Thursday, 2 May 2013
Misi mempertahankan P210 Kanowit
Ketibaan YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Anak Numpang.
Ketibaan YAB Datuk Patinggi di sambut baik oleh penduduk sekitar pekan Machan. Turut hadir pada majlis tersebut adalah calon P210 Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, YB Gramong Juna ADUN N44 Machan, YB Alexander Vincent N43 Ngemah dan setiausaha kepada ketua menteri Sarawak Encik Maurice Giri.
Dalam ucapan YB Datuk Gramong Juna, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu kerana sudi menjenguk kawasan P210 Kanowit dan N44 Machan amnya. YB Datuk Gramong juga, memberitahu bahawa inilah masanya semua komponen parti BN untuk bersatu padu dan jangan ada yang menyimpang atau pun cuba melakukan sabotaj kepada parti BN kerana parti BN merupakan sebuah parti yang kuat di P210 Kanowit. Selama 5 tahun ini kerajaan BN telah melakukan yang terbaik di bawah kepimpinan YAB PM Dato Seri Najib. Ini terbukti dengan banyak pembangunan projek infrastruktur tengah hebat dilakukan seperti kemudahan asas jalan raya, air bersih dan elektrik. YB Datuk Gramong juga menyeru kepada rakyat Machan supaya terus memberikan mandat kepada Dato Seri Najib untuk terus menjadi Perdana Menteri bagi meneruskan kesinambungan
pembangunan di kawasan luar bandar.
Dalam ucapan calon P210 Kanowit Datuk Aaron, beliau menyifatkan tuduhan dan tomahan pakatan rakyat bahawa kerajaan BN melakukan perampasan tanah adat bumiputera adalah satu tuduhan yang nakal, kerana ini terbukti bahawa ada segelintir ahli pakatan rakyat sendiri yang melakukan perampasan tanah kampung namun begitu kegiatan tersebut dapat di kesan oleh penduduk kampung tersebut. Datuk Aaron juga, menyifatkan bahawa pakatan rakyat hanyalah pandai berjanji tetapi mereka gagal perlaksanaan dan ini terbukti apabila ramai golongan ibu tunggal di Selangor menyaman Menteri Besar Negeri Selangor yang mana di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
Dalam ucapan YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Anak Numpang timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata, jangan musnahkan pembangunan yang sedia ada yang kian giat dilakukan oleh kerajaan BN pusat maupun kerajaan negeri. Jadikanlah Negeri Selangor sebagai panduan di mana apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, banyak projek yang telah dirancangkan oleh kerajaan BN sebelumnya tidak diteruskan oleh Pakatan Rakyat. Antara lainnya adalah projek Langat 2 yang mana sekarang ini negeri Selangor kini mengalami krisis kekurangan air bersih yang amat teruk. Oleh itu, janganlah kita membuang masa untuk cuba mengubah maupun mencuba sesuatu yang sudah pasti tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat. Selama ini sudah cukup terbukti bahawa kerajaan BN mampu melakukan yang terbaik untuk memenuhi segala keperluan rakyat. Parti Barisan Nasional amat peka kepada setiap permasalahan rakyat yang mana berbeza dengan parti yang mengunakan lambang mata satu (PKR) dan beliau sempat membuat lawak bahawa parti tersebut adalah parti hantu yang mana tidak mampu melihat kesulitan rakyat dengan hanya satu mata saja. Beliau juga menyifatkan bahawa PKR adalah parti keluarga di mana PKR menyenaraikan 4 orang dari keluarganya bertanding pada PRU ini, DAP pula anak beranak Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, Kaparl Sing dan anaknya juga turut bertanding pada PRU ini dan PAS, Nik Aziz dan anaknya. Beliau menggelar Parti Pakatan adalah parti yang tamak kuasa (Penyokong yang hadir turut bersetuju dengan menyatakan Pakatan adalah "amu, bam kuasa" ).
Sebelum majlis bersurai semua penyokong melaungkan kata keramat Dato Seri Najib.
1 Malaysia!
Hidup Barisan!
Undi Barisan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment