Sunday 14 April 2013

HANTU POLITIK WANG KAK LARRY KEMBALI KE KANCAH POLITIK



Hasil risikan Admin hari ini mendapati Hantu Politik Wang Kak Larry kembali ke kancah politik di Parlimen Lubok Antu. Perkhabaran ini disahkan oleh pihak berkuasa tempatan dan penduduk tempatan.

Larry telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM250 kepada penduduk di Lubok Antu dan berjanji akan memberikan RM250 lagi selepas keputusan PRU13 diketahui. Ternyata Hantu Kak Larry ini, berpaksikan politik wang untuk menarik undi dari rakyat tempatan. Apakah ini yang dinamakan sebagai politik demokrasi yang diamalkan di negara kita Malaysia.

Berikutan ini, admin percaya bahawa Rakyat bijak dalam memilih calon yang bakal menjadi Pemimpin yang bertanggungjawab di kawasan mereka. Rakyat harus tahu, Hantu Kak Larry hanya sekadar muncul semasa Pilihan Raya saja. Selepas Pilihan Raya berlalu maka Hantu Kak Larry akan kembali ke kubur beliau tanpa menghiraukan apa yang berlaku di kawasan yang diwakili beliau. Rakyat Lubok Antu harus peka dan melihat contoh yang terbaik apa yang berlaku di Pelagus selama 20 Tahun Hantu Kak Larry dan Hantu Pak Sng menjadi wakil rakyat di Pelagus. Tiada satu pun yang boleh dibanggakan !



Wahai warga ku Lubok Antu! hendaklah kamu bijak dalam menentukan pilihan anda semasa mengundi kelak.

INGAT! HANTU KAK LARRY CUMA MUNCUL MUSIM PILIHAN RAYA SAJA!




2 comments:

  1. Org seperti Larry tak patut di beri kesempatan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amat setuju.Saya berharap pengundi di Lubok Antu tidak termakan dgn dakyah licik keluarga Sng.Pengundi2 Pelagus khas pekan Kapit telah tertipu dgn janji manis dan politik wang yg dimainkan Sng.George Lagong menang DUN Pelagus pd PRU Sarawak yg lalu adalah disebabkan politik wang.Agak ramai kakitangan kerajaan membri undi kpd George sebab disogok dgn wang.Itulah sebabnya Dtk Sng begitu confident boleh menang di Selangau.Dia pernah menang di Julau dgn membeli undi.Perbelanjaan Dtk Sng di Selangau dijangka sbyak tidak kurang RM2 juta jika dia menyogok pengundi dgn RM1000 seorg.Dia amat yakin menang.Politik kotor yg diamal Sng tidak menguntungkan kaum Dayak yg ingin diperbodohkan Sng.Sng tidak pernah menghormat org Iban.Tanyalah kpd mereka yg pernah menumpang rezeki bersama Sng.Jgn percaya dgn Dtk Sng dan konco2nya.Ingat Julau.Ingat Pelagus.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...