Thursday 2 May 2013

PKR KERESAHAN DI RUMAH BANYING BUKONG P210 KANOWIT



Kegelisahan dan keresahan parti pembangkang PKR di P210 kian terpancar berikutan YB Datuk Gramong Juna menyatakan dan menasihatkan PBB 44 Machan dan N43 Ngemah perlu membantu Calon P210 Kanowit, Datuk Aaron Dagang. Selama ini pakatan pembangkang di P210 menyangkakan dengan senang mereka menawan P210 berikutan beberapa isu dalaman BN di antara parti PBB dan PRS. Namun demikian, YB Datuk Gramong Juna dengan "gentlemen" menyatakan bahawa mereka perlu melupakan segala yang lalu dan memulakan lambaran baru bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN. YB Datuk Gramong Juna juga, menyatakan bahawa BN P210 pasti akan menang berikutan dua DUN P210 Kanowit adalah milik BN di mana N44 Machan YB Datuk Gramong Juna (PBB) manakala N43 Ngemah (PRS) YB Alexander Vincent. YB Datuk Gramong Juna, menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tak mampu membawa pembangunan ke Sarawak memandangkan" Track Record" parti pakatan rakyat tak mampu membawa sebarang pembangunan di Selangor. Kita rakyat Sarawak yang masih dahagakan pembangunan terutamanya kawasan luar bandar harus terus memberi sokongan terhadap BN kerana hanya BN yang mampu membawa pembangunan secara berterusan sesuai dengan wawasan 2020 yang dilhamkan oleh Tun Dr Mahathir. YB Datuk Gramong Juna mengharapkan agar semua ahli PBB memberikan yang terbaik untuk calon BN Datuk Aaron bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN sekali gus memberi mandat kepada Dato Seri Najib untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Datuk Aaron, menggelar Dato Seri Najib sebagai "Father of Rural Development" berikutan program GTP,ETP yang dilaksanakan oleh beliau menjurus kepada bantuan penduduk luar bandar. Ketika ini, BN giat menyediakan kemudahan asas seperti air bersih, jalan dan elektrik bagi memastikan wawasan 2020 dapat di capai. Datuk Aaron optimis bahawa, sekiranya Dato Seri Najib diberikan mandat sekali lagi untuk mentadbir negara, wawasan 2020 pasti akan tercapai. Tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya pakatan rakyat yang mengambil alih pucuk pimpinan negara kerana selama ini mereka gagal dalam mentadbir urus negeri yang di bawah pentadbiran pakatan rakyat. Datuk Aaron juga menyatakan bahawa politik di kanowit mencapai satu lagi tahap kematangan dalam berpolitik apabila Datuk Gramong Juna dan Datuk Aaron silih berganti pandangan dan sedia membantu sesema mereka bagi memastikan pembangunan di Kanowit terus diperhebatkan. Mereka juga siap sedia berkerjasama sesama mereka dan melupakan persengketaan yang berlarutan selama 15 Tahun. Admin pasti, antara yang pasti berasa lega adalah rakyat kanowit sendiri berikutan berakhirnya persengketaan di antara dua tokoh politik ini.

Berikutan perpaduan yang terjalin di antara dua tokoh politik ini, parti pakatan rakyat PKR Kanowit keresahan berikutan strategi mereka untuk melaga-laga penyokong BN PRS dan BN PBB tidak kesampaian kerana sifat perpaduan BN termaterai malam tadi sekali gus memperkasakan barisan hadapan BN untuk mempertahankan P210 Kanowit.

Admin mengucapkan syabas kepada Datuk Gramong Juna dan Datuk Aaron Dagang. Admin percaya BN pasti akan menang pada PRU13 ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...