Saturday 24 August 2013

APAKAH PERMAINAN POLITIK ROS DAN NAJIB


Admin agak hairan dan pelik melihat akan tindakan R.O.S yang meluluskan pendaftaran PBDS Baru. Kenapa admin merasa pelik?

Sebelumnya, ROS telah meluluskan Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang mana terang-terangan menentang Parti Rakyat Sarawak yang boleh dilabelkan sebagai "Dayak Base Party". Apakah muslihat yang sedang di rancang oleh ROS? Apakah ROS mempunyai agenda yang tersembunyi melalui pengaruh " Tangan Ghaib" bagi tujuan untuk menjatuhkan PRS. Kenapa PRS kini seakan-akan menjadi sasaran politik kotor. Apakah ini kerana PRS yang tampak begitu utuh dan unggul pada PRN dan PRU yang lepas? Tatkala, SPDP dan SUPP mengalami kemelut dalaman yang agak kritikal. Apakah PRS akan kekal terus unggul sepertimana mereka mengecewakan SWP pada PRU13 yang lepas? Apakah kerana kegagalan SWP untuk mengalahkan PRS pada PRU13 yang lepas, ROS mula mengatur strategi yang baru dengan meluluskan PBDS Baru yang mana kemungkinan PBDS Baru dan PRS akan bertembung pada PRN yang akan datang. PBDS Baru dan PRS mempunyai identiti yang hampir sama yang mana memperjuangkan Dayak.

ROS seakan-akan memperkotak-katikan politik Dayak dengan beranggapan bahawa politik dayak amat senang dipermainkan. Persoalannya sekarang, apakah PBDS Baru akan memberi impak kepada landskap politik Dayak secara keseluruhan? Apakah pemimpin-pemimpin Dayak yang berkampung di Parti Keadilan Rakyat akan menyertai PBDS Baru. Sekiranya perkara ini berlaku, bermakna PKR Sarawak akan dibubarkan dan memberi ruang kepada PBDS Baru.

Sejauh mana PRS mampu bertahan? Sejauh mana kehebatan PRS dalam mempertahankan kawasan yang dimenangi pada PRN10 yang lepas? Sekiranya, PRS, SPDP dan SUPP tak mampu bertahan, ini bermakna Sarawak hanya diwakili oleh parti PBB sahaja.

Apakah permainan ROS dan Najib?


Sunday 18 August 2013

JOHN BRIAN HINA POLIS


Nampaknya pembangkang gemar mempolitikan soal keamanan Negara yang mana menjadi tanggungjawab semua warga negara Malaysia.

Kalau terdahulunya, Chong Cheng Jen (DAP) dan Tian Chua (PKR) menuduh bahawa BN bersandiwara. Hari ini melalui, Facebook Dr John Brian Anthony (DAP) mengeluarkan kenyataan yang menghina pasukan Polis Negara dengan melebelkan Polis masih tidur dan tidak menjalankan tanggungjawab mereka dalam menjaga keamanan Negara. Ternyata, pemimpin-pemimpin PR gemar menghina pasukan keselamatan Negara.

John Brian Anthony harus meminta maaf secara terbuka kepada warga Polis.

Admin berharap agar Dr John Brian Anthony akan memohon menjadi Polis selepas ini agar Negara Aman seperti yang dia dambakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...