Judat pernah mengeluarkan kenyataan dan pendirian beliau berhubung perbalahan beliau dengan Datuk Joseph Salang punca beliau akan keluar Parti SPDP. Judat menegaskan bahawa Judat akan bertanding di Julau tanpa memberitahu melalui tiket SWP atau sebaliknya, sekiranya PRS mencalonkan Datuk Joseph Salang bagi mempertahankan kerusi Julau. Namun demikian, Judat menegaskan dia tidak menentang PRS,SPDP mahupun BN kerana dia hanya menentang pencalonan Datuk Joseph Salang.
http://www.theborneopost.com/2012/07/12/mawan-wong-to-meet-in-a-weeks-time-over-issue/
Sebagai seorang yang bijak, kita mampu menilai kenyataan yang dikeluarkan oleh Judat merupakan satu kenyataan yang tidak konsisten dan cuba memutar-belitkan keadaan yang sebenarnya. Apakah Judat menentang pencalonan Datuk Joseph Salang atau Judat mempunyai niat untuk menyertai SWP yang diketuai oleh Larry Sng dan Datuk Sng yang banyak memberi sogokan wang terhadap rakyat untuk meraih undi. Matak Kayau juga difahamkan, bahawa Judat menerima sebuah kereta mewah dari Datuk Sng bagi membolehkan Judat membantu SWP untuk berkempen bagi pihak SWP untuk meraih undi dari kaum Dayak khasnya.
Matak Kayau juga mendapat tahu bahawa Judat telah menyertai SWP berkempen di Lubuk Antu hujung minggu lepas. Semasa kempen tersebut, Judat telah memburukan MP Lubuk Antu yang disandang oleh YB William Nyallau. Apakah ini yang diperkatakan oleh Judat bahawa dia menentang pencalonan Datuk Joseph Salang saja, tapi yang berlaku disebaliknya dimana dia cuba memburuk-burukan nama pemimpin PRS untuk meraih undi dayak di Lubuk Antu.
Maka tak hairanlah sedikit masa lagi, Judat akan memburukan pemimpin PRS yang lainnya pula. Ini adalah kerana penubuhan SWP adalah berdasarkan dendam kesumat di antara keluarga Sng yang mana Larry Sng telah di pecat dari PRS berikutan cubaannya untuk menyingkirkan Presiden Tan Sri Dr James Masing.
Persoalannya sekarang terarah kepada Presiden SPDP William Mawan Ikom yang ternyata tak mampu melakukan apa-apa terhadap Judat yang ternyata kebal. Kredibiliti Mawan masa kini tercalar kerana sebagai seorang Presiden parti, dia seharusnya mampu memperbetulkan keadaan. Keadaan ini berlarutan tanpa ada tindakan dari Presiden SPDP yang menampakkan kelemahan dia sebagai seorang pemimpin dan seorang Presiden parti. Rakyat sekarang sudah membuat spekulasi sendiri, yang mana rakyat tidak hairan kenapa G5 bertindak keluar parti. Ini adalah kerana kelemahan yang dimiliki oleh seorang Presiden parti yang ternyata tak mampu menguruskan parti dan tidak mampu membuat keputusan bagi membetulkan keadaan. Apakah ini titik tolak perpecahan SPDP akan berlaku dan kemungkinan SPDP akan hancur dek kelemahan Presiden Parti itu sendiri.
Desas-desus mengatakan bahawa Presiden SPDP tak mampu membuat keputusan kerana dipengaruhi oleh individu yang menaja atau "banker" kepada pengerakan parti SPDP. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan pengikut dayak keluar dari SPDP.
Sebagai seorang Presiden Parti, Wlliam Mawan harus mampu mengawal YB-YB yang bernaung di bawah parti itu sendiri.
Kemusnahan SPDP akan bermula sekiranya, Presiden SPDP terus gagal dalam mengawal YB-YB parti itu.
No comments:
Post a Comment