Wednesday, 8 May 2013
LARRY SNG MENGUMUMKAN BERHENTI POLITIK
Berikutan kekalahan teruk Sarawak Worker Party, presidennya Larry Sng sepatutnya mengundurkan diri dan terus bersara dari dunia politik. SWP yang bertanding di semua tempat PRS, kalah di semua 6 kawasan. Sebelum ini, Larry Sng telah mencabar Tan Sri Dr James Masing untuk meletakan jawatan beliau .sebagai menteri kanan, presiden PRS dan sekali gus melupakan dunia politik. Pada PRU13 yang lepas menyaksikan bahawa SWP telah dikalahkan oleh calon PRS dengan begitu mudah sekali.
Di lihat pada gambar semasa penamaan calon, begitu ramai penyokong yang turut hadir bagi mengiringi calon SWP Larry Sng. Dikhabarkan Sarawak Worker Party mempunyai ahli seramai 19 Ribu keahlian di Lubok Antu. Ini sedikit sebanyak mengugatkan dan membuat barisan nasional berasa cuak seketika. Kalau menggunakan perkiraan, Sarawak Worker Party mampu peroleh kemenangan dengan mudah berikutan keahlian yang ramai. Namun demikian, atas semanggat juang yang tinggi, barisan nasional terus mendekati rakyat Lubok Antu tanpa mengenal erti putus asa.
Walaupun Larry Sng mengamalkan politik wang di Lubok Antu, sama sekali tidak melunturkan kesetiaan rakyat Lubok Antu bersama Barisan Nasional malahan keputusan PRU13 lepas memihak kepada Barisan Nasional dengan Majority yang besar dan lebih baik dari keputusan PRU12.
Sekarang Larry Sng harus melepaskan jawatannya selaku Presiden Sarawak Worker Party dan terus bersara dari dunia politik.
Selamat tinggal Sawa Wong Pelagus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selain kalah SWP juga banyak dananya terhakis.Dilaporkan bahawa calon SWP bagi Hulu Rejang terus meninggalkan Kapit sejurus mengetahui kekalahannya di tangan BN.
ReplyDeleteDengar cerita di kedai kopi,George Lagong (ADUN Pelagus) amat kecewa dgn jumlah undi yg diperolihi di kawasan Balleh.Tidak berbaloi dibandingkan dgn "pelaburan" yg amat besar.Desas desus bahawa pengundi "membalas dendam" ke atas George kerana "menipu" mereka di Balleh semasa PRN Swak 2011.(Pd PRN 2011 George telah bertaling tadah dr DUN Balleh ke DUN Pelagus pd hari penamaan calon lagi.Maka penyokong2 beliau dr Balleh amat terkejut n kecewa sekali dgn tindakan lari dr Balleh ke Pelagus.)
SWP gulung tikar? atau Larry berhenti main politik?
Kalau gulung tikar - sebab utama adalah dana SWP dah kering.Dianggarkan tidak kurang RM 30 juta dibelanjakan utk 6 calonnya.Bahkan ada sumber menyebut SWP berbelanja RM 96 juta.Mungkin angka ini agak terlampau.Perkara yg penting perlu direnung ialah permainan politik wang yg berleluasa.
Masa depan politik Larry? - nama beliau akan terus ada dlm politik tempatan lebih lagi di Kapit.Beliau masih muda.Saya tidak akan terkejut jika beliau akan terus mengasak PRS di Pelagus n Balleh pd PRN Swak 2015 kelak.Tidak mustahil dlm percaturan politik.ADUN Pelagus sekarang George akan berpindah ke DUN Balleh manakala Larry akan bertanding semula di DUN Pelagus.
Ingat dlm permainan politik wang seseorg calonhanya perlu "membeli" lebih sedikit dr 50% pengundi.Contoh jika terdpt 15,000 pengundi calon hanya perlu melabur utk kira2 7,500 pengundi x RM? Taktik kotor telah teruji di bbp tempat.Kadang2 tak menjadi sebab pengundi lebih bijak drp calon.
adios.
Tidak lewat saya ucapkan tahniah kpd DTK Alexander Linggi dan Sdr Wilson Ugak Kumbong yg menang dlmPRU13.
ReplyDeleteSyabas diberikan kpd seluruh jentera BN di Kapit n Hulu Rejang.
Terima kasih kpd pihak PDRM,RELA,tentera dan semua pihak keselamatan yg telah menjalankan tugas n tanggungjawab yg amat baik.
Syabas juga kpd SPR.Kredibiliti n kecekapan staf n petugas SPR Sarawak n Negara tidak dpt dinafikan lagi.Good work SPR.
BPost hari ini melapor bwa Dato Sng chee Hua,penasihat SWP,.."mulled over retiring"..Chee Hua nak berhenti berpolitik n menyerahkan masa depan SWP kpd golongan muda n anak beliau Larry.
ReplyDeleteBukan setakat kalah semua calonnya dlm PRU13 calonnya di Kanowit hilang wang cengkeram!!Elison Ludan memperolehi 430+ undi.RM10 ribu hilang.Belum lagi wang kempen.Tak hairan kenapa Chee Hua nak retire.Duit dah habis.