Monday 22 April 2013

PENAMAAN CALON P216

Admin membuat tinjauan di Pejabat PRS Kapit, penyokong PRS memenuhi perkarangan pejabat seawal pukul 7 lagi bagi memberikan sokongan kepada calon baru P216 En Wilson Ugak Kumbong. Dianggarkan seramai 4 ribu lebih penyokong telah datang untuk memberikan sokongan kepada calon baru Wilson Ugak Kumbong.




Penyokong memulakan perarakan dari pejabat PRS pada pukul 8 menuju ke dewan syuarah Kapit bagi penamaan calon. Perarakan tersebut turut disertai oleh Presiden Parti Tan Sri Dr James Jemut Masing, YB Liwan Lagang dan Bekas MP Hulu Rejang Datuk Billy Abit Joo. Semua penyokong rasa terharu dengan tindakan Datuk Billy Abit Joo yang bersikap begitu professional dengan kesanggupan beliau mengiringi calon bagi penamaan calon. Malahan Datuk Billy dengan bersemanggat sekali memberi sokongan kepada calon BN bagi memastikan kemenangan berpihak  kepada BN sekaligus memberi mandat kepada Dato Seri Najib bagi meneruskan pentadbiran negara di Putrajaya.

Kedatangan Datuk Billy Abit ternyata menyentak parti lawan yang nyata menjangkan keretakan parti berlaku berikutan penamaan calon baru bagi P216 Hulu Rajang. Keakraban pemimpin PRS menjadikan tamparan yang hebat kepada parti lawan sekali gus menyukarkan mereka untuk memenangi Hulu Rajang.









3 comments:

  1. Dengar cerita bahawa calon SWP hilang arah setelah selesai penamaan calon.Beliau sendiri dilihat kusut mengagihkan sagu hati di service centre SWP.Orgnya tak percaya.Takut ditipu kali kedua.Pengalaman pahit kena tipu semasa pilihan raya DUN Negeri 2 tahun lepas mengajar penyokong SWP lebih berhati2 dgn calon SWP.

    ReplyDelete
  2. Amat rugi tak ikut serta.Saya berada di kem Dtk Alexander.Penyokong2 BN bersama Dtk Alexander tak kurang hebat n banyakkya.Penyokong DAP tengelam dlm lautan bendera biru BN.Lebih seribu penyokong Bn bersama skuad bermotosikal Pemuda BN Kapit memeriahkan suasana di hari penamaan calon.

    BN tetap kuat di parlimen Kapit.Di daerah Kapit di tafsir 70-85% bersedia mengundi calon BN.Manakala 65-75% pengundi di daerah Song akan memilih BN.Diramalkan bahawa calon DAP Ramli Melaka mungkin boleh hilang wang depositnya.Selain tidak dikenali calon DAP tiada isu yg nak diketengahkan.

    ReplyDelete
  3. Admin:

    Something to share with Sarawakian:

    http://yuseriyusoff.blogspot.com/2013/04/transkrip-emel-taklimat-suaram-tangan.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...