Friday, 17 May 2013

TUDUHAN TAK BERASAS DARI BLOG MELAYU STAMPIN

Nampaknya cerita mengenai ketidakpuasan hati PRS mengenai senarai kabinet baru yang diumumkan oleh YAB PM Dato Seri Najib telah di spin oleh blog yang  tak mempunyai cerita. Malahan dia hanya menukar tajuk berita dari hasil tulisan Joseph Tawi. Kesiannya blog murahan ini yang tak mempunyai bahan untuk diberitakan kepada orang ramai. Inilah publisiti murahan blogger dari longkang.

Ketika ini, saat ini, PRS masih teguh bersama BN dan selamanya bersama BN. Inilah semanggat yang PKR tak ada, kerana PRS dan komponen parti BN yang lain mempunyai pakatan yang hebat dan tak perlu dipersoalkan kesetiaan kepada BN.

Kepada penulis ingusan Blog Melayu Stampin, cubalah kamu turun ke kawasan PRS dan fahami semanggat BN yang terbentuk di sana. Kamu hanyalah seorang blogger upahan yang selesa duduk di dalam berhawa dingin. Memandangkan DAP telah memenangi kawasan Stampin pada PRU13, apa yang kamu rasa sekarang ? Rasa strawberry atau rasa limau masam? Berbanggalah, menangislah kamu di bawah jajahan DAP.

Siapa pun kamu blog melayu stampin, saya rasa kamu tengah berbahagia di bawah jajahan DAP. Di sini admin tegaskan, PRS tak pernah melakukan sesuatu yang mengkhianati BN, malahan kami memberikan mandat yang terbaik untuk BN. Stampin ada sumbangan ke?...haha...

http://matakkayau.blogspot.com/2013/04/di-mana-semanggat-gelombang-biru.html


Setahu Admin inilah fakta yang sebenarnya, yang tak boleh disangkar lagi kesahihan faktanya. Difahamkan beliau telah di pecat! hahaha...apa rasa sekarang? Rasa limau masam di batang hidung ka? Admin tinggalkan melayu stampin blog dengan serangkap pantun.

Paku Dulang,
Paku Serpih,
Kata Orang,
Diri yang LEBIH.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...