Wednesday 31 July 2013

BERTENANGLAH MAWAN JANGAN MARAH-MARAH

Tan Sri Mawan seakan-akan seperti cacing terkena panas dengan mengeluarkan kenyataan yang agak marah membalas kenyataan Tan Sri James Masing untuk membuka pintu PRS buat G5 masuk PRS.

Mawan tak perlu mengelabah sebegini dan banyak-banyakan bersabar dan professional dalam mengendalikan permasalahan.



Masihkah kau (Mawan) Ingat?

Ketika PRS mengalami kemelut selepas PBDS dibatalkan oleh ROS, Mawan telah mengambil Datuk Aaron untuk bersama SPDP. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mawan adalah " adalah lebih baik Datuk Aaron bersama parti BN (SPDP) daripada bersama pembangkang".

Apa yang berlaku hari ini, adalah situasi yang sama. Di mana Tan Sri James menawarkan G5 untuk bersama PRS daripada mereka bersama pembangkang. Mereka merupakan barisan kabinet dan adalah satu kerugian sekiranya mereka mengikut ataupun bersama pembangkang.

Admin nasihatkan Mawan supaya lebih bertenang dalam mengendalikan setiap kenyataan yang ingin dikeluarkan.

Kenyataan yang pernah Mawan keluarkan suatu ketika PRS dalam kesulitan kini Mawan kena jilat balik. Perbetulkan masalah parti kamu dulu.


Tuesday 30 July 2013

LARRY SNG PEMBULAK

Hari ini Larry Sng dengan gegabah telah menukar tempat untuk memberikan bantuan pendidikan melalui tabung pendidikan Larry Sng. Melalui Fan Page FB Sarawak Worker Party, Larry Sng akan memberikan sumbangan tersebut di ibu pejabat SWP tapi hari ini, pada saat akhir beliau menukar tempat berikutan berita tersebut tersebar meluas melalui tweeter GAS (Gerakan Anti Swp). Larry Sng mengelak daripada di serbu oleh para student universiti.

Larry Sng bukan Pemimpin tapi PEMBULAK.


Thursday 11 July 2013

NAJIB TERUS BERLAGAK SOMBONG

Najib masih mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang kata putus berkenaan dengan pemintaan Parti Rakyat Sarawak supaya mempunyai 2 Menteri Penuh di kabinet kerajaan. Parti Rakyat Sarawak yang berjaya mengekalkan 100% pada PRU13 yang lepas seharusnya diberikan jawatan Menteri Penuh dan bukannya sebagai Menteri Penuh yang hanya menghiasi pejabat Perdana Menteri.

UMNO merupakan sebuah parti yang terbesar dalam pakatan BN namun tidak seharusnya UMNO Najib meminggirkan PRS. Sekiranya PRS tidak membantu dengan 9 kerusi yang dimenangi, adakah Najib masih bergelar sebagai PM? Apakah nasib beliau serupa dengan Pak Lah juga?

Sebelumnya Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri James Jemut Masing mengeluarkan kenyataan bahawa "UMNO" perlu mengamalkan sistem pentadbiran perkongsian kuasa dalam mentadbir demi menjaga kestabilan dalam pakatan BN. Ini pasti menjadi satu keresahan untuk Pakatan Rakyat sekiranya BN terus bersatu tanpa meminggirkan parti yang kecil. Kenyataan beliau turut di sokong oleh barisan pemuda PRS Cr Ali Idap, Bakat dan Jesi.

Selaku Perdana Menteri, Najib harus memandang serius perkara ini demi menjaga kestabilan dalam pakatan BN.

"Apa Lagi Mau Najib"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...