Hari ini DAP sepertimana dilaporkan oleh media memulakan misi untuk mengumpul dana menerusi internet selama 7 hari bagi membantu pekebun kurang upaya Frusis Lebi yang dihentikan bantuan kebajikan bulanannya kerana menyokong pihak pembangkang semasa pilihanraya tahun lepas.
Usaha DAP memang amat mulia sekali, tetapi kenapa perlu menggunakan rakyat untuk mnyalurkan bantuan kepada Frusis? Bukankah ini sudah menganiaya rakyat itu sendiri? Jika mereka (DAP) benar-benar ikhlas untuk memberikan bantuan kepada Frusis, kenapa tidak melalui Parti DAP sendiri?
Budaya DAP sudah diketahui rakyat. Mereka tidak ikhlas dalam memberikan sumbangan. DAP sudah terdesak memancing undi untuk PRU ke-13.
DAP dilihat lebih kepada mengejar populariti bagi meraih simpati rakyat dengan isu-isu sebegini. Dimana kreadibiliti mereka untuk memimpin. Mereka sebenarnya bukan membantu malah semakin menindas rakyat. Rakyat perlu sedar, DAP hanya memperjuangkan agenda politik mereka sahaja. Ternyata mereka begitu ghairah cuba meyakinkan rakyat dengan pelbagai permainan politik mereka supaya Kerajaan Barisan Nasional dilihat seperti begitu kejam atau zalim sedangkan ia adalah putar belit fakta dari pihak pembangkang.
No comments:
Post a Comment