Monday 17 June 2013

KERAJAAN PEMBUNUH !!!

Mati ditempat kejadian
Selang beberapa hari dalam bulan ini sahaja lebih 3 Kecelakaan jalan yang mendatang MAUT kepada penduduk yang melalui jalan PERSEKUTAAN BAKUN-BINTULU ini.
Kalau di hitung nyawa yang telah terkorban di Jalan Persekutuan ini sejak digunakan, mungkin tidak lagi cukup jari tangan dan kaki. Kemalagan-kemalangan juga melibatkan penduduk Belaga dan Tubau serta pekerja-pekerja disekitar Daerah Belaga yang seharian menggunakan jalan ini.

Kematian yang sering kali disaksikan ini sungguh tragis dan dasyhat sekali. Ada mangsanya yang otaknya berderai di jalan raya, ada juga yang terburai ususnya. Perkara ini sangat mengelisahkan penduduk disini khasnya penduduk Sungai Asap.
Bulan ini sudah 3 nyawa orang Asap melayang 1 Orang taukey SOP.  Apakah perkara ini tidak serius di pandangan pihak berkuasa?????
Acapkali sudah penduduk sungai Asapkoyan telah menyuarakan masalah ini, namun seolahnya bagai berbual dengan Sang Batu tanpa tindakan serius. Ada pun bagi melepas kahak di pala tangga.
Mungkin ini yang membuat Penduduk Asapkoyan pada PRU-13 ramai menyokong Pembangkang???? 
Pada tahun 2010, Penduduk Asap juga cuba menyampaikan suara kebimbangan dengan membuat sekatan jalan di simpang jalan Sungai Asap Bakun. Hasilnya tidak ada apa-apa tindakan daripada pihak berkuasa.
Asapkoyan2u tak ingin menuding jari kepada sesiapa yang bersalah atau siapa yang lemah dalam hal ini. Masalah ini sudah terang lagi bersuluh.
Kepada penduduk Asapkoyan berhati-hatilah mengunakan jalan yang sangat teruk ini. Jangan memandu terlalu laju sebab lubang kawah ada dimana-mana.
Kepada pihak berwajip...tolonglah ambil tindakan segera. Kami tidak sanggup melihat nyawa penduduk Asapkoyan hilang dalam CELAKANYA JALAN INI!!!!

Sunday 16 June 2013

MASYARAKAT PENAN MURUM DIPINGGIRKAN!!!

Beginilah keadaan sebenar penempatan semula masyarakat penan murum yang terlibat dengan empangan Murum. Projek penempatan tersebut hampir siap dan dianggarkan 90% telah siap. Ini adalah bukti kerajaan negeri Sarawak peduli akan masyarakat Penan Murum.

Rumah ini diberikan secara percuma, dan mereka tak perlu membayar bil elektrik sekiranya bil mereka di bawah RM40 dan mereka turut disediakan air bersih terawat. Pakatan Rakyat pasti menggigit jari berikutan mereka yang suka mempolitikan masyarakat Penan Murum selalu dipinggirkan oleh kerajaan Negeri Sarawak.

Taniah Kerajaan Negeri Sarawak!

Thursday 6 June 2013

PARTI RAKYAT SARAWAK GAGAL???


Sebelum ini, YB George Lagong mengeluarkan kenyataan bahawa Parti Rakyat Sarawak gagal dalam membela nasib rakyat Pelagus. Amboi...amboi...amboi...sedap mulut jer cakap George Lagong nie.

Kenapa George Lagong tak bertanya kepada Datuk Sng dan anaknya Larry Sng yang telah menjajahi tanah Pelagus selama 20 Tahun? Apakah sumbangan mereka dua beranak kepada rakyat Pelagus? Apakah George Lagong buta sejarah politik Pelagus atau sememangnya anda seorang yang biul. George Lagong boleh tolong nyatakan satu perkara yang boleh membuatkan admin berasa bangga dengan Datuk Sng dan Larry Sng semenjak mereka menjadi wakil rakyat di Pelagus selama 20 Tahun. 

Cuba kita tinjau sejenak dan buat perbandingan Selangau dan Merit. Selangau dan Merit telah menjadi "sub-district" pada masa yang sama tapi hari ini Selangau adalah "full-district" dan mempunyai "D.O" manakala Nanga Merit masih kekal seperti dulu. Di mana usaha Datuk Sng selama 10 Tahun menjadi wakil rakyat di Pelagus? Di mana usaha Larry Sng selama 10 Tahun menjadi wakil rakyat di Pelagus?Dan sekarang kuasa keluarga SNG diteruskan oleh George Lagong sendiri, Semenjak mengambil alih dari Larry Sng menjadi wakil rakyat Pelagus, di mana pula usaha George Lagong untuk memajukan rakyat Pelagus?

http://www.selangaudo.sarawak.gov.my/modules/web/index.php?menu_id=0&sub_id=1

http://www.emoss.com.my/info/rakansarawak/022003/subdistrict/index.shtml

Dua anak beranak ini ternyata GAGAL dalam membela nasib Dayak di Pelagus dan kini KEGAGALAN dua beranak ini di sambung pula oleh George Lagong. Setakat ke hari ini, George Lagong gagal membawa sebarang pembangunan ke kawasan Pelagus. Kesinambungan KEGAGALAN dua beranak itu ternyata membebankan dan merugikan rakyat Pelagus.


Ternyata George Lagong bukan hanya buta hati, tetapi dia buta sejarah politik Pelagus juga. George Lagong menyatakan bahawa Parti Rakyat Sarawak gagal dalam membawa pembangunan ke Pelagus. Ya, Admin akui PRS gagal membawa pembangunan ke Pelagus tapi George Lagong lupa, siapa wakil rakyat di Pelagus sebelumnya, selama 20 Tahun menjadi RAJA di Pelagus. Kenapa George Lagong tak akui kejayaan PRS di Selangau yang ternyata lebih membangun kalau dibandingkan dengan Ng Merit? George Lagong janganlah sampai buta sejarah politik Pelagus.


George Lagong! Sememangnya Datuk Sng dan Larry Sng ditakdirkan menjadi seorang yang GAGAL. Ini antara lain KEGAGALAN Datuk Sng dan Larry Sng menyiapkan projek bangunan sekolah.

1) SMK PAKAN
2) SK NG MERIT
3) SK MENUANG, LIMBANG
4) SK KAMPUNG TEH

SK Nanga Merit merupakan antara mangsa projek sakit di mana Datuk Sng dan Larry Sng pernah menjadi wakil rakyat di Pelagus selama 20 Tahun.

KEGAGALAN YANG NYATA! GEORGE LAGONG, ANDA TERSILAP, PEMUDA PRS MASA INI TERNYATA LEBIH MANTAP DARI SEBELUMNYA! JANGANLAH SUKA BERBOHONG. ADMIN NASIHATKAN SUPAYA GEORGE LAGONG LEBIH KERAP TURUN KE LAPANGAN BAGI MEMBANTU RAKYAT PELAGUS!

SALAM BUAH PISNG DARI ADMIN!!


GEORGE LAGONG MENJALANI PEMBEDAHAN HATI!!

Sebagai seorang insan biasa yang punya hati dan perasaan, apakah anda tak terlintas untuk turut sama berkongsi segala kesulitan dan kesedihan yang dialami oleh saudara John Soon yang terus tabah menanti khabar berita isterinya yang masih hilang ke hari ini berikutan kejadian bot ekpress karam di Belaga.

Admin bangga dengan YB Liwan sebagai wakil rakyat belaga dan YB Wilson sebagai wakil rakyat parlimen Hulu Rajang. Kedua-dua YB turut sama bersama saudara John Soon menempuhi hari-hari yang amat mencabar dengan kehilangan orang yang tersayang. Syabas kepada kedua-dua YB yang begitu prihatin dan mempunyai hati nurani seorang manusia yang amat tinggi. Walaupun mangsa adalah berasal dari kawasan Pelagus, namun kalian tidak membataskan sifat kemanusiaan dengan memberi bantuan, nasihat moral kepada mangsa.

Sehingga ke detik ini YB George Lagong selaku wakil rakyat Pelagus tidak menjejakkan kaki ke lokasi dan menemui mangsa saudara John Soon yang masih kehilangan isteri tersayang. Apakah ini kerana YB George Lagong perlu melakukan pembedahan hati, yang ternyata beliau langsung tak mempunyai sifat seorang manusia. Manusia apakah YB George Lagong ini? Apakah nilai George Lagon lebih rendah tarafnya kalau dibandingkan dengan anjing? Anjing pun boleh menyayangi dan bersimpati dengan anjing yang lain, inikan pula George Lagong sebagai seorang manusia. Apakah perlu untuk menukarkan hati George Lagong dengan hati anjing supaya dia mampu turut merasa simpati terhadap mangsa.

Ingat George Lagong, kebahagian, kegembiraan kamu hari ini tak akan kekal lama! kerana Tuhan melaknati perbuatan kamu yang langsung tak menunjukan simpati kepada mangsa!

BERTAUBATLAH YB GEORGE LAGONG!!!

Wednesday 5 June 2013

SAH!!! GEORGE LAGONG BERADA DI LOKASI BOT EKPRESS KARAM BAGI MEMBERI BANTUAN


Admin ingin mengesahkan bahawa YB George Lagong berada di lokasi bot karam. Sebelum ini admin melaporkan bahawa YB George Lagong tak turun ke kawasan kerana beliau mabuk.

Admin, telah bertanyakan kepada penduduk setempat yang berhampiran dengan lokasi kejadian, kenapa YB George Lagong tak kelihatan di lokasi kejadian? Seorang Tuai Rumah telah menyatakan bahawa YB George Lagong telah mengikuti pasukan penyelamat menyelam dan beliau mengenakan pakaian lengkap seperti pasukan khas penyelam bomba bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam bot malang tersebut.

Oleh itu, jangan pandang enteng dengan kebolehan YB George Lagong walaupun beliau seorang yang pemabuk. Ketika gambar ini di ambil, rupa-rupanya YB George Lagong berada di dalam sungai sebab itu ramai yang tak menyedari akan kehadiran YB George Lagong di lokasi.

Hidup YB Penyelam George Lagong. Sawa Wong Pelagus!!!


Tuesday 4 June 2013

GEMPAR! MATA GEORGE LAGONG BUTA TERKENA GETAH PISNG!!!


Ternyata George Lagong masih dalam keadaan mabuk ketika dihubungi oleh pihak pemberita. Kenapalah rakyat Pelagus tak nampak bahawa George Lagong merupakan seorang yang dungu dan bodoh! Bukan saja dungu dan bodoh, dia juga buta sejarah politik Pelagus.

Denasti SNG sememangnya dah bertapak di Pelagus semenjak 20 tahun lepas sebelum denasti SNG di sambung oleh pemabuk George Lagong sendiri. Kenapa George Lagong tak mempertikaikan KEGAGALAN Datuk Sng dan Larry Sng yang menjajah Pelagus selama 20 tahun gagal membawa pembangunan di kawasan Pelagus? Tak payah kita memperkatakan untuk membuat jalan untuk menghubungkan Pelagus dan Kapit, sedangkan kerja-kerja penambahbaikan prasarana sekolah pun mereka GAGAL!


George Lagong, ke mana kamu menghilang semasa kejadian? Jangan berdolak-dalih seribu alasan! Jangan menghantar wakil ke kawasan kejadian kalau kamu seorang wakil rakyat yang prihatin terhadap rakyat. Jangan masa Pilihanraya saja muncul tapi menghilang semasa rakyat memerlukan kamu. YB Liwan dan YB Wilson Ugak sanggup turun ke lokasi dan melupakan suasana GAWAI kerana sikap prihatin terhadap rakyat walaupun majority mangsa adalah rakyat Pelagus! Inilah contoh wakil rakyat yang berjiwa rakyat tak bersempadan!

George Lagong kamu bukan pemimpin yang berjiwa rakyat! tapi kamu hanyalah seorang yang GILAKAN KUASA, PANGKAT DAN NAMA SAJA!!!


Saturday 1 June 2013

GEMPAR!! GEORGE LAGONG HILANG!

Heboh keadaan di pekan Kapit kini dengan berita YB George Lagong yang hilang berikutan kejadian bot ekpress malang yang karam di Belaga baru-baru ini. Dikhabarkan ramai penduduk Pelagus yang menaiki bot ekpress malang tersebut. Pada saat ini dan ketika ini ramai mangsa bot tersebut masih menunggu ketibaan, kemunculan YB George Lagong bagi membantu mangsa. Kemana hilangnya George Lagong di saat rakyat memerlukan dia? Dimanakah George Lagong bersembunyi di saat rakyat Pelagus memerlukannya? Dimanakah George Lagong yang dulu, yang berkata manis di bibir di saat memerlukan undi rakyat Pelagus?

GEORGE LAGONG HANYA PANDAI BERMAIN KATA-KATA MANIS DENGAN RAKYAT PELAGUS! DIA DATANG KEPADA RAKYAT DI SAAT DIA MEMERLUKAN UNDI RAKYAT PELAGUS TAPI DIA MENYEPI DAN MENGHILANG DI SAAT RAKYAT PELAGUS MEMERLUKAN DIA!



Ternyata hanya YB Wilson Ugak, YB Datuk Joseph Entulu dan YB Liwan Lagang yang bermurah hati dengan menghulurkan bantuan kepada mangsa bagi meringankan beban. Terima kasih YB-YB PRS yang bermurah hati dengan memberikan bantuan yang amat ditagihi oleh mangsa pada saat dan ketika ini. Bantuan tanpa mengira kawasan yang diwakili oleh YB-YB kalian adalah satu sumbangan yang tak ternilai kerana ini menunjukkan sifat perikemanusiaan yang amat tinggi. Nilai-nilai murni yang tersemat di dada tidak membataskan bantuan ketiga-tiga YB tersebut. Tahniah dan jutaan terima kasih admin ucapkan kepada ketiga-tiga YB yang sanggup memberi bantuan kepada mangsa dan mengorbankan masa Gawai bersama keluarga bagi meluangkan masa bersama mangsa dan turut rasa sedih bersama mangsa. Sesungguhnya, hanya Tuhan saja yang mampu membalas jasa baik YB.

GEORGE LAGONG! INI KALILAH! RAKYAT PELAGUS SUDAH MUAK DAN FAHAM DENGAN KATA-KATA MANIS MU GEORGE!! KAMU BUKANLAH SEORANG YB YANG DIDAMBAKAN OLEH RAKYAT PELAGUS! TERNYATA KAMU HANYA INDAH PADA KHABAR! TAPI BURUK ISI HATI!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...