Thursday, 6 June 2013

PARTI RAKYAT SARAWAK GAGAL???


Sebelum ini, YB George Lagong mengeluarkan kenyataan bahawa Parti Rakyat Sarawak gagal dalam membela nasib rakyat Pelagus. Amboi...amboi...amboi...sedap mulut jer cakap George Lagong nie.

Kenapa George Lagong tak bertanya kepada Datuk Sng dan anaknya Larry Sng yang telah menjajahi tanah Pelagus selama 20 Tahun? Apakah sumbangan mereka dua beranak kepada rakyat Pelagus? Apakah George Lagong buta sejarah politik Pelagus atau sememangnya anda seorang yang biul. George Lagong boleh tolong nyatakan satu perkara yang boleh membuatkan admin berasa bangga dengan Datuk Sng dan Larry Sng semenjak mereka menjadi wakil rakyat di Pelagus selama 20 Tahun. 

Cuba kita tinjau sejenak dan buat perbandingan Selangau dan Merit. Selangau dan Merit telah menjadi "sub-district" pada masa yang sama tapi hari ini Selangau adalah "full-district" dan mempunyai "D.O" manakala Nanga Merit masih kekal seperti dulu. Di mana usaha Datuk Sng selama 10 Tahun menjadi wakil rakyat di Pelagus? Di mana usaha Larry Sng selama 10 Tahun menjadi wakil rakyat di Pelagus?Dan sekarang kuasa keluarga SNG diteruskan oleh George Lagong sendiri, Semenjak mengambil alih dari Larry Sng menjadi wakil rakyat Pelagus, di mana pula usaha George Lagong untuk memajukan rakyat Pelagus?

http://www.selangaudo.sarawak.gov.my/modules/web/index.php?menu_id=0&sub_id=1

http://www.emoss.com.my/info/rakansarawak/022003/subdistrict/index.shtml

Dua anak beranak ini ternyata GAGAL dalam membela nasib Dayak di Pelagus dan kini KEGAGALAN dua beranak ini di sambung pula oleh George Lagong. Setakat ke hari ini, George Lagong gagal membawa sebarang pembangunan ke kawasan Pelagus. Kesinambungan KEGAGALAN dua beranak itu ternyata membebankan dan merugikan rakyat Pelagus.


Ternyata George Lagong bukan hanya buta hati, tetapi dia buta sejarah politik Pelagus juga. George Lagong menyatakan bahawa Parti Rakyat Sarawak gagal dalam membawa pembangunan ke Pelagus. Ya, Admin akui PRS gagal membawa pembangunan ke Pelagus tapi George Lagong lupa, siapa wakil rakyat di Pelagus sebelumnya, selama 20 Tahun menjadi RAJA di Pelagus. Kenapa George Lagong tak akui kejayaan PRS di Selangau yang ternyata lebih membangun kalau dibandingkan dengan Ng Merit? George Lagong janganlah sampai buta sejarah politik Pelagus.


George Lagong! Sememangnya Datuk Sng dan Larry Sng ditakdirkan menjadi seorang yang GAGAL. Ini antara lain KEGAGALAN Datuk Sng dan Larry Sng menyiapkan projek bangunan sekolah.

1) SMK PAKAN
2) SK NG MERIT
3) SK MENUANG, LIMBANG
4) SK KAMPUNG TEH

SK Nanga Merit merupakan antara mangsa projek sakit di mana Datuk Sng dan Larry Sng pernah menjadi wakil rakyat di Pelagus selama 20 Tahun.

KEGAGALAN YANG NYATA! GEORGE LAGONG, ANDA TERSILAP, PEMUDA PRS MASA INI TERNYATA LEBIH MANTAP DARI SEBELUMNYA! JANGANLAH SUKA BERBOHONG. ADMIN NASIHATKAN SUPAYA GEORGE LAGONG LEBIH KERAP TURUN KE LAPANGAN BAGI MEMBANTU RAKYAT PELAGUS!

SALAM BUAH PISNG DARI ADMIN!!


2 comments:

  1. Kegagalan Chee Hua n Larry sbg wakil rakyat di DUN Pelagus memperlihatkan kelemahan penyokong2 mereka juga.Penyokong2 yg pendek akal dan mudah diperdaya.Pendek akal- dgn umpan duit mereka terus memuji betapa baik hati CH atau Larry.Mereka tak melihat jauh.CH tidak ada plan jangka panjang membantu pembangunan.Dia hanya memberi umpan bukan memngajar macamana mengail.

    Larry berpura2 membantu kemajuan pendidikan anak2 Iban dgn menubuh tabung pendidikan.Berapa kerat saja yg mdapat faedah drp bantuan tabung Larry.Larry gagal merancang pembangunan sosioekonomi penduduk2 di rumah panjang.(Saya tak libatkan kpg Melayu sebab tiada langsung bantuan diterima mereka.)

    Pengajaran apa kita boleh buat drp wakil2 tersebut?



    ReplyDelete
  2. Pengajaran/lessons we learned from the inefficient YBs?

    Ulu Rejang is a good case to ponder.All of the three YBs are from PRS - two being state ministers (DS James Jemut is a senior minister and while YB Liwan is an assistant minister) n one MP (Wilson Ugak Kumbong,a green horn as a YB).

    Pendekata,kawasan Ulu Rejang memang beruntung sebab ketiga2 wakil mereka adalah dr satu parti(PRS)yg memerintah.Tak payah bergaduh tentang peruntukan,tak perlu iri hati tentang popular atau tidak.Semua mereka adalah org kuat PRS.Semua advantage berpihak kpd mereka.Soalannya: mampukah mereka memberi pembangunan yg rakyat inginkan?Ingat DS James n Liwan adalah menteri.Peruntukan dlm budget bagi mereka bukannya kecil.Tiada alasan jika mereka tak buat apa2 utk Ulu Rejang.Cuma sekarang mereka dah buat sesuatukah belum atau bersediakah mereka berdepan dgn rakyat menjelang PRN Negeri kelak?Persoalan ini perlu dijawab segera.

    Kita tidak menidakkan keupayaan YB2 tersebut.Tetapi rakyat nak lihat kemajuan,perubahan serta pembangunan.

    Berpandukan manifesto BN Pusat maupun Negeri pd PRU13 banyak perkara perlu dirungkai.Nak menunaikan "akujanji" (My Pledge)memaksa semua jentera PRS memerah otak.Bukan mudah nak tunai janji.Wang ringgit saja tak cukup.Pembangunan bukannya boleh dibuat secara "one-off" semata2.There must be a bigger plan for the next 10 years.

    tq admin.will be back.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...