Sunday 28 April 2013

RAPATKAN BARISAN PRS PBB BERSATU!!


Perpaduan dikalangan parti kompenen BN adalah satu kekuatan yang tak boleh ditandingi oleh mana-mana parti di Malaysia. Pengerusi PBB Belaga Encik Michael Mujah,Ketua Pemuda PBB Belaga Encik Henry Kilah dan Ketua-ketua masyarakat yang diketuai oleh Maren Uma Donny Dian Talek menyatakan untuk memberikan sokongan penuh kepada calon P216 Hulu Rajang Encik Wilson Ugak. Perpaduan antara dua parti komponen PBB dan PRS ternyata terserlah dan pasti meyentak parti lawan PKR yang berpengkalan di Kampung yang sama.   Menurut maren uma encik Donny Dian Talek, kewujudan pengkalan PKR di kampung nya ternyata membuatkan mereka bekerja dengan lebih keras lagi dan kunjungan calon ke kampungnya semalam pasti menjadi tamparan yang hebat memandangkan semua maren uma ASAP turut turun menghadiri majlis semalam bagi menyatakan bahawa kekuatan BN adalah terletak pada perpaduan komponen parti. Keadaan ini pasti mengelisahkan parti lawan yang mana hasil risikan sebelum ini, PKR telah terbahagi kepada dua kumpulan dan ada segelintir penyokong tegar PKR mulai bersama BN berikutan kegagalan Abun Sui Anyit dalam mengawal penyokong tegarnya. Admin akan mengeluarkan episod pengakuan seorang pengikut tegar Abun Sui yang telah diabaikan oleh beliau dan membuka ruang kepada beliau kembali kepada BN.

Dalam Ucapan Wilson Ugak, beliau menceritakan bahawa beliau telah berkerja keras bagi memastikan kemenangan Datuk Billy Abit Joo semenjak tahun 1995 sehingga 2008.  Wilson Ugak seorang yang mempunyai prinsip politik yang teguh walaupun suatu ketika beliau terpaksa berdepan dengan saudara sendiri masa pilihanraya. Datuk Justin Jenggut merupakan calon BN dan merupakan saudara dekat kepada Wilson Ugak, namun demikian kerana prinsip yang dipegang oleh Wilson Ugak, beliau terus berdiri teguh di belakang Datuk Billy Abit Joo bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Datuk Billy Abit Joo. Wilson Ugak, meminta agar penyokong, saudara mara Datuk Billy Abit Joo turut membantu beliau semasa PRU13 ini bagi memastikan kemenangan berpihak kepada beliau.

Kita harus mengundi dan menyokong Wilson Ugak kerana beliau merupakan antara yang terbaik untuk P216 Hulu Rajang.

WILSON UGAK CALON YANG TERBAIK UNTUK P216 HULU RAJANG


Sesuatu yang tak perlu dipertikaikan mana-mana pihak lagi bahawa Wilson Ugak adalah calon yang terbaik untuk P216 Hulu Rajang. Hari ini Wilson Ugak pergi rumah panjang Uma Sambop yang mempunyai penduduk sekitar 200 orang.

Apa yang membuat admin berasa bangga dengan calon adalah kerana beliau begitu berasa rendah diri setiap kali berucap dan beliau tak pernah membuat serangan peribadi kepada parti pakatan yang mana pakatan lebih terjurus kepada serangan peribadi setiap kali mengadakan kempen.


Satu nilai yang tak mungkin ada pada calon yang lainnya, maupun BN. Wilson Ugak begitu pemurah hati apabila dengan rela memberikan sumbangan sebanyak RM2000 kepada gereja kampung sambop. Tak semua calon yang mampu melakukan hal sedemikian kerana beliau menggunakan wang sendiri bagi membantu orang yang memerlukan. Nilai-nilai murni sebegini seharusnya diterapkan kepada mana-mana pemimpin kelak. Berbeza dengan pemimpin Pakatan yang meminta wang rakyat bagi membantu dalam pergerakan politik mereka. Wahal, Wilson Ugak belum menjadi YB lagi pun sanggup mengeluarkan wang sendiri bagi membantu orang yang memerlukan. Admin difahamkan ini bukan kali yang pertama Wilson Ugak mengeluarkan wang sendiri bagi membantu rakyat yang memerlukan. Admin seru kepada rakyat P216 Hulu Rajang, janganlah pandang kiri dan kanan lagi..inilah calon yang paling sesuai untuk menerajui Hulu Rajang. Ingat! pada 5 Mei nanti pangkah calon kita Wilson Ugak (BN) kerana dia pendengar yang baik untuk rakyat.

Saturday 27 April 2013

BN TERUS MENALUKI DAERAH ASAP P216 HULU RAJANG


Pergerakan wanita PRS dan Pemuda PRS terus bergabung dalam misi menaluki daerah Asap P216. Kerjasama yang baik di antara komponen parti BN yang lainnya membuahkan hasil apabila setiap kempen yang dilakukan oleh GELOMBANG BIRU mendapat sambutan yang luar biasa.

Penyokong yang hadir dianggarkan melebihi 200 orang. Dalam ucapan Exco Pemuda PRS, Bit Surang, beliau membuat perbandingan di antara manifesto pembangkang "Manifesto Bukan Janji" dan manifesto BN "Aku Janji". Antara lain, manifesto BN Aku Janji adalah pendidikan. Encik Bit Surang, menegaskan bahawa kepentingan pendidikan kepada masyarkat orang ulu bagi menaik taraf kehidupan sesebuah keluarga. Bagi memastikan rancangan pendidikan berjaya BN berjanji akan terus memberikan baucer buku 1Malaysia bagi meringgankan beban ibu bapa.

Di dalam ucapan Pemancha Tony Kuleh, beliau ingin rakyat daerah Asap mengimbau kembali semenjak mereka ditempatkan semula pada tahun 2000 berikutan pembinaan empangan bakun. Kerajaan yang diterajui oleh Dato Seri Najib telah mengumumkan bahawa rakyat daerah Asap tak perlu membayar balik rumah yamg telah di bina oleh kerajaan BN. Penempatan baru ini jauh lebih selesa bahkan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti jalan, air dan elektrik. Bahkan kerajaan BN telah membina sebuah sekolah baharu SMK Bakun buat penduduk daerah Asap. Menurut Pemancha Tony Kuleh, hanya BN mampu memberikan pembangunan secara berterusan. Pemancha Tony, menyeru rakyatnya akan terus memberi sokongan kepada Dato Seri Najib untuk menjadi Perdana Menteri.


PRS TURUN PADANG UMA BAKAH


Admin berada di Uma Bakah Asap. Seramai 200 lebih penduduk sekitar yang turut hadir. Taniah PRS kerana terus-terusan mendekati bagi memenangi hati rakyat sekaligus memberikan mandat kepada Dato Seri Najib untuk menjadi Perdana Menteri kita.

Friday 26 April 2013

MAJLIS PERASMIAN BILIK OPERASI UMA KELEP


Ketibaan Tan Sri Dr James Jemut Masing di Uma Kelep, Asap Belaga telah di sambut kira-kira 5 Ribu penduduk setempat. Ketibaan beliau di sambut dengan cara tradisional kaum tempatan dengan melakukan "Parap".

Tan Sri Dr James telah menyempurnakan majlis perasmian bilik gerakan operasi Uma Kelep. Turut hadir majlis tersebut, YB Liwan Lagang, calon baru P216 Wilson Ugak Kumbong, ketua masyarakat dan penyokong BN.

Dalam ucapan YB Tan Sri Dr James berkata, beliau memohon agar penduduk ASAP menyokong calon baru P216 Wilson Ugak Kumbong kerana sepanjang 25 Tahun, penduduk Balleh tidak berbelah bagi menyokong Datuk Billy Abit Joo dalam memastikan kemenangan berpihak kepada BN. YB Tan Sri Dr James juga menasihatkan supaya tiada kumpulan Datuk Billy, Ugak maupun YB Liwan tetapi mereka harus berkerjasama bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN. Beliau menyeru, agar merapatkan barisan kerana PRU13 merupakan satu ujian yang gentir buat BN.

Melalui tinjauan Admin, pergerakan BN di ASAP berada dilandasan yang betul dalam mempertahankan P216. Ahli-ahli parti PBB,SPDP dan PRS menyatakan bahawa mereka bersiap sedia untuk mempertahankan P216 Hulu Rajang.

Hidup BN!




Wednesday 24 April 2013

YB LIWAN MELAWAT MARKAS PRS BELAGA


Hari ini Admin berkesempatan menjejakan kaki buat pertama kalinya di pekan Belaga bersama YB Liwan Lagang ADUN Belaga. Ketibaan YB Liwan di pekan Belaga disambut baik oleh penduduk setempat malahan peniaga-peniaga cina di pekan belaga turut menyambut kedatangan beliau. Selepas melawat sekitar pekan belaga YB Liwan meneruskan perjalanan ke markas pergerakan PRS belaga bagi mempersiapkan barisan hadapan PRS untuk mempertahankan P216 Hulu Rajang.

Ketibaan YB Liwan disambut dengan meriah sekali oleh penyokong kuat Barisan Nasional PRS. Dikesempatan itu juga, penyokong BN turut menyambut YB Liwan dengan mengadakan "Parap" (Main adat asal suku kaum Orang Ulu). Admin amat merasa terharu dengan sambutan yang sungguh luar biasa dari penyokong Belaga bagi memastikan mandat kepada BN untuk terus kekal di Putrajaya.

Turut hadir bersama Setiausaha politik kepada ketua menteri sarawak Angelyn Umih, Calon baru Hulu Rajang Encik Wilson Ugak Anak Kumbong dan pemuda pusat PRS Bit Surang.
.

Monday 22 April 2013

PENAMAAN CALON P216

Admin membuat tinjauan di Pejabat PRS Kapit, penyokong PRS memenuhi perkarangan pejabat seawal pukul 7 lagi bagi memberikan sokongan kepada calon baru P216 En Wilson Ugak Kumbong. Dianggarkan seramai 4 ribu lebih penyokong telah datang untuk memberikan sokongan kepada calon baru Wilson Ugak Kumbong.




Penyokong memulakan perarakan dari pejabat PRS pada pukul 8 menuju ke dewan syuarah Kapit bagi penamaan calon. Perarakan tersebut turut disertai oleh Presiden Parti Tan Sri Dr James Jemut Masing, YB Liwan Lagang dan Bekas MP Hulu Rejang Datuk Billy Abit Joo. Semua penyokong rasa terharu dengan tindakan Datuk Billy Abit Joo yang bersikap begitu professional dengan kesanggupan beliau mengiringi calon bagi penamaan calon. Malahan Datuk Billy dengan bersemanggat sekali memberi sokongan kepada calon BN bagi memastikan kemenangan berpihak  kepada BN sekaligus memberi mandat kepada Dato Seri Najib bagi meneruskan pentadbiran negara di Putrajaya.

Kedatangan Datuk Billy Abit ternyata menyentak parti lawan yang nyata menjangkan keretakan parti berlaku berikutan penamaan calon baru bagi P216 Hulu Rajang. Keakraban pemimpin PRS menjadikan tamparan yang hebat kepada parti lawan sekali gus menyukarkan mereka untuk memenangi Hulu Rajang.









Friday 19 April 2013

Politik Matang Dayak





Upacara miring dilakukan di Nanga Bawai Baleh sempena calon baru PRS Wilson Ugak menyimpan seribu satu erti kematangan politik dayak masa kini. Satu sejarah, satu lembaran baru untuk Parti Rakyat Sarawak telah tercatit di Nanga Bawai yang dihadiri oleh 2 ribu lebih penyokong. Kedatangan penyokong telah di sambut baik dan penuh adat tradisonal masyarakat Dayak.

Tan Sri Dr James Jemut selaku Presiden parti turut hadir dan ditemani oleh YB Liwan Lagang. Semasa upacara sedang dilakukan, penduduk dikejutkan dengan kehadiran bekas MP Hulu Rejang Datuk Billy Abit. Kehadiran Datuk Billy yang turut memberikan sokongan kepada calon baru membuatkan semua penyokong yang hadir turut beremosi dan terharu dengan tindakan Datuk Billy yang menyatakan beliau turut memberikan sokongan penuh kepada calon baru bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

Semasa Datuk Billy membuat ucapan, beliau menyatakan bahawa selama ini, beliau menjalankan tugas beliau bagi memberikan peruntukan kepada rakyat. Beliau juga mengakui beliau turut melobi untuk terus dicalonkan, namun demikian beliau akur dengan pilihan dan keputusan pucuk pimpinan BN untuk meletakan muka baru di Hulu Rejang. Beliau menerima dengan sepenuh hati dan turut memberikan sokongan kepada calon baru. Di saat beliau menyatakan sokongan kepada calon baru, seluruh penyokong yang hadir memberikan tepukan yang gemuruh dan tak keterlaluan juga, ada yang turut menitiskan air mata kerana begitu terharu dengan tindakan Datuk Billy.

YB Liwan juga melalui ucapan beliau turut menyatakan perasaan terharu dengan tindakan Datuk Billy selain menyifatkan beliau adalah pemimpin terulung kerana tak semua pemimpin mampu melakukan seperti beliau lakukan. YB Liwan menyeru kepada semua penyokong untuk mengikut jejak pemimpin mereka yang melakukan sesuatu perkara dengan matang. YB Liwan, menyeru semua penyokong terus teguh bersama parti dan jangan ada kumpulan Datuk Billy dan kumpulan Wilson Ugak kerana kedua-dua mereka sekarang mampu duduk bersama bagi memastikan kemenangan kepada BN. Ini adalah saat yang paling genting kepada BN dan saat ini juga parti memerlukan semua penyokong BN terus bersatu dan bersama dalam menempuhi segala cabaran PRU13. Dengan izin Tuhan, PRS mampu mempertahankan kesemua kawasan PRS sekiranya semua penyokong parti terus bersatu.

YB Tan Sri Dr James Jemut Masing yang juga turut hadir, melalui ucapan beliau menyatakan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Billy Abit Joo atas sokongan beliau kepada calon baru Wilson Ugak. Beliau turut terharu dengan keputusan beliau yang nyata menunjukan contoh yang baik kepada penyokong sekali gus membuktikan bahawa kenyataan Hadi Awang (PAS) sebelum ini semasa pilihanraya kecil di Batang Ai yang menyatakan Dayak masih pakai cawat. Tan Sri James, menyatakan bahawa Dayak telah mencapai tahap politik yang matang dan pasti membuka mata masyarakat luar bahawa PRS adalah antara parti politik Dayak yang matang. Tan Sri juga menyatakan bahawa bukan senang untuk menadatangani persetujuan untuk menukar Datuk Billt kepaa muka baru apatah lagi mereka telah lama berkawan semenjak di bangku sejolah lagi pada tahun 1958. Namun demikian selaku presiden parti beliau terpaksa membuat keputusan dan beliau berharap bahawa beliau tak akan melalui pengalaman tersebut lagi kerana itu merupakan sesuatu yang sukar untuk membuat keputusan. Dengan ini, Tan Sri juga mengambil iktibar dan contoh yang terbaik dilakukan oleh Datuk Billy supaya beliau terut melakukan perkara yang sama sekiranya beliau tidak dicalonkan pada masa depan.

Satu sejarah, satu lembaran baru tercipta di Nanga Bawai untuk Partu Rakyat Sarawak.


Thursday 18 April 2013

Semanggat PRU13



Admin selamat tiba di bandar Sibu dengan manaiki pesawat Sibu. Admin akan terus memantau perkembangan PRU13, di mana penamaan calon akan berlangsung esok di seluruh negara.

Admin akan cuba bawa perkembangan yang terkini dari lapangan dan sekali gus akan membongkar kegiatan salah laku wakil Sarawak Worker Party. Admin akan cuba merungkai dan memaparkan bukti kenapa kita harus menolak Sarawak Worker Party.

Wednesday 17 April 2013

SENARAI PENUH CALON BN SARAWAK PRU13

ASAP-KOYAN 2U: SENARAI PENUH CALON BN SARAWAK PRU13: Berikut adalah nama calon-calon Parlimen Barisan Nasional Sarawak yang baru diumumkan oleh Pehin Sri Taib sebentar tadi; P.192 Mas Gadin...

Sunday 14 April 2013

Sarawak Worker Party Kepanasan

Sarawak Worker Party kepanasan selepas admin mengeluarkan article yang melaporkan politik kotor mereka dengan memberikan wang tunai di Parlimen Lubok Antu.

Facebook Admin telah di "hack" oleh orang-orang yang kepanasan. Namun yang demikian, admin tak gentar dan tak cuak untuk terus membongkar Politik Kotor yang diamalkan oleh Sarawak Worker Party dan Presidennya Hantu Kak Larry.

Nampaknya! Hantu Kak Larry nak balik ke kubur lebih awal dari yang dijangkakan!




HANTU POLITIK WANG KAK LARRY KEMBALI KE KANCAH POLITIK



Hasil risikan Admin hari ini mendapati Hantu Politik Wang Kak Larry kembali ke kancah politik di Parlimen Lubok Antu. Perkhabaran ini disahkan oleh pihak berkuasa tempatan dan penduduk tempatan.

Larry telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM250 kepada penduduk di Lubok Antu dan berjanji akan memberikan RM250 lagi selepas keputusan PRU13 diketahui. Ternyata Hantu Kak Larry ini, berpaksikan politik wang untuk menarik undi dari rakyat tempatan. Apakah ini yang dinamakan sebagai politik demokrasi yang diamalkan di negara kita Malaysia.

Berikutan ini, admin percaya bahawa Rakyat bijak dalam memilih calon yang bakal menjadi Pemimpin yang bertanggungjawab di kawasan mereka. Rakyat harus tahu, Hantu Kak Larry hanya sekadar muncul semasa Pilihan Raya saja. Selepas Pilihan Raya berlalu maka Hantu Kak Larry akan kembali ke kubur beliau tanpa menghiraukan apa yang berlaku di kawasan yang diwakili beliau. Rakyat Lubok Antu harus peka dan melihat contoh yang terbaik apa yang berlaku di Pelagus selama 20 Tahun Hantu Kak Larry dan Hantu Pak Sng menjadi wakil rakyat di Pelagus. Tiada satu pun yang boleh dibanggakan !



Wahai warga ku Lubok Antu! hendaklah kamu bijak dalam menentukan pilihan anda semasa mengundi kelak.

INGAT! HANTU KAK LARRY CUMA MUNCUL MUSIM PILIHAN RAYA SAJA!




MANIFESTO SARAWAK WORKER PARTY TAK MASUK AKAL

Baru-baru ini Sarawak Worker Party melancarkan Manifesto mereka. Manifesto yang dibentangkan oleh Presiden Sarawak Worker Party amat menjengkelkan.

Dalam "Manifesto" mereka menyebut akan membuat jalan yang menghubungkan Sibu ke Kapit dalam masa 5 Tahun. Apakah ini satu lagi pembohongan.


Dalam tinjauan Admin baru-baru ini, kerja-kerja membina jalan raya yang menghubungkan Kanowit dan Song kian giat dilaksanakan. Manifesto yang SWP bentangkan sebelum ini ternyata menipu dan cuba memutar-belit fakta bahawa mereka (SWP) akan membina jalan yang menghubungkan Sibu dan Kapit. Larry Sng dan bapanya Datuk Sng telah menjadi wakil rakyat di DUN Pelagus selama 20 Tahun dan kini disandang oleh pak cik Larry sendiri iaitu George Lagong. Di sepanjang pengelibatan mereka menjadi wakil rakyat di Pelagus, ternyata mereka tak melakukan apa-apa untuk penduduk di Pelagus tetapi disebaliknya mereka lebih mementingkan untuk memenuhkan poket mereka.



Sehinggalah pada 15 April 2011, YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib mengumumkan peruntukan untuk membina Jalan yang menghubungkan Sibu dan Kapit. Kerja-kerja pembinaan sedang giat dilakukan.

TERNYATA MANIFESTO SARAWAK WORKER PARTY TAK BOLEH DI GUNA PAKAI.

KITA HARUS TOLAK SARAWAK WORKER PARTY DAN LARRY SNG!











Saturday 13 April 2013

Manifesto Sarawak Worker Party Terkena Batang Hidung Sendiri


Manifesto Sarawak Worker Party ternyata menjerat mereka sendiri. Seperti yang dilaporkan sebelumnya, Sebiro Holding yang mana milik Datuk Sng telah di senarai hitamkan berikutan kegagalan mereka menyiapkan projek bangunan sekolah seperti yang ditetapkan. Sarawak Worker Party yang meletakan calon di kesemua Parti Rakyat Sarawak ternyata tersilap perhitungan apabila mereka meletakan "FREE HIGHER EDUCATION FOR FAMILIES EARNING BELOW RM2500 PER MONTH" Admin tak pasti apakah kerana kesuntukan masa atau atas desakan sesetengah pihak demi meraih undi, mereka Sarawak Worker Party terlupa bahawa Sebiro Holding telah di senarai hitamkan berikutan kegagalan mereka menyiapkan projek bangunan sekolah. Sekarang rakyat agak kehairanan, bagaimana Sarawak Worker Party ingin memberikan pembelajaran percuma wahal projek bangunan sekolah pun mereka tak terlaksanakan inikan pula untuk memberikan pendidikan percuma. Antara bangunan sekolah yang terbengkalai adalah ;

1) SMK Pakan
2) SK Ng Merit
3) SK Menuang, Limbang
4) SK Kampung Teh

sila layarti petikan dari Thestar Online: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/1/10/sarawak/12555106&sec=sarawak

Admin, akan membawa semua anda untuk mendalami Manifesto Sarawak Worker Party satu per satu. Bagi admin, manifesto Sarawak Worker Party sememangnya tak masuk akal dan segelintir manusia yang tak memahami dan mengenali Larry Sng dan Datuk Sng akan mempercayai apa yang tertulis di dalam manifesto mereka.

Admin seru kepada semua pengundi di luar sana, janganlah anda tertipu dengan helah Larry Sng dan Datuk Sng. 


Episod seterusnya, Admin akan mengupas berkenaan manifesto Sarawak Worker Party yang no 4.






Thursday 11 April 2013

JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN PARTI LAIN





Melalui risikan admin baru-baru ini, didapati seorang bekas MP yang bergelar Datuk terus melobi supaya nama beliau terus dicalonkan pada PRU13 yang akan datang.



Sebelum ini, Presiden Parti Rakyat Sarawak mengumumkan bahawa Parti hanya memberikan satu nama saja untuk calon PRS BN di Hulu Rejang. Keadaan ini terus menghantui dan mendesak beliau untuk mencari seseorang bagi membantu beliau untuk melobi pucuk pimpinan BN pusat iaitu Dato Seri Najib Razak. Difahamkan, Datuk Billy Abit Joo telah mendapatkan bantuan dari seseorang yang bergelar Datuk yang mempunyai pengaruh di dalam Parti PBB. Datuk Billy Abit Joo kerap kali bertemu dengan Datuk Bustari yang merupakan adik kepada YB Fadilah.

Presiden Parti Rakyat Sarawak menegaskan, keputusan untuk tidak mencalonkan Datuk Billy Abit Joo adalah keputusan seluruh Parti dan dipersetujui oleh beliau selaku Presiden Parti. Menurut Tan Sri Dr. James Jemut Masing, Datuk Billy Abit Joo harus memberikan laluan kepada calon baru iaitu Wilson Ugak Kumbong bagi meneruskan agenda BN untuk membawa pembangunan ke kawasan Hulu Rejang secara berterusan tercapai. Mesej dari Presiden Parti Rakyat Sarawak cukup jelas untuk Datuk Billy Abit Joo untuk membantu calon BN dalam memastikan kemenangan berpihak kepada BN di Hulu Rejang.

Sebelum ini juga, Dato Seri Najib menasihatkan agar calon yang tidak disenaraikan untuk tidak melakukan sabotaj kepada parti BN tetapi sebaliknya membantu parti dalam memastikan kemenangan yang bergaya buat BN. 

Admin menasihatkan Datuk Billy Abit Joo supaya belajar bagaimana untuk menghormati pucuk pimpinan parti dan terus menjadi ahli BN yang setia tanpa melakukan sesuatu yang merugikan Parti BN. Admin juga ingin menasihatkan supaya Datuk Bustari memberhentikan niat beliau bagi mencampuri urusan parti orang lain. Seharusnya, Datuk Bustari membantu dalam memperkukuhkan, memperkasakan Parti BN Sarawak dalam memastikan kemenangan BN pada PRU13 dan mempertahankan Putrajaya.

http://matakkayau.blogspot.com/2012/07/kenapa-datuk-billy-abit-joo-perlu.html

GELOMBANG BIRU !!!



Friday 5 April 2013

Dayak harus tolak SWP

Sebelum ini admin ada menulis artikle mengenai kegagalan Sebiro Holding. Kali ini admin akan menulis kesinambungan dari artikle tersebut. Antara sekolah yang mengalami projek bangunan sekolah terbengkalai;

1) SMK PAKAN
2) SK NG MERIT
3) SK MENUANG, LIMBANG
4) SK KAMPUNG TEH

Admin, ingin menerangkan kenapa Dayak harus menolak SWP@Larry Sng@Sebiro Holding. Pada artikle yang lepas, admin telah menulis kegagalan Sebiro Holding dalam menyiapkan beberapa projek bangunan sekolah di kawasan Dayak. Anak saudara dan anak admin layak untuk merasakan prasarana yang selesa sekali gus boleh membantu proses pembel ajaran yang selesa dan boleh membantu untuk mendapat keputusan perperiksaan yang cemerlang.



Berikut adalah beberapa kemungkinan yang menyebabkan kegagalan Sebiro Holding dalam menyiapkan projek bangunan sekolah tersebut, sekali gus menindas kaum Dayak ataupun sememangnya Larry Sng mempunyai niat untuk tidak menyiapkan bangunan tersebut.

IBU PEJABAT SEBIRO HOLDING BERTUKAR MENJADI IBU PEJABAT SARAWAK WORKER PARTY (SWP).


Larry Sng selaku Presiden SWP, lebih mementingkan Parti berbanding dengan kepentingan rakyat yang mana mengharapkan bangunan sekolah disiapkan seperti yang ditetapkan. Admin menjangkan bahawa wang telah disalurkan ke Parti untuk meraih undi Dayak.  Admin, menasihatkan supaya Dayak sedar bahawa SWP telah menindas Dayak dengan meletakan kepentingan Parti menjadi keutamaan mereka. Lebih menghairankan, baru-baru ini Larry Sng telah menghantar wakilnya untuk mengagihkan kad keahlian bersertakan wang tunai RM30 bagi setiap pendaftaran. Persoalannya, orang yang tak pernah memohon turut menerima kad keahlian SWP dan want tunai RM30. Admin pasti, pasti ada yang berkata biarlah dia nak bagi! Pernahkah anda terfikir dari mana datangnya duit tersebut? Kalau benarlah Larry Sng mempunyai duit yang banyak, kenapa banyak projek bangunan sekolah yang terbengkalai? Fikir-fikirlah wahai kaumku, bangsaku Dayak!

KENAPA LARRY SNG MEMILIH UNTUK BERTANDING DI LUBUK ANTU?

Apakah Larry Sng sedang menghina rakyat Lubuk Antu? Tindakan Larry Sng untuk bertanding di Lubuk Antu seolah-olah menghina rakyat di Lubuk Antu sedangkan Larry Sng datangnya dari Kapit dan bukannya rakyat Lubuk Antu maupun kawasan berdekatan. Tindakannya untuk bertanding di Lubuk Antu seperti tiada seorang pun anak watan Lubuk Antu yang berkelayakan dan mempunyai perlajaran yang tinggi untuk menjadi calon. Apakah disebabkan itu, Larry Sng dengan sengaja untuk tidak menyiapkan bangunan sekolah tersebut kerana khuatir ramai anak Dayak yang pandai.

Wahai saudaraku, bangsaku Dayak! Marilah kita TOLAK dan BENAM SWP bersama LARRY SNG!

KATAKAN BYE BYE..kepada SWP!

SWP MENINDAS DAYAK!





Monday 1 April 2013

Di mana semanggat Gelombang Biru ???

Lawatan ketua pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim ke Belaga baru-baru ini lantas menimbulkan beberapa persoalan yang perlu diselesaikan dengan kadar segera.


http://www.youtube.com/watch?v=5RUiElB5cfU


Sebuah kereta mewah telah menjemput Dato Seri Anwar Ibrahim dari Airport Bintulu dan meneruskan perjalanan ke Belaga bagi tujuan kempen PKR. Persoalan yang timbul sekarang adalah, kereta tersebut dikenal pasti milik seorang pemuda PBB Belaga. Kereta tersebut juga, telah digunakan untuk membawa Awang Tengah semasa lawatan ke Belaga sebelum ini.

Siapa Pemuda PBB tersebut?
Kenapa perlu dia menjemput dan membawa Anwar Ibrahim ke Belaga?
Apakah tindakan PBB bagi menjernihkan keadaan ini ?

Tujuan Admin, mengeluarkan isu ini bukan untuk mengeruhkan keadaan tetapi untuk menjernihkan keadaan. Admin difahamkan dari sumber yang dipercayai, beliau mengesahkan bahawa kereta tersebut telah disewakan untuk membawa Dato Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan ke Belaga baru-baru ini.

Diharapkan laungan GELOMBANG BIRU bukan hanya manis di bibir saja, tetapi seharusnya Gelombang Biru itu di semat di dalam hati setiap ahli parti komponen BN dan menunjukan setia kawan.

Semoga detik ini, menjadi satu titik permulaan untuk semua komponen parti BN untuk memastikan Pakatan Rakyat terus dilamun mimpi untuk ke Putrajaya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...