Tuesday, 10 April 2012
Politik - Katak akan melompat tinggi
Selamat petang kepada pembaca Matak Kayau.
Desas-desus dan lumrah dunia politik. Tatkala mengejar dan gila kuasa,orang-orang yang tamak akan melompat. Kalaulah, nama dia tak tersenarai antara calon maka kemungkinan dia akan menjadi katak amatlah tinggi.
Khabar angin sekarang amat kencang, adalah mamat seorang ini dulu nya masuk parti BN kerana ingin melobi namanya sebagai calon untuk PRN yang lepas. Dikatakan katak ini akan melompat tinggi ke parti yang lain pula bagi melobi namanya untuk menjadi calon. Tapi Matak Kayau tak dimaklumkan dimana si katak ini akan melompat.
Aktiviti melompat ini memang sering berlaku di dunia politik Sarawak. Kalau nak senaraikan nama tu memanglah ramai sangat. Melompat dari SNAP pergi ke PBDS, lepas tu lompat lagi pergi PKR, lepas tu lompat lagi pergi DAP. Lepas nie tak tau lah pulak nak lompat pergi mana...jangan lompat ke sungai Batang Lupar dah ler..haha....
Dengar-dengar, SWP tu nak juga si mamat nie....alahai alahai alahai...rajin sungguh si katak nie melompat. Katak ini melompat untuk mencari sesuatu yang baik untuk rakyat atau untuk diri sendiri.
Sama-samalah kita lihat siapakah si Katak itu dan siapa yang setia dengan parti...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment