Sunday 28 April 2013

RAPATKAN BARISAN PRS PBB BERSATU!!


Perpaduan dikalangan parti kompenen BN adalah satu kekuatan yang tak boleh ditandingi oleh mana-mana parti di Malaysia. Pengerusi PBB Belaga Encik Michael Mujah,Ketua Pemuda PBB Belaga Encik Henry Kilah dan Ketua-ketua masyarakat yang diketuai oleh Maren Uma Donny Dian Talek menyatakan untuk memberikan sokongan penuh kepada calon P216 Hulu Rajang Encik Wilson Ugak. Perpaduan antara dua parti komponen PBB dan PRS ternyata terserlah dan pasti meyentak parti lawan PKR yang berpengkalan di Kampung yang sama.   Menurut maren uma encik Donny Dian Talek, kewujudan pengkalan PKR di kampung nya ternyata membuatkan mereka bekerja dengan lebih keras lagi dan kunjungan calon ke kampungnya semalam pasti menjadi tamparan yang hebat memandangkan semua maren uma ASAP turut turun menghadiri majlis semalam bagi menyatakan bahawa kekuatan BN adalah terletak pada perpaduan komponen parti. Keadaan ini pasti mengelisahkan parti lawan yang mana hasil risikan sebelum ini, PKR telah terbahagi kepada dua kumpulan dan ada segelintir penyokong tegar PKR mulai bersama BN berikutan kegagalan Abun Sui Anyit dalam mengawal penyokong tegarnya. Admin akan mengeluarkan episod pengakuan seorang pengikut tegar Abun Sui yang telah diabaikan oleh beliau dan membuka ruang kepada beliau kembali kepada BN.

Dalam Ucapan Wilson Ugak, beliau menceritakan bahawa beliau telah berkerja keras bagi memastikan kemenangan Datuk Billy Abit Joo semenjak tahun 1995 sehingga 2008.  Wilson Ugak seorang yang mempunyai prinsip politik yang teguh walaupun suatu ketika beliau terpaksa berdepan dengan saudara sendiri masa pilihanraya. Datuk Justin Jenggut merupakan calon BN dan merupakan saudara dekat kepada Wilson Ugak, namun demikian kerana prinsip yang dipegang oleh Wilson Ugak, beliau terus berdiri teguh di belakang Datuk Billy Abit Joo bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Datuk Billy Abit Joo. Wilson Ugak, meminta agar penyokong, saudara mara Datuk Billy Abit Joo turut membantu beliau semasa PRU13 ini bagi memastikan kemenangan berpihak kepada beliau.

Kita harus mengundi dan menyokong Wilson Ugak kerana beliau merupakan antara yang terbaik untuk P216 Hulu Rajang.

2 comments:

  1. Sdr admin,

    ..pembetulan ..bukan Stephen Jinggut tetapi Datuk Justin Jinggut adik kpd bekas Setiausaha Politik kpd ketua Menteri iaitu Joseph Jinggut ak Datuk Jinggut Atan.Memang betul mendiang Datuk Jinggut ada pertalian keluarga dgn bapa Wilson Ugak iaitu Kumbong Grinang yg pernah berjawatan Penghulu,ketua masyarakat Iban di kwsn Balleh.

    Syabas kpd ketua n ahli2 PBB Belaga yg telah memberi sokongan kpd calon PRS/BN.Sekalung budi kpd semua ketua masyarakat Orang Ulu yg menerima Wilson Ugak sbg pengganti mantan YB Dtk Billy.Kata sepakat begini akan memberi rasa gerun pihak lawan.

    Ayuh kita terus gembur.

    Vote for BN for a better Belaga.

    ReplyDelete
  2. Sdr admin,
    Hampir satu setengah hari yg lepas kali terakhir saya sempat browsing blog tuan.Nampaknya kurang mendpt berita dr Ulu Rejang.No news may mean good news.

    Seperti kelaziman berita hangat biasanya dimuat oleh blogger2 pro-BN dr Semenanjung.Di antara blog yg saya tidak pernah miss ialah blog Papa Gomo,Outsyed the Box,Helen Ng,AIDC,MIM dan banyak lagi.Sempat juga saya meninjau bbp blog pro-PR.

    adios amigos.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...