikan satu pilihanraya. Pakatan Rakyat juga telah melaporkan penglibatan warga Bangladesh dalam PRU13 telah dilaporkan oleh media massa dari luar negara. Oleh itu, SPR wajar menyaman Pakatan Rakyat bagi membersihkan nama baik SPR.
Ungkapan MAAF dari Suara Keadilan tak memadai berbanding kerosakan nama baik SPR dan nama negara Malaysia amnya.
Suara keadilan memohon maaf atas kesilapan menyiarkan gambar Ali Mydin sebagai warganegara Bangladesh yang datang mengundi. Beliau merupakan seorang penyokong Pakatan Rakyat.
Ini menunjukan betapa kejinya dan terdesak politik Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat seolah-olah tak dapat menerima kekalahan.
Rakyat harus bijak dalam menilai sebuah parti yang berpaksikan pembelaan rakyat dan gilakan kuasa. Pakatan Rakyat adalah sebuah pakatan gila kuasa sehingga mereka sanggup melakonkan dan menggunakan penyokong sendiri untuk menyatakan bahawa PRU13 tidak adil dengan penglibatan warga Bangla. Sekarang telah diakui oleh Pakatan Rakyat sendiri bahawa sebenarnya Pakatan Rakyat gemar melakukan SANDIWARA bagi mengambarkan PRU13 tidak adil dan kotor. Sekali gus, mengheret penyokongnya ke jalanan sekali lagi.
SPR harus menyaman Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng kerana perbuatan memfitnah, sandiwara mereka melampaui batas dan mencalar nama baik SPR sendiri dalam mengendalikan satu pilihanraya. Pakatan Rakyat juga telah melaporkan penglibatan warga Bangladesh dalam PRU13 telah dilaporkan oleh media massa dari luar negara. Oleh itu, SPR wajar menyaman Pakatan Rakyat bagi membersihkan nama baik SPR.
Ungkapan MAAF dari Suara Keadilan tak memadai berbanding kerosakan nama baik SPR dan nama negara Malaysia amnya.
Wednesday, 8 May 2013
LARRY SNG MENGUMUMKAN BERHENTI POLITIK
Berikutan kekalahan teruk Sarawak Worker Party, presidennya Larry Sng sepatutnya mengundurkan diri dan terus bersara dari dunia politik. SWP yang bertanding di semua tempat PRS, kalah di semua 6 kawasan. Sebelum ini, Larry Sng telah mencabar Tan Sri Dr James Masing untuk meletakan jawatan beliau .sebagai menteri kanan, presiden PRS dan sekali gus melupakan dunia politik. Pada PRU13 yang lepas menyaksikan bahawa SWP telah dikalahkan oleh calon PRS dengan begitu mudah sekali.
Di lihat pada gambar semasa penamaan calon, begitu ramai penyokong yang turut hadir bagi mengiringi calon SWP Larry Sng. Dikhabarkan Sarawak Worker Party mempunyai ahli seramai 19 Ribu keahlian di Lubok Antu. Ini sedikit sebanyak mengugatkan dan membuat barisan nasional berasa cuak seketika. Kalau menggunakan perkiraan, Sarawak Worker Party mampu peroleh kemenangan dengan mudah berikutan keahlian yang ramai. Namun demikian, atas semanggat juang yang tinggi, barisan nasional terus mendekati rakyat Lubok Antu tanpa mengenal erti putus asa.
Walaupun Larry Sng mengamalkan politik wang di Lubok Antu, sama sekali tidak melunturkan kesetiaan rakyat Lubok Antu bersama Barisan Nasional malahan keputusan PRU13 lepas memihak kepada Barisan Nasional dengan Majority yang besar dan lebih baik dari keputusan PRU12.
Sekarang Larry Sng harus melepaskan jawatannya selaku Presiden Sarawak Worker Party dan terus bersara dari dunia politik.
Selamat tinggal Sawa Wong Pelagus.
Friday, 3 May 2013
GERAK KERJA BN MASIH GIAT DI P210 KANOWIT
GERAK KERJA MASIH GIAT DILAKUKAN DI P210 KANOWIT. YB DATUK GRAMONG JUNA DAN DATUK AARON BERGANDING BAHU MEMENANGI HATI RAKYAT SEHARI SEBELUM PROSES PENGUNDIAN DILAKUKAN ESOK.
Gelombang biru melanda pekan Kanowit hari ini dan gerak kerja akhir di pekan Kanowit sebelum proses pembuangan undi dilakukan esok. Ramai yang turut hadir bagi memberi sokongan kepada BN.
Thursday, 2 May 2013
PKR KERESAHAN DI RUMAH BANYING BUKONG P210 KANOWIT
Kegelisahan dan keresahan parti pembangkang PKR di P210 kian terpancar berikutan YB Datuk Gramong Juna menyatakan dan menasihatkan PBB 44 Machan dan N43 Ngemah perlu membantu Calon P210 Kanowit, Datuk Aaron Dagang. Selama ini pakatan pembangkang di P210 menyangkakan dengan senang mereka menawan P210 berikutan beberapa isu dalaman BN di antara parti PBB dan PRS. Namun demikian, YB Datuk Gramong Juna dengan "gentlemen" menyatakan bahawa mereka perlu melupakan segala yang lalu dan memulakan lambaran baru bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN. YB Datuk Gramong Juna juga, menyatakan bahawa BN P210 pasti akan menang berikutan dua DUN P210 Kanowit adalah milik BN di mana N44 Machan YB Datuk Gramong Juna (PBB) manakala N43 Ngemah (PRS) YB Alexander Vincent. YB Datuk Gramong Juna, menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tak mampu membawa pembangunan ke Sarawak memandangkan" Track Record" parti pakatan rakyat tak mampu membawa sebarang pembangunan di Selangor. Kita rakyat Sarawak yang masih dahagakan pembangunan terutamanya kawasan luar bandar harus terus memberi sokongan terhadap BN kerana hanya BN yang mampu membawa pembangunan secara berterusan sesuai dengan wawasan 2020 yang dilhamkan oleh Tun Dr Mahathir. YB Datuk Gramong Juna mengharapkan agar semua ahli PBB memberikan yang terbaik untuk calon BN Datuk Aaron bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN sekali gus memberi mandat kepada Dato Seri Najib untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Datuk Aaron, menggelar Dato Seri Najib sebagai "Father of Rural Development" berikutan program GTP,ETP yang dilaksanakan oleh beliau menjurus kepada bantuan penduduk luar bandar. Ketika ini, BN giat menyediakan kemudahan asas seperti air bersih, jalan dan elektrik bagi memastikan wawasan 2020 dapat di capai. Datuk Aaron optimis bahawa, sekiranya Dato Seri Najib diberikan mandat sekali lagi untuk mentadbir negara, wawasan 2020 pasti akan tercapai. Tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya pakatan rakyat yang mengambil alih pucuk pimpinan negara kerana selama ini mereka gagal dalam mentadbir urus negeri yang di bawah pentadbiran pakatan rakyat. Datuk Aaron juga menyatakan bahawa politik di kanowit mencapai satu lagi tahap kematangan dalam berpolitik apabila Datuk Gramong Juna dan Datuk Aaron silih berganti pandangan dan sedia membantu sesema mereka bagi memastikan pembangunan di Kanowit terus diperhebatkan. Mereka juga siap sedia berkerjasama sesama mereka dan melupakan persengketaan yang berlarutan selama 15 Tahun. Admin pasti, antara yang pasti berasa lega adalah rakyat kanowit sendiri berikutan berakhirnya persengketaan di antara dua tokoh politik ini.
Berikutan perpaduan yang terjalin di antara dua tokoh politik ini, parti pakatan rakyat PKR Kanowit keresahan berikutan strategi mereka untuk melaga-laga penyokong BN PRS dan BN PBB tidak kesampaian kerana sifat perpaduan BN termaterai malam tadi sekali gus memperkasakan barisan hadapan BN untuk mempertahankan P210 Kanowit.
Admin mengucapkan syabas kepada Datuk Gramong Juna dan Datuk Aaron Dagang. Admin percaya BN pasti akan menang pada PRU13 ini.
Misi mempertahankan P210 Kanowit
Ketibaan YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Anak Numpang.
Ketibaan YAB Datuk Patinggi di sambut baik oleh penduduk sekitar pekan Machan. Turut hadir pada majlis tersebut adalah calon P210 Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, YB Gramong Juna ADUN N44 Machan, YB Alexander Vincent N43 Ngemah dan setiausaha kepada ketua menteri Sarawak Encik Maurice Giri.
Dalam ucapan YB Datuk Gramong Juna, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu kerana sudi menjenguk kawasan P210 Kanowit dan N44 Machan amnya. YB Datuk Gramong juga, memberitahu bahawa inilah masanya semua komponen parti BN untuk bersatu padu dan jangan ada yang menyimpang atau pun cuba melakukan sabotaj kepada parti BN kerana parti BN merupakan sebuah parti yang kuat di P210 Kanowit. Selama 5 tahun ini kerajaan BN telah melakukan yang terbaik di bawah kepimpinan YAB PM Dato Seri Najib. Ini terbukti dengan banyak pembangunan projek infrastruktur tengah hebat dilakukan seperti kemudahan asas jalan raya, air bersih dan elektrik. YB Datuk Gramong juga menyeru kepada rakyat Machan supaya terus memberikan mandat kepada Dato Seri Najib untuk terus menjadi Perdana Menteri bagi meneruskan kesinambungan
pembangunan di kawasan luar bandar.
Dalam ucapan calon P210 Kanowit Datuk Aaron, beliau menyifatkan tuduhan dan tomahan pakatan rakyat bahawa kerajaan BN melakukan perampasan tanah adat bumiputera adalah satu tuduhan yang nakal, kerana ini terbukti bahawa ada segelintir ahli pakatan rakyat sendiri yang melakukan perampasan tanah kampung namun begitu kegiatan tersebut dapat di kesan oleh penduduk kampung tersebut. Datuk Aaron juga, menyifatkan bahawa pakatan rakyat hanyalah pandai berjanji tetapi mereka gagal perlaksanaan dan ini terbukti apabila ramai golongan ibu tunggal di Selangor menyaman Menteri Besar Negeri Selangor yang mana di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
Dalam ucapan YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Anak Numpang timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata, jangan musnahkan pembangunan yang sedia ada yang kian giat dilakukan oleh kerajaan BN pusat maupun kerajaan negeri. Jadikanlah Negeri Selangor sebagai panduan di mana apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, banyak projek yang telah dirancangkan oleh kerajaan BN sebelumnya tidak diteruskan oleh Pakatan Rakyat. Antara lainnya adalah projek Langat 2 yang mana sekarang ini negeri Selangor kini mengalami krisis kekurangan air bersih yang amat teruk. Oleh itu, janganlah kita membuang masa untuk cuba mengubah maupun mencuba sesuatu yang sudah pasti tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat. Selama ini sudah cukup terbukti bahawa kerajaan BN mampu melakukan yang terbaik untuk memenuhi segala keperluan rakyat. Parti Barisan Nasional amat peka kepada setiap permasalahan rakyat yang mana berbeza dengan parti yang mengunakan lambang mata satu (PKR) dan beliau sempat membuat lawak bahawa parti tersebut adalah parti hantu yang mana tidak mampu melihat kesulitan rakyat dengan hanya satu mata saja. Beliau juga menyifatkan bahawa PKR adalah parti keluarga di mana PKR menyenaraikan 4 orang dari keluarganya bertanding pada PRU ini, DAP pula anak beranak Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, Kaparl Sing dan anaknya juga turut bertanding pada PRU ini dan PAS, Nik Aziz dan anaknya. Beliau menggelar Parti Pakatan adalah parti yang tamak kuasa (Penyokong yang hadir turut bersetuju dengan menyatakan Pakatan adalah "amu, bam kuasa" ).
Sebelum majlis bersurai semua penyokong melaungkan kata keramat Dato Seri Najib.
1 Malaysia!
Hidup Barisan!
Undi Barisan!
Labels:
asapkoyan,
Baru Bian,
BN,
Ellison Ludan,
Independent,
Larry Sng Chee Hua,
Pakatan Rakyat,
PBB,
PKR,
PRS,
See Chee How,
Sng Chee Hua,
SWP,
Taib,
Tan Sri Dr James Masing,
YB. Liwan Lagang
Subscribe to:
Posts (Atom)