1) SMK PAKAN
2) SK NG MERIT
3) SK MENUANG, LIMBANG
4) SK KAMPUNG TEH
Admin, ingin menerangkan kenapa Dayak harus menolak SWP@Larry Sng@Sebiro Holding. Pada artikle yang lepas, admin telah menulis kegagalan Sebiro Holding dalam menyiapkan beberapa projek bangunan sekolah di kawasan Dayak. Anak saudara dan anak admin layak untuk merasakan prasarana yang selesa sekali gus boleh membantu proses pembel ajaran yang selesa dan boleh membantu untuk mendapat keputusan perperiksaan yang cemerlang.
Berikut adalah beberapa kemungkinan yang menyebabkan kegagalan Sebiro Holding dalam menyiapkan projek bangunan sekolah tersebut, sekali gus menindas kaum Dayak ataupun sememangnya Larry Sng mempunyai niat untuk tidak menyiapkan bangunan tersebut.
IBU PEJABAT SEBIRO HOLDING BERTUKAR MENJADI IBU PEJABAT SARAWAK WORKER PARTY (SWP).
Larry Sng selaku Presiden SWP, lebih mementingkan Parti berbanding dengan kepentingan rakyat yang mana mengharapkan bangunan sekolah disiapkan seperti yang ditetapkan. Admin menjangkan bahawa wang telah disalurkan ke Parti untuk meraih undi Dayak. Admin, menasihatkan supaya Dayak sedar bahawa SWP telah menindas Dayak dengan meletakan kepentingan Parti menjadi keutamaan mereka. Lebih menghairankan, baru-baru ini Larry Sng telah menghantar wakilnya untuk mengagihkan kad keahlian bersertakan wang tunai RM30 bagi setiap pendaftaran. Persoalannya, orang yang tak pernah memohon turut menerima kad keahlian SWP dan want tunai RM30. Admin pasti, pasti ada yang berkata biarlah dia nak bagi! Pernahkah anda terfikir dari mana datangnya duit tersebut? Kalau benarlah Larry Sng mempunyai duit yang banyak, kenapa banyak projek bangunan sekolah yang terbengkalai? Fikir-fikirlah wahai kaumku, bangsaku Dayak!
KENAPA LARRY SNG MEMILIH UNTUK BERTANDING DI LUBUK ANTU?
Apakah Larry Sng sedang menghina rakyat Lubuk Antu? Tindakan Larry Sng untuk bertanding di Lubuk Antu seolah-olah menghina rakyat di Lubuk Antu sedangkan Larry Sng datangnya dari Kapit dan bukannya rakyat Lubuk Antu maupun kawasan berdekatan. Tindakannya untuk bertanding di Lubuk Antu seperti tiada seorang pun anak watan Lubuk Antu yang berkelayakan dan mempunyai perlajaran yang tinggi untuk menjadi calon. Apakah disebabkan itu, Larry Sng dengan sengaja untuk tidak menyiapkan bangunan sekolah tersebut kerana khuatir ramai anak Dayak yang pandai.
Wahai saudaraku, bangsaku Dayak! Marilah kita TOLAK dan BENAM SWP bersama LARRY SNG!
KATAKAN BYE BYE..kepada SWP!
SWP MENINDAS DAYAK!
No comments:
Post a Comment