Saturday 18 May 2013

MAJLIS MAKAN MALAM KESYUKURAN PRS

Semalam berlangsungnya majlis makan malam kesyukuran PRS sempena kemenangan yang cemerlang pada PRU13 baru-baru ini. Dianggarkan seramai 8000 penyokong setia PRS yang hadir pada malam yang penuh dengan kegemilangan. PRS mengadakan majlis makan malam bagi mengimbau kembali saat-saat penat lelah sepanjang tempoh kempen yang telah dilakukan dari tahun lepas, kenangan pahit manis dalam memastikan kemenangan yang mutlak bagi PRS. Lagi manis, apabila PRS mampu mengekalkan kemenangan di enam kerusi yang ditandingi.

Dalam ucapan YB Datuk Joseph Entulu, beliau merakamkan ribuan terima kasih kepada jentera parti yang begitu berkerja keras sehinggalah kemenangan kecapi oleh PRS. Beliau juga menyifatkan majlis makan malam tersebut bukan hanya bersyukur di atas kemenangan PRS tapi majlis tersebut dilakukan bagi meraikan kekalahan SWP di mana, Datuk Sng, Larry Sng, George Lagong dan Wong Judat dikalahkan dengan majoriti yang besar. Selain itu SWP juga kehilangan deposit di dua kawasan yang ditandingi di Kanowit dan Sri Aman. Dalam ucapannya juga, beliau menerangkan pendirian Parti untuk menolak tawaran YAB Dato Seri Najib apabila PRS diperuntukan jawatan menteri di jabatan perdana menteri dan timbalan menteri pelancongan. Menurut beliau, PRS berhak mendapat jawatan yang lebih penting berikutan kejayaan yang dilakarkan PRS lebih baik berbanding parti yang lain, yang menerima tawaran jawatan penting di kabinet baru YAB Dato Seri Najib. Datuk Joseph Entulu menegaskan supaya jangan dipersoalkan kesetian parti bersama BN berikutan penolakan jawatan yang ditawarkan oleh YAB Perdana Menteri. Menurut beliau, PRS tetap bersama BN kini dan selamanya.

Dalam ucapan YB Tan Sri Dr James Masing pula, beliau menyifatkan politik Dayak telah mencapai kematangan apabila tidak mudah terperdaya dengan sogokan wang dari SWP. Tan Sri sendiri pernah bertanya kepada penduduk setempat kenapa mereka tak memberi sokongan kepada parti yang memberikan wang kepada mereka dan mereka menjawab " orang meri duit ambik meh, ukai kami minta". Tan Sri James, begitu terharu dengan perubahan landskap politik dayak yang menunjukkan kematangan dalam berpolitik. Tan Sri Dr James telah memberikan anugerah cemerlang kepada P216 Hulu Rajang apabila mereka berjaya dapat mencapai peratusan 100% undi BN di beberapa tempat undian.


Admin mendoakan yang terbaik untuk PRS semoga kemenangan dan kejayaan sentiasa bersama PRS. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...