Monday 2 July 2012

Sememangnya Datuk Sng licik dan sanggup menipu bini !!!









Kebelakangan ini banyak isu yang diperkatakan mengenai SWP. Persoalannya, siapakah disebalik SWP yang diwal-walkan mempunyai wang yang begitu banyak untuk berkempen bagi meraih undi kaum Dayak. Penubuhan SWP adalah untuk membenam Parti Dayak (PRS) walaupun Datuk Sng sendiri menyatakan bahawa parti SWP merupakan kawan BN.

Melalui sumber yang dipercayai, Datuk Sng tidak mempunyai wang untuk mengerakkan parti SWP, kerana semua wang beliau atas nama isteri beliau. Dan mengapa pula, Datuk Sng sering menipu bahawa ramai yang menyokong parti SWP, ini adalah kerana isteri beliau tidak berminat untuk mengeluarkan wang yang banyak sekiranya parti SWP tidak mendapat sambutan orang ramai. Di awal pergerakkan parti SWP, sememangnya parti tersebut tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.



Dalam keadaan terdesak, Datuk Sng telah memaksa anaknya Larry Sng untuk bernaung di bawah parti SWP. Datuk Sng percaya bahawa anak beliau Larry Sng mampu menarik minat orang ramai untuk menyertai parti SWP dan sekali gus mendapat sokongan orang ramai semasa PRU13 nanti. Semenjak, Larry Sng di pilih menjadi Presiden SWP tidak menampakkan perkembangan yang positif malahan kaum Dayak kian menolak parti SWP yang diketuai oleh Larry Sng selaku Presiden. Kaum Dayak kini kian matang dalam memilih parti, kelibat Datuk Sng sudah cukup membuat kaum Dayak berasa muak dengan politik kotor beliau.

Percaturan yang dilakukan oleh Datuk Sng pasti akan memakan sendiri. Apakah keputusan Datuk Sng untuk menipu isterinya untuk mengeluarkan wang yang banyak akan menjadi titik tolak perbalahan di dalam keluarga SNG. Untuk mencapai objektif kotornya Datuk Sng sanggup mengorbankan anaknya sendiri. Matak Kayau difahamkan bahawa hubungan Datuk Sng dan isteri beliau kini kian rapuh dek penipuan licik Datuk Sng seakan-akan dapat di hidu oleh isterinya.

Sama-sama kita lihat kesudahan percaturan yang Datuk Sng mainkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...