Semalam Malaysia Kini melaporkan berhubung isu seorang pekebun OKU Frusis Lebi yang ditarik balik bantuan kebajikan dan subsidi pertaniannya. Dalam laporan itu menyebut, beliau telah dipanggil ke balai polis Sri Aman berhubung laporan polis yang dibuatnya yang mendakwa Menteri Muda Pertanian Sarawak, Datuk Mong Dagang mengarahkan bantuannya diberhentikan.
"Mereka juga tanya sama ada saya tahu mengapa bantuan saya dihentikan dan mengapa saya membuat laporan polis. Saya jelaskan kepada mereka bahawa Mong salahgunakan kuasa dan saya sekarang sangat tertekan kerana dia melanggar hak saya sebagai rakyat Malaysia," kata Frusis.
Tetapi, persoalannya kenapa Frusis, tidak pernah menghargai usaha kerajan yang banyak membantu kehidupan beliau selama ini? Frusis bukan sahaja dilaporkan menyokong Pihak Pembangkang malah sanggup menyediakan bilik operasi kepada pihak pembangkang semasa pilihanraya yang lepas. Adakah ini wajar dilakukan oleh Frusis? Sedangkan beliau tidak pernah diabaikan oleh Karajaan Barisan Nasional selama ini.
Ramai yang menyifatkan kes ini ada didalangi oleh pihak tertentu yang sengaja menjadikan isu ini sebagai bahan kempen untuk pilihanraya akan datang bagi memburukkan Kerajaan Barisan Nasional.
Kini, Datuk Mong menyerahkan isu ini kepada pihak bertanggungjawab untuk siasatan lanjut berhubung penyebaran surat beliau di internet. Kesahihan pihak polis menyoal siasat Frujis tidak dapat disahkan namun jika benar sekalipun beliau pergi ke balai polis Sri Aman itu kerana beliau sendiri yang ingin membuat laporan berhubung isu tersebut.
Artikel dari pihak pembangkang seolah-olah ingin memutar belitkan fakta supaya rakyat bertambah simpati dengan nasib Frujis di atas arahan menghentikan serta merta bantuan kerajaan terhadapnya sedangkan mereka hanya tersenyum lebar kerana dapat menggunakan Frusis sebagai kambing hitam demi kepentingan agenda politik mereka sahaja.
No comments:
Post a Comment