Sunday 19 May 2013

LATEST : LARRY THE KING!!


Kenapa Larry Sng nampak begitu berpengaruh di Sarawak bahkan dia mampu menyekat pencetakan media massa tempatan.

Apakah beliau mempunyai sokongan dari orang dalam? Siapakah orang itu? Apakah hubungan beliau dengan Larry Sng? 

Larry Sng bukan sekadar mampu menyekat pencetakan media massa tempatan malahan mereka begitu berpengaruh sehinggakan Sarawak Worker Party diluluskan oleh ROS dalam masa yang singkat bagi membenarkan Sarawak Worker Party bertanding pada PRU13 yang lepas. Penubuhan parti tersebut hanyalah bertujuan untuk menghapuskan "Dayak Base Party" Parti Rakyat Sarawak. Namun demikian, PRS telah mengalahkan SWP di 6 kerusi yang ditandingi dan 2 daripada kerusi SWP telah kehilangan "Deposit".

Semalam Munan Andrew telah mengeluarkan kenyataan bahawa Parti Rakyat Sarawak tak perlu meminta untuk Dato Seri Najib memperuntukan sebarang jawatan Menteri kepada wakil Parti Rakyat Sarawak. Di sini, Admin ingin tegaskan bahawa saudara Munan tidak mempunyai hak bersuara berkenaan perihal Barisan Nasional kerana Sarawak Worker Party adalah barisan pembangkang yang menentang BN semasa PRU13 yang lepas. Sekali lagi Admin ingin tegaskan bahawa seluruh warga Dayak telah menolak Sarawak Worker Party dan saudara Munan dan SWP tak layak memberi pandangan untuk kaum Dayak. Apa yang Parti Rakyat Sarawak minta dari YAB Dato Seri Najib adalah untuk kebaikan kaum Dayak juga dan sudah pasti bukan pengkhianat Dayak seperti saudara Munan.

MUNAN JOHN ANDREW BERAPALAH TANDA HARGA YANG TELAH LARRY SNG BERIKAN KEPADA KAMU! SAYA PERCAYA KENYATAAN YANG DIKELUARKAN ITU ADALAH DARI LARRY SNG! MEMANDANGKAN BELIAU TELAH KALAH TERUK KEPADA YB TUAN WILLIAM NYALLAU MAKA ADALAH LEBIH BAIK DIA MEMPERKUDAKAN KAMU UNTUK MENGELUARKAN KENYATAAN TERSEBUT!

1 comment:

  1. correction .."seluruh warga Dayak telah menolak SWP...." sepatutnya majoriti kaum Dayak tidak menerima SWP.Sebabnya: SWP masih mendpt undi di kawasan2 kaum Dayak dominan.Namun,SWP gagal memancing undi dgn wang.Pengundi2 makin bijak memilih wakil.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...