Monday 1 April 2013

Di mana semanggat Gelombang Biru ???

Lawatan ketua pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim ke Belaga baru-baru ini lantas menimbulkan beberapa persoalan yang perlu diselesaikan dengan kadar segera.


http://www.youtube.com/watch?v=5RUiElB5cfU


Sebuah kereta mewah telah menjemput Dato Seri Anwar Ibrahim dari Airport Bintulu dan meneruskan perjalanan ke Belaga bagi tujuan kempen PKR. Persoalan yang timbul sekarang adalah, kereta tersebut dikenal pasti milik seorang pemuda PBB Belaga. Kereta tersebut juga, telah digunakan untuk membawa Awang Tengah semasa lawatan ke Belaga sebelum ini.

Siapa Pemuda PBB tersebut?
Kenapa perlu dia menjemput dan membawa Anwar Ibrahim ke Belaga?
Apakah tindakan PBB bagi menjernihkan keadaan ini ?

Tujuan Admin, mengeluarkan isu ini bukan untuk mengeruhkan keadaan tetapi untuk menjernihkan keadaan. Admin difahamkan dari sumber yang dipercayai, beliau mengesahkan bahawa kereta tersebut telah disewakan untuk membawa Dato Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan ke Belaga baru-baru ini.

Diharapkan laungan GELOMBANG BIRU bukan hanya manis di bibir saja, tetapi seharusnya Gelombang Biru itu di semat di dalam hati setiap ahli parti komponen BN dan menunjukan setia kawan.

Semoga detik ini, menjadi satu titik permulaan untuk semua komponen parti BN untuk memastikan Pakatan Rakyat terus dilamun mimpi untuk ke Putrajaya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...