Wednesday, 15 May 2013

SNOWDAN LAWAN DI PECAT DARI PARTI RAKYAT SARAWAK

DI MANA SETIA BARISAN NASIONAL SNOWDAN LAWAN.

Tindakan Donald Lawan yang turut bertanding menentang Masir Kujat dari Parti Rakyat Sarawak (BN) di P202 Sri Aman membuatkan karier politik anaknya Snowdan Lawan berakhir. Snowdan Lawan merupakan wakil rakyat bagi DUN Balai Ringin N25. Tindakan bapanya yang tidak menghiraukan teguran dari Presiden Parti Rakyat Sarawak seakan-akan menunjukan pintu keluar buat anaknya Snowdan Lawan dari Parti Rakyat Sarawak. Snowdan Lawan telah menjadi wakil rakyat bagi N25 Balai Ringin selama dua penggal dan bertanding atas tiket Parti Rakyat Sarawak.

Sebelumnya, Tan Sri Dr James Masing telah menegur Snowdan Lawan supaya menjauhkan diri dari bapanya Donald Lawan yang menentang YB Masir Kujat. Namun demikian, Snowdan Lawan turut tidak mengindahkan teguran dari Presiden PRS, sebaliknya Snowdan Lawan bergerak aktif membantu bapanya berkempen. Snowdan Lawan tidak pernah membantu YB Masir Kujat berkempen maupun telah di jemput. Di sepanjang tempoh berkempen, Snowdan Lawan telah memburuk-burukan Barisan Nasional yang mana beliau sendiri telah menang di N25 Balai Ringin di atas tiket Barisan Nasional dan Parti Rakyat Sarawak. Berikutan itu, Tan Sri Dr James Masing berkemungkinan dan menyingkirkan Snowdan Lawan dari PRS sekiranya persetujuan di capai semasa mesyuarat bersama lembaga disiplin parti dilakukan kelak. Tan Sri Dr James Masing juga menyifatkan, tindakan dua beranak tersebut menyerupai tindakan Datuk Sng dengan anaknya Larry Sng yang nyata tidak menghormati pucuk pimpinan. Dengan mengambil iktibar dari yang berlaku sebelumnya, lembaga disiplin PRS berkemungkinan tidak akan bertolak ansur dengan orang-orang seperti ini kerana tindakan mereka pasti menganggu gugat kesetiaan dan perpaduan di dalam parti.

Tindakan yang kurang bijak dari Donald Lawan akan menyebabkan anaknya Snowdan Lawan akan disingkirkan dari PRS sekali gus menamatkan karier politik anaknya.

Tindakan Donald Lawan dan Snowdan Lawan turut di selar oleh penyokong kuatnya sendiri di N25 Balai Ringin.Ketua Pemuda PRS N25, kini menyerahkan bahan bukti kepada lembaga disiplin PRS untuk penilaian dan tindakan ke atas Snowdan Lawan.








2 comments:

  1. Post PRU13 house cleaning right.Kita akan menanti tindakan PRS ke atas YB Snowdan.Memang tepat jika tindakan disiplin parti diambil keatas mana2 ahli parti yg menentang parti sendiri.Snowdan tidak terkecuali.

    Namun,Majlis Disiplin PRS perlu banyak berhemah dlm menangani isu tersebut.Dapatkan bukti2 kukuh bukan bukti yg diragui,bukan kenyataan yg tanpa asas.Snowdan perlu diberi masa cukup utk membela diri.Maklumlah sekarang ni banyak sangat mereka yg arif n pandai dlm hal begini.

    Surat tunjuk sebab wajib dihantar terlebih dulu.Proses2 pengadilan perlu dipatuhi.Jgn sampai ke tahap spt PBDS dulu.PRS sendiri pun hampir musnah sebab isu "dua presiden" suatu ketika.Jgnlah pisang berbuah dua kali.

    A fair game by a fair referee.

    Party members aren't obliged to make a judgement before a disciplinary committee seeks for a final decision.

    Just musings.

    ReplyDelete
  2. YB Dtk Alexander Linggi dilantik sbg Timbalan Menteri Luar Bandar,di bawah bos Dtk Safie Afdal.Gandingan yg tepat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...