Friday 19 April 2013

Politik Matang Dayak





Upacara miring dilakukan di Nanga Bawai Baleh sempena calon baru PRS Wilson Ugak menyimpan seribu satu erti kematangan politik dayak masa kini. Satu sejarah, satu lembaran baru untuk Parti Rakyat Sarawak telah tercatit di Nanga Bawai yang dihadiri oleh 2 ribu lebih penyokong. Kedatangan penyokong telah di sambut baik dan penuh adat tradisonal masyarakat Dayak.

Tan Sri Dr James Jemut selaku Presiden parti turut hadir dan ditemani oleh YB Liwan Lagang. Semasa upacara sedang dilakukan, penduduk dikejutkan dengan kehadiran bekas MP Hulu Rejang Datuk Billy Abit. Kehadiran Datuk Billy yang turut memberikan sokongan kepada calon baru membuatkan semua penyokong yang hadir turut beremosi dan terharu dengan tindakan Datuk Billy yang menyatakan beliau turut memberikan sokongan penuh kepada calon baru bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

Semasa Datuk Billy membuat ucapan, beliau menyatakan bahawa selama ini, beliau menjalankan tugas beliau bagi memberikan peruntukan kepada rakyat. Beliau juga mengakui beliau turut melobi untuk terus dicalonkan, namun demikian beliau akur dengan pilihan dan keputusan pucuk pimpinan BN untuk meletakan muka baru di Hulu Rejang. Beliau menerima dengan sepenuh hati dan turut memberikan sokongan kepada calon baru. Di saat beliau menyatakan sokongan kepada calon baru, seluruh penyokong yang hadir memberikan tepukan yang gemuruh dan tak keterlaluan juga, ada yang turut menitiskan air mata kerana begitu terharu dengan tindakan Datuk Billy.

YB Liwan juga melalui ucapan beliau turut menyatakan perasaan terharu dengan tindakan Datuk Billy selain menyifatkan beliau adalah pemimpin terulung kerana tak semua pemimpin mampu melakukan seperti beliau lakukan. YB Liwan menyeru kepada semua penyokong untuk mengikut jejak pemimpin mereka yang melakukan sesuatu perkara dengan matang. YB Liwan, menyeru semua penyokong terus teguh bersama parti dan jangan ada kumpulan Datuk Billy dan kumpulan Wilson Ugak kerana kedua-dua mereka sekarang mampu duduk bersama bagi memastikan kemenangan kepada BN. Ini adalah saat yang paling genting kepada BN dan saat ini juga parti memerlukan semua penyokong BN terus bersatu dan bersama dalam menempuhi segala cabaran PRU13. Dengan izin Tuhan, PRS mampu mempertahankan kesemua kawasan PRS sekiranya semua penyokong parti terus bersatu.

YB Tan Sri Dr James Jemut Masing yang juga turut hadir, melalui ucapan beliau menyatakan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Billy Abit Joo atas sokongan beliau kepada calon baru Wilson Ugak. Beliau turut terharu dengan keputusan beliau yang nyata menunjukan contoh yang baik kepada penyokong sekali gus membuktikan bahawa kenyataan Hadi Awang (PAS) sebelum ini semasa pilihanraya kecil di Batang Ai yang menyatakan Dayak masih pakai cawat. Tan Sri James, menyatakan bahawa Dayak telah mencapai tahap politik yang matang dan pasti membuka mata masyarakat luar bahawa PRS adalah antara parti politik Dayak yang matang. Tan Sri juga menyatakan bahawa bukan senang untuk menadatangani persetujuan untuk menukar Datuk Billt kepaa muka baru apatah lagi mereka telah lama berkawan semenjak di bangku sejolah lagi pada tahun 1958. Namun demikian selaku presiden parti beliau terpaksa membuat keputusan dan beliau berharap bahawa beliau tak akan melalui pengalaman tersebut lagi kerana itu merupakan sesuatu yang sukar untuk membuat keputusan. Dengan ini, Tan Sri juga mengambil iktibar dan contoh yang terbaik dilakukan oleh Datuk Billy supaya beliau terut melakukan perkara yang sama sekiranya beliau tidak dicalonkan pada masa depan.

Satu sejarah, satu lembaran baru tercipta di Nanga Bawai untuk Partu Rakyat Sarawak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...