Wednesday, 4 July 2012

Datuk SNG perosak kaum Dayak


Sememangnya dan tak perlu dipertikaikan lagi bahawa Sng adalah perosak kaum Dayak. Sng menyebabkan kaum Dayak bertelagah sesama diri. Dengan adanya kuasa duit, Sng mampu membuatkan kaum dayak bertelagah sesama dayak. Seharusnya, Dayak masakini bijak menilai dan melihat siapakah Sng sebenarnya di mata dayak.

Ayuh Dayak ! jangan di ikut telunjuk hantu Sng kerana telunjuk dia membuatkan kita Dayak akan menjadi berpecah-belah. Ingat, perpecahan parti kesayangan kita PBDS dulu adalah kerana masuk campur si lahanat Sng. Kita Dayak harus kekal di mana kita sekarang dan jangan sesekali kita memberi kepercayaan kepada Sng. Cukuplah sudah untuk kita melakukan kesilapan kita yang lampau untuk mempercayai Sng.

Masih segar di ingatan penduduk Julau bagaimana Sng memperagakan politik kotor beliau semata-mata untuk meraih undi. Selain memberi wang tunai kepada pengundi beliau juga memberikan enjin sangkut kepada penduduk. Namun demikian, kerana orang Iban agak mudah terpengaruh dengan kuasa duit dan politik kotor Sng,  Sng telah menang semasa pilihanraya ketika itu. Kepercayaan yang telah rakyat Julau berikan kepada Sng telah di balas oleh Sng dengan perkataan yang agak kurang menyenangkan penduduk Julau. Sehingga ke hari ini dan saat ini, penduduk Julau tak pernah lupa akan perkataan yang telah dilafazkan dari mulut busuk Sng yang berbunyi menghina orang Iban " MEMBELI IBAN LEBIH MURAH DARIPADA MEMBELI BELACAN". Perkataan tersebut telah meninggalkan kesan yang mendalam dan amat memedihkan jika seorang Iban telah diperkecilkan oleh seorang lahanat cina seperti Sng.

Dan kini, Sng kembali aktif dalam dunia politik dengan penubuhan parti baru (SWP) yang penuh kontroversi. Sekali lagi kuasa duit memainkan peranan di mana Sng telah membeli sebuah parti Sabah bernilai RM50,000.00. Ternyata politik kotor Sng tidak akan pernah berhenti selagi nyawa dikandung badan. Sekarang penyangak Sng datang lagi untuk memecah-belahkan kaum Iban / Dayak. Kehadiran Sng dan politik kotornya kini semakin menwarnai dunia politik Sarawak. Buktinya, Sng telah mampu menarik perhatian seorang wakil rakyat BN (Wong Judat) yang juga merupakan kawan Sng dulunya. Kini dengan kehadiran Sng kembali ke dunia politik telah membuka ruang untuk Judat mengaut duit Sng. Difahamkan, Sng telah memberi Judat sebuah kereta mewah berharga RM200,000.00 dan sejumlah wang kepada Judat untuk membantu SWP mendapat sokongan di Julau. Sekali lagi Iban jatuh ke tangan Sng yang ternyata bermain politik kotor. Agaknya, Judat sudah lupa akan perkataan yang telah dilafazkan oleh Sng dahulu ataupun Judat tidak memperdulikan akan perkataan itu kerana apa yang lebih penting bagi memenuhkan poket beliau sendiri.

Sekali lagi Sng memainkan peranan politik kotornya dikalangan penduduk Julau. Difahamkan dan disahkan melalui gambar yang sempat di ambil semasa penyerahan wang tunai yang berjumlah RM20,000.00 kepada salah seorang Tuai Rumah. Penyerahan wang tunai tersebut dilakukan oleh Judat dan disaksikan oleh Sng sendiri. Nampaknya, Sng telah berjaya sedikit sebanyak memecah-belahkan kaum dayak dengan kuasa wang beliau. Agaknya, kalaulah SWP menang lagi di Julau untuk PRU13 akan datang, apa pula perkataan yang bakal dilafazkan dari mulut busuk Sng ? Apakah perkataan yang sama akan di ulang oleh lahanat Sng ? 

wahai kaum Dayak!
Sedarlah kalian bahawa Sng dan SWP bukanlah pilihan yang tepat untuk Dayak.
Seharusnya, Dayak bijak menilai kedudukan SWP di hati Dayak.

Ingat ! hanya Dayak yang mampu membawa perubahan kepada Dayak.
Hidup Dayak! Kita tolak SWP ! Kita kuburkan SWP!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...