Sunday 19 May 2013

NAJIB ABAIKAN PRS & SPDP


Kewibawaan Najib teruji selaku Perdana Menteri Malaysia berikutan kontroversi pelantikan jawatan menteri yang seakan meminggirkan dua parti dari Sarawak. Parti Rakyat Sarawak dan SPDP yang berjaya mempertahankan 10 kerusi memberikan mandat kepada beliau sekali gus mengekalkan Putrajaya dan jawatan Perdana Menteri.

Namun demikian, hasil kerja keras kedua-dua parti seakan-akan tidak di pandang oleh YAB Dato Seri Najib apabila beliau hanya sekadar menawar 2 jawatan timbalan menteri kepada PRS pada awalnya dan tiada pelantikan dari SPDP. Tindakan beliau membayangkan bahawa Dayak dan PRS SPDP tidak membawa sebarang makna kepada pembentkan kerajaan BN. Keadaan ini semakin bertambah teruk apabila kedua-dua penyokong parti saban hari melahirkan rasa tak puas hati berikutan barisan kabinet menidakan PRS dan SPDP. Ada juga suara sumbang yang turut kedengaran apabila ada Dayak berkata bahawa PRS dan SPDP harus keluar BN sekiranya pucuk pimpinan BN tidak menghargai kedua-dua parti. Namun demikian kedua-dua Presiden parti menegaskan bahawa Parti akan terus bersama BN biarpun apa sekali kemungkinannya.

Melalui "sms" maupun email yang di terima admin, rata-rata kaum Dayak terus berdiri teguh di belakang parti apa pun keputusan yang di ambil.

Saban hari Dayak, menunggu pengumuman Dato Seri Najib apakah SUARA DAYAK akan didengari oleh beliau atau pun beliau terus dengan keegoan beliau tatkala boleh mencalar imej beliau selaku ketua BN di mana kegagalan beliau berlaku adil dalam pengkongsian kuasa dikalangan komponen parti BN.

Admin percaya dalam masa terdekat YAB Dato Seri pasti akan mengumumkan sesuatu yang menjernihkan keadaan sekali gus mendapatkan semula keyakinan Dayak terhadap pimpinan beliau.

Pesanan admin buat Dato Seri Najib!

Sebelum PRU13 Dato Seri meminta mandat yang besar dari Dayak, ya kami berikan mandat 100% kepada Tuan.

Selepas PRU13, Dayak minta apa yang sepatutnya, diharapkan Tuan memperdulikannya kerana kami peduli permintaan Tuan.

Salam Transformasi dan salam 1 Malaysia!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...