Sunday 28 April 2013

WILSON UGAK CALON YANG TERBAIK UNTUK P216 HULU RAJANG


Sesuatu yang tak perlu dipertikaikan mana-mana pihak lagi bahawa Wilson Ugak adalah calon yang terbaik untuk P216 Hulu Rajang. Hari ini Wilson Ugak pergi rumah panjang Uma Sambop yang mempunyai penduduk sekitar 200 orang.

Apa yang membuat admin berasa bangga dengan calon adalah kerana beliau begitu berasa rendah diri setiap kali berucap dan beliau tak pernah membuat serangan peribadi kepada parti pakatan yang mana pakatan lebih terjurus kepada serangan peribadi setiap kali mengadakan kempen.


Satu nilai yang tak mungkin ada pada calon yang lainnya, maupun BN. Wilson Ugak begitu pemurah hati apabila dengan rela memberikan sumbangan sebanyak RM2000 kepada gereja kampung sambop. Tak semua calon yang mampu melakukan hal sedemikian kerana beliau menggunakan wang sendiri bagi membantu orang yang memerlukan. Nilai-nilai murni sebegini seharusnya diterapkan kepada mana-mana pemimpin kelak. Berbeza dengan pemimpin Pakatan yang meminta wang rakyat bagi membantu dalam pergerakan politik mereka. Wahal, Wilson Ugak belum menjadi YB lagi pun sanggup mengeluarkan wang sendiri bagi membantu orang yang memerlukan. Admin difahamkan ini bukan kali yang pertama Wilson Ugak mengeluarkan wang sendiri bagi membantu rakyat yang memerlukan. Admin seru kepada rakyat P216 Hulu Rajang, janganlah pandang kiri dan kanan lagi..inilah calon yang paling sesuai untuk menerajui Hulu Rajang. Ingat! pada 5 Mei nanti pangkah calon kita Wilson Ugak (BN) kerana dia pendengar yang baik untuk rakyat.

1 comment:

  1. Dr pemerhatian saya juga komen2 sdr memang benar.Bukan sedikit "cerita2 tak enak didengar" pasal calon SWP yg diketahui Wilson Ugak.Namun beliau tak mengambil kesempatan.

    Bagi beliau bahan2 rujukan utk diketengahkan semasa berkempen banyak sekali.Tak perlu "stoop low to negate his opponents" dgn cakap2 di kopitiam.

    Wilson Ugak selain rendah diri,juga peramah dan bercakap dgn rendah suara.Beliau tak suka banyak cakap,tak cakap besar.Tetapi semua kerja boleh dibuat tanpa banyak kerenah.He has a vision for a better Hulu Rejang.

    Berilah peluang kpd calon BN berkhidmat sbg wakil rakyat anda.Vote BN for a better future.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...