Friday 30 March 2012

MERDEKA VS MAU DUIT KA?




Dayak oh Dayak! Mau kah kamu menjadi seperti ini?? Mau kah kamu kalau bangsa lain menilai kita begini??






Dimana harus kamu bersatu?? Dimana kamu perlu berjuang?? Jangan sampai Dayak berputih mata suatu hari nanti.

Thursday 8 March 2012

DAP menghina rakyat!

Hari ini DAP sepertimana dilaporkan oleh media memulakan misi untuk mengumpul dana menerusi internet selama 7 hari bagi membantu pekebun kurang upaya Frusis Lebi yang dihentikan bantuan kebajikan bulanannya  kerana menyokong pihak pembangkang semasa pilihanraya tahun lepas.

Usaha DAP memang amat mulia sekali, tetapi kenapa perlu menggunakan rakyat untuk mnyalurkan bantuan kepada Frusis? Bukankah ini sudah menganiaya rakyat itu sendiri? Jika mereka (DAP) benar-benar ikhlas untuk memberikan bantuan kepada Frusis, kenapa tidak melalui Parti DAP sendiri?

Budaya DAP sudah diketahui rakyat. Mereka tidak ikhlas dalam memberikan sumbangan. DAP sudah terdesak memancing undi untuk PRU ke-13.

DAP dilihat lebih kepada mengejar populariti bagi meraih simpati rakyat dengan isu-isu sebegini. Dimana kreadibiliti mereka untuk memimpin. Mereka sebenarnya bukan membantu malah semakin menindas rakyat. Rakyat perlu sedar, DAP hanya memperjuangkan agenda politik mereka sahaja. Ternyata mereka begitu ghairah cuba meyakinkan rakyat dengan pelbagai permainan politik mereka supaya Kerajaan Barisan Nasional dilihat seperti begitu kejam atau zalim sedangkan ia adalah putar belit fakta dari pihak pembangkang.


Wednesday 7 March 2012

Frusis Lebi disoal siasat pihak polis???

Semalam Malaysia Kini melaporkan berhubung isu seorang pekebun OKU Frusis Lebi yang ditarik balik bantuan kebajikan dan subsidi pertaniannya. Dalam laporan itu menyebut, beliau telah dipanggil ke balai polis Sri Aman berhubung laporan polis yang dibuatnya yang mendakwa Menteri Muda Pertanian Sarawak, Datuk Mong Dagang mengarahkan bantuannya diberhentikan.

"Mereka juga tanya sama ada saya tahu mengapa bantuan saya dihentikan dan mengapa saya membuat laporan polis. Saya jelaskan kepada mereka bahawa Mong salahgunakan kuasa dan saya sekarang sangat tertekan kerana dia melanggar hak saya sebagai rakyat Malaysia," kata Frusis.

Tetapi, persoalannya kenapa Frusis, tidak pernah menghargai usaha kerajan yang banyak membantu kehidupan beliau selama ini? Frusis bukan sahaja dilaporkan menyokong Pihak Pembangkang malah sanggup menyediakan bilik operasi kepada pihak pembangkang semasa pilihanraya yang lepas. Adakah ini wajar dilakukan oleh Frusis? Sedangkan beliau tidak pernah diabaikan oleh Karajaan Barisan Nasional selama ini.

Ramai yang menyifatkan kes ini ada didalangi oleh pihak tertentu yang sengaja menjadikan isu ini sebagai bahan kempen untuk pilihanraya akan datang bagi memburukkan Kerajaan Barisan Nasional.


Kini, Datuk Mong menyerahkan isu ini kepada pihak bertanggungjawab untuk siasatan lanjut berhubung penyebaran surat beliau di internet. Kesahihan pihak polis menyoal siasat Frujis tidak dapat disahkan namun  jika benar sekalipun beliau pergi ke balai polis Sri Aman itu kerana beliau sendiri yang ingin membuat laporan berhubung isu tersebut.

Artikel dari pihak pembangkang seolah-olah ingin memutar belitkan fakta supaya rakyat bertambah simpati dengan nasib Frujis di atas arahan menghentikan serta merta bantuan kerajaan terhadapnya sedangkan mereka hanya tersenyum lebar kerana dapat menggunakan Frusis sebagai kambing hitam demi kepentingan agenda politik mereka sahaja.


Liwan: Elected reps must work closely with rakyat.

KAPIT: Elected representatives must work closely with the rakyat to ensure that all government development plans are carried out smoothly.

Assistant Minister of Culture and Heritage Liwan Lagang, who is also Belaga assemblyman, said elected representatives can channel feedback received from the grassroots to the relevant ministries or government departments for appropriate action.

“Wakil rakyat are the vital link and bridge between the people and the government,” he said during a meet the people event in Long Busang, Belaga recently.

He called on Long Busang folk to continue trusting in the Barisan Nasional (BN) as the government has proven its concern for the rakyat.

“I’m indeed very grateful and thankful to Long Busang folk because you’ve given me the full trust and support. This was proven during the April 2011 state election, as I won by a big majority here. “With your undivided support, I can now concentrate on plans for development activities here for the benefit of the community,” he said.

He pointed out that the people should continue to give their full support to the BN candidate for the parliamentary election to ensure uninterrupted planning and implementation of development programmes. Liwan later handed out RM2,800 in aid from the Belaga Community Service Centre to pupils affected by a fire at an SK Long Busang hostel recently.

Sumber: Borneo Post

Mong: Saya ada hak demokratik


Parti Tindakan Demokratik (DAP) dialu-alukan untuk memberi bantuan kepada Frusis dari negeri di bawah tadbir pembangkang seperti Selangor, Kelantan atau Kedah jika mereka mahu berbuat demikian. SRI AMAN: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Datuk Mong Dagang menegaskan beliau mempunyai hak demo-kratik untuk menghentikan pemberian bantuan kerajaan kepada pekebun kurang upaya (OKU), Frusis Lebi, 52, dari Rumah Anyai, Entulang Entawa, di sini. Berdasarkan hak ini, kata-nya, keputusan dibuat memandangkan Frusis adalah seorang penyokong tegar pembangkang dengan rumahnya dipercayai menjadi pusat ope-rasi calon pembangkang dan simpanan bahan kempen pembangkang pada Pilihan Raya Negeri Ke-10, tahun lalu.

Menurut beliau, Frusis nya-ta mendapat lebih banyak bantuan kebajikan dan pertanian daripada kerajaan berbanding orang lain selama ini, tetapi bantuan itu seolah-olah tidak dihargai. “Ia membazirkan wang cukai yang dibayar saya dan semua rakyat Malaysia, apatah lagi pengundi Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) Bukit Begunan yang mungkin akan marah pada saya sekiranya mengetahui perkara ini.

“Semua orang mempunyai hak demokratik, begitu juga dengan saya, maka saya harus bertindak adil dengan memberikan bantuan kepada golongan OKU yang wajar memperolehi bantuan berbanding Frusis,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Bukit Begunan berkata demikian pada sidang media di Dewan Suarah Sri Aman apabila isu Frusis disiarkan secara meluas dalam Internet sejak kebelakangan ini. Menurut Mong lagi, Frusis pernah mendapat bantuan berupa baja, benih pokok, mesin pemotong rumput, peralatan jentera ladang, racun serangga dan bahan pembinaan stor racun menerusi Projek Diamond Longan, Fruit Farm Rehad, Farm Unit, SBPKP dan ACDA daripada pihak Jabatan Pertanian dari tahun 2002 hingga 2011.

Beliau turut mendapat pelbagai jenis bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mulai bulan Julai 1982 sebelum ia dihentikan pada Oktober 2011 apabila pendapatan beliau didapati melebihi kadar yang dijangkakan, iaitu mampu berdikari. Frusis yang mengalami kecacatan kudung tangan di bahagian jari dan kaki dipercayai mempunyai keupayaan untuk hidup seperti individu normal, termasuk bermain bola sepak, bercucuk tanam, menunggang motosikal, memandu kereta, memanjat pokok malah membina pondok.

Justeru, Mong berkata, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dialu-alukan untuk memberi bantuan kepada Frusis dari negeri di bawah tadbir pembangkang seperti Selangor, Kelantan atau Kedah jika mereka mahu berbuat demikian.

“Saya dipilih bukan berkhidmat untuk seorang individu sahaja, tetapi semua rakyat di DUN Bukit Begunan dan negeri Sarawak amnya. “Saya percaya, terdapat individu atau pihak yang menjadi dalang kepada timbulnya isu ini demi kepentingan politik mereka, tetapi Frusis tidak sedar dia dipergunakan oleh mereka,” kata beliau.

Sementara itu, Mong mengakui bahawa surat yang ditujukan kepada Penolong Pengarah Pertanian Sri Aman itu adalah surat daripadanya.

“Saya tidak menafikan surat itu daripada saya kerana saya bekerja berprinsip, tetapi saya tidak tahu macam mana surat itu boleh diperolehi Frusis dan disiarkan dalam media. “Perkara itu biarkan pihak berkuasa untuk menyiasat,” ujarnya.

Dalam mempertahankan rekodnya, Mong berkata, beliau telah memberikan peruntukan sebanyak RM7,000 kepada Pertubuhan Orang Cacat Sarawak dan RM5,000 kepada KUSIA tahun lalu. Ini bermakna, katanya, beliau tidak sama sekali mengabaikan nasib golongan OKU.

SUMBER: Utusan Borneo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...