Wednesday 2 May 2012

Panas!!! Anwar mendidik perjuang BERSIH untuk membunuh semua POLIS!!!

Matak kayau melahirkan rasa bersyukur kerana perhimpunan Bersih di Sarawak tidak seteruk di Semenanjung Malaysia. Ini menunjukkan bahawa, Sarawak mengamalkan politik yang sihat dan matang berpolitik !

Keadaan di Politik di Semenanjung begitu ganas sehingga ada yang sanggup melaungkan perkataan untuk membunuh Polis ! Kenapa harus untuk membunuh Polis sedangkan mereka hanya menjalankan tanggungjawab untuk memastikan keamanan negara. Apakah pengikut BERSIH ini merupakan anti POLIS ataupun mereka tidak mempunyai sahabat handai, saudara, kekawan yang menjadi POLIS!




Kepada pihak polis dan kekawan Polis di luar sana yang membaca article Matak Kayau ini, diharapkan anda semua bersabar kerana setiap perbuatan yang sekeji BERSIH itu akan mendapat balasan nya nanti. Kita tak perlu merasa tertekan dan takut untuk berada di pihak yang benar.



Tuesday 1 May 2012

Panas : Ke mana Mawan menghilang !







Perbalahan antara penyokong dan pengikut SPDP dan PRS kian hangat diperkatakan. Perbalahan ini berlaku semasa apabila Wong Judat menyatakan menyokong penubuhan SWP yang telah menyatakan secara terbuka akan meletakkan calon di semua kawasan PRS. Mengikut laporan dari penyokong dan pengikut PRS di kawasan Julau, Wong Judat telah mengerahkan jenteranya untuk berkempen untuk SWP, malahan Judat sendiri pernah menyatakan semasa pertemuan dengan penduduk di Julau.

Berikutan kejadian berikut "Sabotaj", berikut ulasan dari Datuk Joseph Entulu yang juga merupakan "PRS Deputy President".

Datuk Joseph Entulu, pernah menegur Judat supaya tidak menganggu ataupun "sabotaj" Dato Joseph Salang sekiranya Judat masih orang BN (SPDP). Beliau juga, turut menegur bahawa tindakan Judat itu lebih memudahkan pembangkang PR untuk menawan kerusi BN pada PRU13 nanti.

Sehingga ke hari ini, Tan Sri William Mawan Ikom tak mampu berkata apa-apa terhadap insiden sabotaj di Julau yang melibatkan Judat. Apakah peranan Presiden SPDP itu, di mana kuasa yang mutlak seorang Presiden parti untuk mengambil tindakan terhadap seorang ahli parti yang diterajui oleh beliau. Perbuatan mendiamkan diri itu, menguatkan lagi tomohan orang luar bahawa Presiden SPDP hanyalah boneka yang mana ada individu yang mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan hala tuju parti SPDP.




Keadaan ini dikeruhkan lagi dengan insiden baru-baru ini di Baram apabila penyokong Jacob Dungau membawa kain rentang untuk menyokong kepimpinan Jacob di Baram. Penyokong dan pengikut PRS sekali lagi terguris apabila kain rentang tersebut yang dicetak tanpa logo PRS yang mana hanya Logo BN, SPDP, PBB & SUPP. Keadaan ini mengeruhkan krisis kedua-dua parti ini.

Sebelumnya, Sarawak Social Media Association telah mengadakan konvensyen di Hotel ternama di Kuching. Kehadiran dianggarkan seramai 500 orang termasuk media tempatan. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Sekali lagi insiden tidak disenangi oleh pengamal media PRS apabila seorang blogger SPDP dan kebanyakkan orang SPDP menggelar dia sebagai OTAI berikutan beliau telah lama berkecimpung dalam arena politik Sarawak. OTAI ini difahamkan telah membawa seorang agent SWP yang mana sememangnya rapat dengan Dato Sng. Konvensyen tersebut yang sepatutnya dihadiri oleh pengamal media BN sahaja tetapi telah dibocori oleh seorang parti luar kerana si OTAI tersebut. Keadaan ini menimbulkan rasa tak senang hati dikalangan pengamal media PRS !!!



Persoalannya sekarang terarah kepada Tan Sri William Mawan Ikom selaku Presiden SPDP. Apakah tindakan beliau untuk mengelakkan perkara seperti ini terus berlaku atau Tan Sri William Mawan Ikom akan terus membisu tanpa ada sebarang tindakan terutamanya, permasalahan di Julau !!!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...