BERSIH 3.0 berkemungkinan akan dijalankan di DATARAN MERDEKA pada April.
Persoalannya sekarang, apakah bantahan jalanan seperti BERSIH ini benar-benar bersih. Maksud Matak Kayau, apakah bantahan jalanan BERSIH tidak merugikan sesiapa pun, baik dia perniaga, penguna jalan raya dan yang lebih penting adalah keselamatan.
Matak Kayau ingin anda semua mengimbau kembali semasa berlakunya bantahan BERSIH 2.0 9 Julai 2011,di jalan raya. Apakah semua ini menguntung semua pihak ???
Seorang pengikut rusuhan BERSIH 2.0 telah meninggal dunia. Kejadian ini pasti sesuatu yang tidak dingini oleh sesiapa pun baik bagi pihak penganjur pehimpunan BERSIH mahu pun pihak PDRM yang ingin semuanya berjalan dengan lancar.
Apakah perhimpunan BERSIH ini benar-benar bersih sehinggakan menyebabkan beberapa jalan perlu di tutup dan ini pasti menyukarkan pengguna jalan raya yang lain. Keadaan ini juga menyebabkan banyak kedai yang di tutup akibat keadaan yang huru-hara.
Apakah keadaan ini menyenangkan semua orang termasuk perlancong asing yang melancong di sekitar Ibu negara. Ini adalah sesuatu yang amat memalukan. Bukankah kita masih mempunyai akal fikiran yang waras untuk menilai sesuatu yang baik untuk kita dan negara.
Keadaan ini juga menyusahkan pengguna jalan raya.
Kepada rakyat Malaysia yang masih waras dan mempunyai akar fikiran, janganlah kerana taksyub berpolitik kita mengadai keamanan negara.Banyak lagi negara lain yang mencemburui keamanan negara Malaysia dan jangan pula kita yang akan mencemburui keamanan negara orang lain suatu hari nanti. Kita seharusnya, mengekalkan keamanan yang kita kecapi masa kini.
Rakyat Malaysia perlukan keamanan bukan rusuhan yang menyusahkan rakyat. Kepada yang berkenaan, yang ingin meneruskan perhimpunan yang tidak membawa faedah dan menyusahkan rakyat..eloklah difikirkan semula. Kerana negara yang aman mampu menjana ekonomi yang baik dan pembangunan.
Ambiga & Anwar , negara yang huru-hara tak akan maju dan ekonomi yang kukuh !!!
http://www.malaysiakini.com/news/194052
DAYAK SAYANG MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment