Friday 26 April 2013

MAJLIS PERASMIAN BILIK OPERASI UMA KELEP


Ketibaan Tan Sri Dr James Jemut Masing di Uma Kelep, Asap Belaga telah di sambut kira-kira 5 Ribu penduduk setempat. Ketibaan beliau di sambut dengan cara tradisional kaum tempatan dengan melakukan "Parap".

Tan Sri Dr James telah menyempurnakan majlis perasmian bilik gerakan operasi Uma Kelep. Turut hadir majlis tersebut, YB Liwan Lagang, calon baru P216 Wilson Ugak Kumbong, ketua masyarakat dan penyokong BN.

Dalam ucapan YB Tan Sri Dr James berkata, beliau memohon agar penduduk ASAP menyokong calon baru P216 Wilson Ugak Kumbong kerana sepanjang 25 Tahun, penduduk Balleh tidak berbelah bagi menyokong Datuk Billy Abit Joo dalam memastikan kemenangan berpihak kepada BN. YB Tan Sri Dr James juga menasihatkan supaya tiada kumpulan Datuk Billy, Ugak maupun YB Liwan tetapi mereka harus berkerjasama bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN. Beliau menyeru, agar merapatkan barisan kerana PRU13 merupakan satu ujian yang gentir buat BN.

Melalui tinjauan Admin, pergerakan BN di ASAP berada dilandasan yang betul dalam mempertahankan P216. Ahli-ahli parti PBB,SPDP dan PRS menyatakan bahawa mereka bersiap sedia untuk mempertahankan P216 Hulu Rajang.

Hidup BN!




1 comment:

  1. Sokongan padu yg ditunjukkan penduduk Asap terhdp majlis tersebut perlu diterjemahkan dlm undian pd 5 Mei kelak.Itulah harapan kita.

    Saya amat yakin pemilih di Asap khasnya di Belaga akan memberi undi mereka kpd calon BN.

    BN telah membukti kesungguhan membangun daerah Belaga.Sudah tentu Wilson Ugak akan menyambung/ambilalih tugas bekas wakil BN Dtk Billy.Kesinambungan akan memacu pembangunan Belaga dan Balleh.Tidak spt SWP atau PKR yg akan bermula dr kosong.Entah2 SWP maupun PKR tiada blue print pembangunan Hulu Rejang.

    Jgn kita mudah termakan janji dan propaganda pihak pembangkang.

    Jgn juga mengharap bulan dan bintang drp BN jika menang kelak.BN akan cuba sedaya upaya membawa pembangunan yg terancang.Ini telah dibuktikan oleh KM n PM yg telah memberi peruntukan berjuta2 ringgit utk Hulu Rejang.

    Yakinlah kpd PRS/BN.Komponen2 BN spt PBB,SPDP n SUPP perlu memberi sokongan kpd rakan2 mereka dlm BN.Sama2 memenangkan calon BN Wilson Ugak Kumbong.

    I salute u YB Liwan.Sdr Tony Kulleh pun ada dlm gambar.Kpd penduduk Asap "in unity" kita sokong BN.

    adios.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...