Thursday 11 April 2013

JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN PARTI LAIN





Melalui risikan admin baru-baru ini, didapati seorang bekas MP yang bergelar Datuk terus melobi supaya nama beliau terus dicalonkan pada PRU13 yang akan datang.



Sebelum ini, Presiden Parti Rakyat Sarawak mengumumkan bahawa Parti hanya memberikan satu nama saja untuk calon PRS BN di Hulu Rejang. Keadaan ini terus menghantui dan mendesak beliau untuk mencari seseorang bagi membantu beliau untuk melobi pucuk pimpinan BN pusat iaitu Dato Seri Najib Razak. Difahamkan, Datuk Billy Abit Joo telah mendapatkan bantuan dari seseorang yang bergelar Datuk yang mempunyai pengaruh di dalam Parti PBB. Datuk Billy Abit Joo kerap kali bertemu dengan Datuk Bustari yang merupakan adik kepada YB Fadilah.

Presiden Parti Rakyat Sarawak menegaskan, keputusan untuk tidak mencalonkan Datuk Billy Abit Joo adalah keputusan seluruh Parti dan dipersetujui oleh beliau selaku Presiden Parti. Menurut Tan Sri Dr. James Jemut Masing, Datuk Billy Abit Joo harus memberikan laluan kepada calon baru iaitu Wilson Ugak Kumbong bagi meneruskan agenda BN untuk membawa pembangunan ke kawasan Hulu Rejang secara berterusan tercapai. Mesej dari Presiden Parti Rakyat Sarawak cukup jelas untuk Datuk Billy Abit Joo untuk membantu calon BN dalam memastikan kemenangan berpihak kepada BN di Hulu Rejang.

Sebelum ini juga, Dato Seri Najib menasihatkan agar calon yang tidak disenaraikan untuk tidak melakukan sabotaj kepada parti BN tetapi sebaliknya membantu parti dalam memastikan kemenangan yang bergaya buat BN. 

Admin menasihatkan Datuk Billy Abit Joo supaya belajar bagaimana untuk menghormati pucuk pimpinan parti dan terus menjadi ahli BN yang setia tanpa melakukan sesuatu yang merugikan Parti BN. Admin juga ingin menasihatkan supaya Datuk Bustari memberhentikan niat beliau bagi mencampuri urusan parti orang lain. Seharusnya, Datuk Bustari membantu dalam memperkukuhkan, memperkasakan Parti BN Sarawak dalam memastikan kemenangan BN pada PRU13 dan mempertahankan Putrajaya.

http://matakkayau.blogspot.com/2012/07/kenapa-datuk-billy-abit-joo-perlu.html

GELOMBANG BIRU !!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...