Thursday, 5 July 2012

Apa yang telah dilakukan oleh Datuk Sng dan anaknya Larry Sng semenjak menjadi wakil rakyat 20 tahun yang lalu



Kehadiran dua beranak Datuk Sng dan Larry Sng di dalam politik kaum Dayak tidak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat Iban khususnya. Penglibatan mereka sepanjang 20 Tahun ini lebih menampakkan usaha untuk memenuhi poket mereka sendiri dan kegagalan mereka dalam urus tadbir kawasan pentadbiran mereka. Mari kita imbau kembali sejarah pentadbiran mereka berdua sepanjang bergelar wakil rakyat, terutamanya di kawasan Pelagus.

Pasti semua orang ramai tertanya-tanya mengapa wharf kapit lambat disiapkan dan tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ini adalah kerana Larry Sng cuba untuk memindahkan kawasan tapak wharf tersebut ke kawasan pasar baru di sebeletik yang mana bapa dia Datuk Sng mempunyai kepentingan di sana. Larry Sng tidak pernah memikirkan sesuatu yang menguntungkan rakyat yang mana sebeletik agak jauh dari bandar utama Kapit. Ini pasti menyusahkan orang ramai untuk bergerak ke bandar utama. Demi kepentingan diri sendiri, Larry Sng dan bapa dia Datuk Sng sanggup untuk melakukan apa saja.

Larry Sng juga merupakan orang yang bertanggungjawab untuk membina blok bangunan yang baru di SK Ng Merit. Namun demikian, sehingga ke hari ini bangunan tersebut belum lagi disiapkan. Ini menunjukkan bahawa Larry Sng bukanlah seorang wakil rakyat yang diperlukan oleh rakyat kerana beliau gagal untuk melaksanakan tugas beliau.

Selanggau dan Merit telah diumumkan pada masa yang sama untuk menjadi Sub-district. Kalau di lihat masa sekarang apa yang anda boleh lihat perbezaan yang ketara antara dua daerah ini. Selanggau sekarang sudah menjadi full-district di mana selanggau mempunyai SAO dan DO tersendiri. Manakala Merit pula masih seperti dulu yang ditumbuhi oleh rumput yang panjang. Dimanakah peranan Larry Sng untuk membanggunkan Merit sekurang-kurangnya mendapat pembanggunan yang sama di Selanggau.

Larry Sng juga gagal dalam membuat perancangan logistik untuk penduduk di hilir projek Bakun yang mana kita ketahui bahawa sunggai akan menjadi cetek apabila Bakun memulakan proses penakungan air. Sepatutnya, Larry Sng mempunyai perancangan yang terperinci bagi mengatasi masalah logistik bagi penduduk di hilir Bakun. Ini menunjukkan beliau gagal lagi dalam melaksanakan tugas beliau sebagai seorang wakil rakyat di Pelagus.

Larry Sng dan bapanya Datuk Sng lebih gemar memenuhkan poket sendiri kalau nak dibandingkan dengan membantu rakyat. Selain mempunyai konsesi balak, Larry Sng dan Datuk Sng juga mempunyai tanah (PL) di antara Nanga Sut dan Nanga Gaat. Larry Sng dan Datuk Sng juga menipu penduduk di Pelagus dengan projek pisang yang tak tumbuh-tumbuh lagi.

Kesimpulannya, kita Dayak tidak seharusnya memberikan sokongan terhadap Larry Sng, Datuk Sng mahu pun SWP kerana mereka-mereka ini lebih gemar memenuhkan poket mereka sendiri. Mereka bukanlah pembela rakyat seperti apa yang kita dambakan.

Sekarang kita mempunyai jawapan kenapa Datuk Sng mahupun Larry Sng tidak berminat untuk bertanding di Kapit, Hulu Rejang mahu pun di Julau kerana selama ini mereka tidak membela nasib rakyat. Mereka hanya memperjuangkan kepentingan sendiri dan mengaburi mata rakyat dengan taktik kotor mereka dengan memberi habuan wang.

Dayak harus ingat,jangan letak perjuangan Dayak di tangan Cina lahanat seperti Larry Sng dan Datuk Sng. Sememangnya, mereka penuh dengan kerakusan untuk membolot harta Iban tapi tidak membawa pembangunan di kawasan Iban.

Dayak untuk Dayak!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...