Thursday 17 January 2013

SARAWAK UNTUK SARAWAK HULU REJANG UNTUK HULU REJANG!!!


Parti Luar Berebut untuk Masuk Sarawak tanpa peduli Parti Pembangkang tempatan
RAKYAT SARAWAK tidak mungkin sekali membiarkan Negeri ini digadai kepada kuasa lain sebaliknya ini terus melihat pembangunan Negeri ini dipacu oleh Parti Asal Dari Sarawak sendiri. 
Sejak bersama membentuk Negara Bangsa Malaysia lagi, Rakyat Sarawak sendiri tidak pernah memberi ruang kepada orang luar untuk menggagu gugat kempimpinan Negari ini. Sebaliknya bekerjasama erat dengan kerajaan persekutuan dengan kehendak dan selera rakyat negeri ini sendiri.
Negeri Sarawak walaupun dalam Barisan Nasional tidak meminta rakannya UMNO untuk membuka kuasa di Negeri ini kerana anak-anak jati Sarawak masih lagi mampu melakukanya sendiri, maka Parti Kompenen BN seperti UMNO, MCA, dan MCI percaya kepada Rakyat Sarawak.
Jika dibandingkan dengan motif dan strategi PAKATAN RAKYAT pula, tampaknya mereka beriya-iya untuk masuk ke Sarawak ini dengan penuh keghairahan dan gelojoh sekali. PKR, DAP dan PAS masing-masing cuba menyobol kuasanya ke Negeri ini sehingga seringkali bertindih dengan budaya Sarawak.
Contohnya bila PAS nak masuk Lubok Antu, namun tanpa sengan silu menyatakan orang DAYAK masih tinggal atas pokok dan masih BERCAWAT!!!.
PAKATAN RAKYAT (PKR,DAP,PAS) PARTI POLITIK LUAR SARAWAK ini tidak kisah langsung pun dengan kewujudan PARTI Pembankang tempatan yang sedia ada sepertinya SNAP dan lain-lain.
Sekiranya Rakyat Sarawak memberi kuasa kepada parti luar ini untuk memerintah negeri ini, sudah pasti anak-anak jati sarawak akan terpinggir dan hak-hak keistimewaan yang ada sekarang ini akan hilang.  Kenapa kita nak bagi orang lain memerintah kita sedangkan kita mampu mengurusnya sendiri.
Jika benar niat PAKATAN RAKYAT untuk menjaga hak Anak Bumi Kenyalang ini, sudah pasti mereka akan bekerjasama dengan Parti Pembangkangan tempatan atau menubuhkan Parti Pembangkang Tempatan yang dipunyai oleh anak Sarawak sendiri. Namun disinilah Rakyat akan menilai kegelojohan kuasa mereka!!!
INGATLAH ANAK SARAWAK!!!! UNDI PR= MEMBUKA KUASA KEPADA ORANG LUAR SARAWAK MENGUASAI BUMI KENYALANG MILIK KITA INI!!

Friday 11 January 2013

Sebiro Holding Sdn Bhd A.K.A SWP Di Senarai Hitam




Dr Mohd Puad Zarkash, dua hari lepas berasa amat marah dan kecewa setelah melawat tapak sekolah SMK Pakan yang terus gagal dilaksanakan oleh kontraktor. Kontraktor tersebut ataupun Sebiro Holding Sdn Bhd, sepatutnya menyiapkan projek tersebut akan tetapi projek tersebut terus menjadi projek sakit dan terbengkalai. Sebiro Holding yang diterajui oleh Sng atau lebih tepat lagi Dato SNG selaku peneraju SWP.

Kegagalan Sebiro menyiapkan sekolah tersebut sekali gus meletakkan kepayahan kepada penduduk sekitar yang rata-rata dari kaum DAYAK. Di mana rasionalnya untuk kita Dayak untuk menyokong SWP yang ternyata menyusahkan kaum Dayak. Sekolah dan pendidikan yang terbaik adalah satu-satunya jalan keluar untuk kaum Dayak berdiri sama tinggi dengan golongan bandar. Akan tetapi, semua usaha itu adalah sia-sia berikutan kegagalan Sebiro Holding menyiapkan projek sekolah tersebut. Berikut merupakan antara projek sekolah yang gagal disiapkan oleh Sebiro Holding Sdn Bhd.

1. SMK Pakan - Majoriti penduduk Dayak
2. SK Ng Merit - Majoriti penduduk Dayak.
3. SK Menuang, Limbang - Majoriti penduduk Dayak.
4. SK Kampung Teh - Majoriti penduduk Dayak.


Ternyata, SWP adalah pemusnah kepada kaum Dayak dan Dayak seharusnya menghindarkan diri daripada Parti yang berpenyakit seperti SWP. Persoalannya, ke mana hilangnya duit projek tersebut ?

Duit tersebut adalah duit rakyat dari Pakan, Ng Merit, Menuang dan kampung Teh. Kita membayar cukai bagi membolehkan kerajaan menjalankan pembangunan prasarana seperti bangunan sekolah. Nampaknya SWP telah mempergunakan Sebiro Holding untuk menampung kos politik mereka.

Dayak tidak seharusnya memberikan ruang kepada SWP sebaliknya, Dayak harus mematikan karier politik SWP maupun Sebiro Holding secepat yang mungkin. SWP bukanlah pembela Dayak tetapi mereka merupakan pemusnah harapan Dayak untuk terus bersaing dalam pendidikkan. Sebagai seorang rakyat yang berbangsa Dayak kini saya berasa teramat benci malahan perasaan ingin meludah ke muka Dato Sng teramat sanggat. Perbuatan Sebiro Holding dan SWP ternyata sesuatu yang tak mungkin dapat dimaafkan oleh kaum Dayak.

Petikan dari TheStar Onlin : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/1/10/sarawak/12555106&sec=sarawak


 Wahai anak Dayak, yang masih mengikut jejak SWP !!! insaflah, setiap keberuntungan yang anda dapat dari SWP maupun Sng adalah duit kita sendiri. Kasihanilah, anak anda yang mengharapkan bangunan sekolah baru. Janganlah anda turut serta bersama SWP untuk memusnahkan harapan anak-anak anda !!!

Sng tak pernah menghiraukan maupun memperdulikan nasib anak Dayak. Sebaiknya anda melupakan niat anda untuk terus bersama pengkhianat dan musuh terulung Dayak.

SWP dan SEBIRO harus dilupuskan selamanya, mereka ibarat kutu di dalam Dayak !!!


Monday 7 January 2013

Pakatan Rakyat Yang Biadap !!!

Salam buat pembaca.

Admin saban hari semakin meluat dan rasa menyampah dengan kenyataan BODOH dari pemimpin maupun blogger banggang PR.

Baru2 ini, kita dikejutkan dengan artikle yang membuat rasa marah seluruh rakyat sarawak http://suarapakatanrakyat.com/2013/01/kanang-bukan-hero-sebenar/.

Apakah PR sememangnya mengagungkan komunis atau PR nie buta sejarah. Mari kita lihat petikan kata2 Mat Sabu (PAS) sebelum ini yang menggelar komunis adalah hero sebenar di Bukit Kepong.

Sebagai anak watan Sarawak saya mengecam sekeras-kerasnya artikle yang dikeluarkan oleh "Suara Pakatan Rakyat". Ternyata pakatan rakyat tak pernah menghargai setiap perjuangan parajurit negara yang mempertaruhkan nyawa demi kita untuk mengecapi keamanan seperti hari ini.

Kerajaan seharusnya mengenakan tindakan sekeras-kerasnya terhadap pemilik blog tersebut.Si pemilik blog tersebut layak untuk dilucutkan kewarganegaraan beliau. Kalau nak berpolitik pun biarlah bertempat.

Wahai rakyat Malaysia, PR bukanlah pembela rakyat tapi mereka adalah perosak keamanan negara sepertimana, mereka menimbulkan suasana kacau bilau semasa perhimpunan bersih yang tak bersih.

Tindakan PR sememangnya BIADAP !!!









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...