Saturday 27 April 2013

BN TERUS MENALUKI DAERAH ASAP P216 HULU RAJANG


Pergerakan wanita PRS dan Pemuda PRS terus bergabung dalam misi menaluki daerah Asap P216. Kerjasama yang baik di antara komponen parti BN yang lainnya membuahkan hasil apabila setiap kempen yang dilakukan oleh GELOMBANG BIRU mendapat sambutan yang luar biasa.

Penyokong yang hadir dianggarkan melebihi 200 orang. Dalam ucapan Exco Pemuda PRS, Bit Surang, beliau membuat perbandingan di antara manifesto pembangkang "Manifesto Bukan Janji" dan manifesto BN "Aku Janji". Antara lain, manifesto BN Aku Janji adalah pendidikan. Encik Bit Surang, menegaskan bahawa kepentingan pendidikan kepada masyarkat orang ulu bagi menaik taraf kehidupan sesebuah keluarga. Bagi memastikan rancangan pendidikan berjaya BN berjanji akan terus memberikan baucer buku 1Malaysia bagi meringgankan beban ibu bapa.

Di dalam ucapan Pemancha Tony Kuleh, beliau ingin rakyat daerah Asap mengimbau kembali semenjak mereka ditempatkan semula pada tahun 2000 berikutan pembinaan empangan bakun. Kerajaan yang diterajui oleh Dato Seri Najib telah mengumumkan bahawa rakyat daerah Asap tak perlu membayar balik rumah yamg telah di bina oleh kerajaan BN. Penempatan baru ini jauh lebih selesa bahkan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti jalan, air dan elektrik. Bahkan kerajaan BN telah membina sebuah sekolah baharu SMK Bakun buat penduduk daerah Asap. Menurut Pemancha Tony Kuleh, hanya BN mampu memberikan pembangunan secara berterusan. Pemancha Tony, menyeru rakyatnya akan terus memberi sokongan kepada Dato Seri Najib untuk menjadi Perdana Menteri.


2 comments:

  1. Kenapa tak ada kenyataan Bit Surang n Tony Kulleh mengenai calon BN? (Dirujuk laporan di atas).

    Boleh sdr ulaskan.

    ReplyDelete
  2. Dilaporkan bahawa peratusan undi yg diperolehi calon PRS/BN tidak begitu baik dr Asap (perlu pengesahan)jika dibanding dgn kawasan2 lain di Hulu Rejang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...