Showing posts with label Taib. Show all posts
Showing posts with label Taib. Show all posts

Sunday, 26 May 2013

SARAWAK WORKER PARTY DIBUBARKAN!


Hari ini mengumumkan bahawa mereka tidak menolak kemungkinan untuk menyertai Pakatan Rakyat. Apakah permainan yang dilakukan oleh SWP, apakah mereka tak penat dengan permainan memperbodohkan kaum Dayak? Sebelum PRU13 mereka memperkenalkan mereka adalah kawan BN tapi hari ini mereka memungkinkan akan menyertai Pakatan Rakyat.

Persoalannya sekarang, apakah Pakatan Rakyat akan menerima SWP berikutan parti SWP berteraskan parti keluarga SNG.

Sarawak Worker Party mengamalkan politik selamat dengan menyatakan kemungkinan akan menyertai Pakatan Rakyat setelah SWP di tolak oleh kaum Dayak dengan dasyat. Nampaknya, SWP akan dibubarkan tak lama lagi!

Admin percaya SWP tak akan mampu bertahan lama!

Monday, 20 May 2013

TERKINI: DATUK SNG MENANGGIS DI DEPAN KHALAYAK RAMAI


Perasaan kecewa yang tak dapat di bendung lagi menyebabkan Datuk Sng mengumumkan beliau bersara dari politik dan memberikan ruang kepada yang generasi yang muda untuk meneruskan perjuangan Sarawak Worker Party.

Kekalahan yang teruk selepas SWP kalah di semua 6 kerusi yang ditandingi dan 2 kerusi hilang deposit. Berikutan peristiwa yang amat memalukan dan memungkinkan serangan jantung terhadap Datuk Sng, dia memutuskan untuk bersara. Apa tidaknya, selepas beliau membelanjakan begitu banyak wang dengan harapan sejarah kemenangan di Pelagus mampu diulangi tetapi itu hanyalah satu andaian yang memakan diri. Kematangan Dayak dalam berpolitik menghancurkan segala perancangan SWP untuk menghancurkan Parti Rakyat Sarawak.

Admin mengucapkan, terima kasih kepada Datuk Sng yang telah banyak menaburkan wang semasa PRU13 yang lepas dan sedikit sebanyak boleh membantu pengundi PRS untuk turun mengundi PRS.

Selamat tinggal Datuk Sng dan selamat berkuburlah Sarawak Worker Party.

Sunday, 19 May 2013

NAJIB ABAIKAN PRS & SPDP


Kewibawaan Najib teruji selaku Perdana Menteri Malaysia berikutan kontroversi pelantikan jawatan menteri yang seakan meminggirkan dua parti dari Sarawak. Parti Rakyat Sarawak dan SPDP yang berjaya mempertahankan 10 kerusi memberikan mandat kepada beliau sekali gus mengekalkan Putrajaya dan jawatan Perdana Menteri.

Namun demikian, hasil kerja keras kedua-dua parti seakan-akan tidak di pandang oleh YAB Dato Seri Najib apabila beliau hanya sekadar menawar 2 jawatan timbalan menteri kepada PRS pada awalnya dan tiada pelantikan dari SPDP. Tindakan beliau membayangkan bahawa Dayak dan PRS SPDP tidak membawa sebarang makna kepada pembentkan kerajaan BN. Keadaan ini semakin bertambah teruk apabila kedua-dua penyokong parti saban hari melahirkan rasa tak puas hati berikutan barisan kabinet menidakan PRS dan SPDP. Ada juga suara sumbang yang turut kedengaran apabila ada Dayak berkata bahawa PRS dan SPDP harus keluar BN sekiranya pucuk pimpinan BN tidak menghargai kedua-dua parti. Namun demikian kedua-dua Presiden parti menegaskan bahawa Parti akan terus bersama BN biarpun apa sekali kemungkinannya.

Melalui "sms" maupun email yang di terima admin, rata-rata kaum Dayak terus berdiri teguh di belakang parti apa pun keputusan yang di ambil.

Saban hari Dayak, menunggu pengumuman Dato Seri Najib apakah SUARA DAYAK akan didengari oleh beliau atau pun beliau terus dengan keegoan beliau tatkala boleh mencalar imej beliau selaku ketua BN di mana kegagalan beliau berlaku adil dalam pengkongsian kuasa dikalangan komponen parti BN.

Admin percaya dalam masa terdekat YAB Dato Seri pasti akan mengumumkan sesuatu yang menjernihkan keadaan sekali gus mendapatkan semula keyakinan Dayak terhadap pimpinan beliau.

Pesanan admin buat Dato Seri Najib!

Sebelum PRU13 Dato Seri meminta mandat yang besar dari Dayak, ya kami berikan mandat 100% kepada Tuan.

Selepas PRU13, Dayak minta apa yang sepatutnya, diharapkan Tuan memperdulikannya kerana kami peduli permintaan Tuan.

Salam Transformasi dan salam 1 Malaysia!

LATEST : LARRY THE KING!!


Kenapa Larry Sng nampak begitu berpengaruh di Sarawak bahkan dia mampu menyekat pencetakan media massa tempatan.

Apakah beliau mempunyai sokongan dari orang dalam? Siapakah orang itu? Apakah hubungan beliau dengan Larry Sng? 

Larry Sng bukan sekadar mampu menyekat pencetakan media massa tempatan malahan mereka begitu berpengaruh sehinggakan Sarawak Worker Party diluluskan oleh ROS dalam masa yang singkat bagi membenarkan Sarawak Worker Party bertanding pada PRU13 yang lepas. Penubuhan parti tersebut hanyalah bertujuan untuk menghapuskan "Dayak Base Party" Parti Rakyat Sarawak. Namun demikian, PRS telah mengalahkan SWP di 6 kerusi yang ditandingi dan 2 daripada kerusi SWP telah kehilangan "Deposit".

Semalam Munan Andrew telah mengeluarkan kenyataan bahawa Parti Rakyat Sarawak tak perlu meminta untuk Dato Seri Najib memperuntukan sebarang jawatan Menteri kepada wakil Parti Rakyat Sarawak. Di sini, Admin ingin tegaskan bahawa saudara Munan tidak mempunyai hak bersuara berkenaan perihal Barisan Nasional kerana Sarawak Worker Party adalah barisan pembangkang yang menentang BN semasa PRU13 yang lepas. Sekali lagi Admin ingin tegaskan bahawa seluruh warga Dayak telah menolak Sarawak Worker Party dan saudara Munan dan SWP tak layak memberi pandangan untuk kaum Dayak. Apa yang Parti Rakyat Sarawak minta dari YAB Dato Seri Najib adalah untuk kebaikan kaum Dayak juga dan sudah pasti bukan pengkhianat Dayak seperti saudara Munan.

MUNAN JOHN ANDREW BERAPALAH TANDA HARGA YANG TELAH LARRY SNG BERIKAN KEPADA KAMU! SAYA PERCAYA KENYATAAN YANG DIKELUARKAN ITU ADALAH DARI LARRY SNG! MEMANDANGKAN BELIAU TELAH KALAH TERUK KEPADA YB TUAN WILLIAM NYALLAU MAKA ADALAH LEBIH BAIK DIA MEMPERKUDAKAN KAMU UNTUK MENGELUARKAN KENYATAAN TERSEBUT!

Thursday, 16 May 2013

PRS MENGADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR!

 
Hari ini PRS mengadakan mesyuarat tergempar berikutan senarai nama kabinet baru yang diumumkan oleh YAB PM Dato Seri Najib kurang memuaskan hati. Menurut Presiden Parti Tan Sri Dr James Jemut Masing, sekurang-kurangnya Dato Seri Najib memberikan jawatan yang lebih penting dan setimpal dengan kejayaan PRS yang menyumbangkan 6 kerusi Parlimen kepada BN.

Semua ahli Majlis Tertinggi PRS dan ahli parlimen PRS sebulat suara supaya Dato Seri Najib mempertimbangkan pemohonan PRS. PRS bukan setakat berjaya mempertahankan 6 kerusi tetapi turut membaiki peratusan majoriti. PRS yang menyumbangkan 6 kerusi parlimen menjadikan PRS antara parti yang ke 4 terbesar dalam menentukan BN terus berkuasa di Putrajaya. Oleh yang demikian, adalah wajar sekiranya YAB Dato Seri Najib memperuntukan yang terbaik untuk PRS.

Difahamkan, PRS akan mengadakan perjumpaan dengan Dato Seri Najib dalam masa yang terdekat ini bagi meleraikan kecelaruan, melegakan rasa tak puas hati dan memperbetulkan apa yang salah.

Kepada YAB PM Dato Seri Najib, kita sokong pimpinan Dato Seri sebab itu kami berjuang habis-habisan semasa PRU13 dan terbukti SWP,PKR maupun Bebas kita tewaskan dengan majoriti sebaik yang mungkin.

Wahai YAB PM Dato Seri Najib 1Malaysia, Dengarlah, Pandanglah kami yang kerdil ini, Berilah kami jelingan yang bermakna supaya kami mampu melakukan yang terbaik untuk penyokong dan rakyat di kawasan kami. Mereka telah memberikan mandat yang besar buat MU wahai YAB PM Dato Seri Najib.

Berlakulah adil dan seadilnya yang mungkin kepada kami yang kerdil dan berjiwa besar ini. Nescaya, satu hari nanti kamilah antara yang terbaik untuk YAB PM Dato Seri Najib!

HIDUP PRS! HIDUP PRS!

MILIK SIAPAKAH TANGAN INI ?



Apakah "Tangan Ghaib" ini turut memainkan peranan dalam menentukan barisan senarai nama kabinet yang baru diumumkan Najib semalam. "Tangan Ghaib" ini seakan-akan mempunyai agendanya tersendiri apabila Parti Rakyat Sarawak dan SPDP secara terus-terusan di uji dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

Secara amnya, politik Dayak kini kian teruji semenjak kemusnahan Parti PBDS dulunya yang di pimpin oleh Tan Sri Leo Moggie. Kemusnahan PBDS juga dikaitkan dengan kejadian "Tangan Ghaib" yang menyebabkan berlakunya TSUNAMI politik katak. Kehancuran parti Dayak PBDS ini tak akan lupus dari ingatan kaum Dayak yang mana kian hari, saban hari penglibatan "Tangan Ghaib" berlaku dalam memastikan politik Dayak dihapuskan.

Penglibatan "Tangan Ghaib" tak berhenti setakat itu saja, malahan selepas penubuhan Parti Rakyat Sarawak dan SPDP yang mana serpihan dari pecahan PBDS dahulu turut kelihatan. Keadaan ini pertama kalinya teruji apabila Parti Rakyat Sarawak di uji ketika berlakunya krisis dua presiden. Namun demikian, Parti Rakyat Sarawak yang diterajui oleh Tan Sri Dr James Jemut Masing masih mampu berdiri sehingga ke hari ini berikutan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin yang berada di PRS dan memecat Larry Sng dan pengikutnya, berikutan cubaan mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dr James Jemut Masing dan pengikutnya.

SPDP juga tak ketinggalan dalam ujian si "Tangan Ghaib" apabila parti SPDP mengalami krisis dalaman yang mana menyaksikan 5 orang pemimpin keluar parti dan mengangap mereka "BN5 Club". Kebijaksanaan Tan Sri William Mawan diperlukan dalam menangani permasalahan yang juga dikaitkan dengan si "Tangan Ghaib" bagi tujuan melemahkan parti SPDP sekali gus dengan berniat menghapuskan parti tersebut. Spekulasi demi spekulasi ditimbulkan bagi melaga-lagakan kedua-dua parti PRS dan SPDP supaya perpecahan politik Dayak terus berlaku namun, hasil dari kesabaran dan pengelaman Tan Sri Dr James Jemut dan Tan Sri William Mawan terus mendiamkan diri kerana mereka tahu semua itu tidak akan mendatangkan faedah kepada malahan memungkinkan perpecahan parti seperti yang didambakan oleh si "Tangan Ghaib".

Sekali lagi, PRS teruji apabila Sarawak Worker Parti telah didaftarkan oleh ROS di saat PRU13 bakal menjelang. SWP yang diterajui oleh Larry Sng telah bertanding di 6 kerusi yang ditandingi oleh PRS. Persoalan demi persoalan terus mendatang, kenapa pendaftaran SWP begitu senang dilakukan wahal banyak lagi parti dayak yang lainnya telah memohon tetapi belum lagi diluluskan oleh ROS.Namun demikian, PRS terus gagahi bagi memastikan kesemua 6 kerusi ditandingi tidak jatuh ke tangan SWP. Melalui risikan dan pertanyaan, admin mendapat tahu bahawa ada penglibatan si "Tangan Ghaib" dalam memastikan SWP didaftarkan oleh ROS.

Selepas selesai PRU13, SPDP dan PRS terus berjaya dalam mengekalkan 10 kerusi yang ditandingi oleh kedua-dua parti. Paling manis apabila PRS mampu menafikan SWP dan 2 kerusi yang ditandingi oleh SWP kehilangan deposit. Manakala SPDP terpaksa mencalonkan Presdennya Tan Sri William Mawan bagi memastikan kerusi Saratok terus menjadi milik SPDP. Apa yang amat mengecewakan, semasa pengumuman senarai nama kabinet yang di lantik, hanya 1 Menteri dan 1 Timbalan Menteri telah diberikan kepada PRS manakala tiada slot bagi SPDP. Kedua-dua parti telah berkerja keras bagi memastikan kedua-dua parti menang 100% di kesemua kerusi yang ditandingi.

PERSOALANNYA SEKARANG, APAKAH SI "TANGAN GHAIB" TURUT TERLIBAT SAMA DALAM MEMASTIKAN SENARAI NAMA KABINET? 

SIAPAKAH SI "TANGAN GHAIB" INI? 

APAKAH POLITIK DAYAK AKAN TERUS DIHANTUI OLEH TANGAN GHAIB?

Wednesday, 15 May 2013

SENARAI NAMA KABINET BARU KERAJAAN MALAYSIA



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah mengumumkan Kabinet yang baru di pejabatnya di Putrajaya.
Barisan kabinet baru itu dijangka menyaksikan satu pasukan yang mampu menjana idea-idea baru untuk meneruskan agenda transformasi nasional yang dicetuskan Najib.
Menurut Perdana Menteri, barisan cabinet yang baru dilantik itu merupakan kabinet yang berimbang, campuran antara muka lama dan muka baru.

Senarai Rasmi Menteri Kabinet Baru 2013

Perdana Menteri  
Najib Tun Razak [kekal]

Timbalan Perdana Menteri 
Muhyiddin Yassin [kekal]

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 
Jamil Khir [kekal]
Abdul Wahid Omar [Senator]
Idris Jala [Senator]
Shahidan Kassim [Naik taraf]
Nancy Shukri
Joseph Entulu
Razali Ibrahim
Paul Low Seng Kwan (Senator)

TIMBALAN MENTERIdi JPM : Razali Ibrahim
WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (Senator)

Menteri Kewangan.
(1) MENTERI KEWANGAN I: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
(2) MENTERI KEWANGAN II: DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan Menteri Kewangan.
(3) DATUK AHMAD BIN MASLAN [naik taraf]

Menteri Pertahanan
Hishammuddin Hussien Onn [bertukar]
Timbalan : Rahim Bakri

Menteri Pertanian Industri Tani.
Ismail Sabri [bertukar portfolio]
Timbalan : Tajuddin Bin Abdul Rahman

Menteri Pengangkutan
Tiada.
Dipangku oleh Hishammuddin Hussien.
Timbalan : Aziz Kaprawi.

Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi [Gabungan 2 kementerian]
Muhyiddin Yassin [kekal]
Idris Jusoh ( II ) [baru]
Timbalan Menteri PPT : DATUK MARY YAP KAIN CHING [baru]
P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN [baru]
 
Menteri Dalam Negeri [KDN]
Zahid Hamidi [bertukar portfolio]
Timbalan : Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Nazri Aziz [Naik taraf]
Timbalan : Joseph Salang Anak Gandum

Menteri Luar Negeri
Anifah Aman [kekal]
Timbalan : Hamzah Bin Zainuddin

Menteri Kerja Raya 
Fadillah Yusof
Timbalan :Rosnah Binti Abdul Rashid

Menteri Kesihatan 
Subramanian
Timbalan : Hilmi Bin Yahya

Menteri Belia Dan Sukan 
Khairy Jamaluddin  [baru]
Timbalan : Datuk M.Saravanan

Menteri Sumber Manusia 
Datuk Richard Riot  [baru]
Timbalan : Ismail Bin Mutalib

Menteri Perdagangan Dan Industri [MITI]
Mustafa Mohammed [bertukar]
Timbalan : Hamim Bin Samuri 

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi 
Ewon Ibin
Timbalan : Abu Bakar Bin Mohd Diah

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar 
G. Palanivel
Timbalan : James Dawot Mamit

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air 
Maximus Ongkili [kekal]
Timbalan : Mahdzir Bin Khalid

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah 
Shafie Afdal [kekal]
Timbalan : Alexander Nanta Linggi

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi 
Douglas Unggah [baru]
Timbalan : Noriah Binti Kasnon

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Rohani Bin Abdul Karim
Timbalan : Azizah Binti Mohd Dun

Menteri Komunikasi Multimedia [ganti kementerian penerangan]
Ahmad Sabery Cheek [bertukar]
Timbalan : Jailani Bin Johari.

Menteri Wilayah Persekutuan
Adnan Tengku Mansor [naiktaraf]
Timbalan : DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (Senator)

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Abdul Rahman Dahlan
Timbalan : Halimah Bin Mohd Saddique

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Hasan Bin Malek
Timbalan : Ahmad Bashah Bin Mohd Hanipah

Ringkasan :
Perdana Menteri : 1 Jawatan
Timbalan Perdana Menteri : 1 Jawatan
Menteri : 30 jawatan [termasuk timbalan perdana menteri]
Timbalan Menteri : 27 jawatan.
Jumlah Jawatan : 57 jawatan.
Jumlah senator sedia ada : 1 orang
Jumlah senator yang akan dilantik : 5 orang. 2 menteri 3 timbalan menteri.
Jumlah backbenchers 82 orang.

Di Mana letaknya kepentingan PRS dan SPDP dalam line up yang diumumkan oleh Najib? 

Apakah Parti yang mewakili kaum Dayak akan terus dipinggirkan? 

Apakah Najib lupa bahawa 10 kerusi yang disumbangkan oleh PRS dan SPDP membuatkan dia berasa lega untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri? 

Najib, janganlah seperti kacang lupakan kulit! 


Friday, 3 May 2013

GERAK KERJA BN MASIH GIAT DI P210 KANOWIT



GERAK KERJA MASIH GIAT DILAKUKAN DI P210 KANOWIT. YB DATUK GRAMONG JUNA DAN DATUK AARON BERGANDING BAHU MEMENANGI HATI RAKYAT SEHARI SEBELUM PROSES PENGUNDIAN DILAKUKAN ESOK.


Gelombang biru melanda pekan Kanowit hari ini dan gerak kerja akhir di pekan Kanowit sebelum proses pembuangan undi dilakukan esok. Ramai yang turut hadir bagi memberi sokongan kepada BN.




Thursday, 2 May 2013

PKR KERESAHAN DI RUMAH BANYING BUKONG P210 KANOWIT



Kegelisahan dan keresahan parti pembangkang PKR di P210 kian terpancar berikutan YB Datuk Gramong Juna menyatakan dan menasihatkan PBB 44 Machan dan N43 Ngemah perlu membantu Calon P210 Kanowit, Datuk Aaron Dagang. Selama ini pakatan pembangkang di P210 menyangkakan dengan senang mereka menawan P210 berikutan beberapa isu dalaman BN di antara parti PBB dan PRS. Namun demikian, YB Datuk Gramong Juna dengan "gentlemen" menyatakan bahawa mereka perlu melupakan segala yang lalu dan memulakan lambaran baru bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN. YB Datuk Gramong Juna juga, menyatakan bahawa BN P210 pasti akan menang berikutan dua DUN P210 Kanowit adalah milik BN di mana N44 Machan YB Datuk Gramong Juna (PBB) manakala N43 Ngemah (PRS) YB Alexander Vincent. YB Datuk Gramong Juna, menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tak mampu membawa pembangunan ke Sarawak memandangkan" Track Record" parti pakatan rakyat tak mampu membawa sebarang pembangunan di Selangor. Kita rakyat Sarawak yang masih dahagakan pembangunan terutamanya kawasan luar bandar harus terus memberi sokongan terhadap BN kerana hanya BN yang mampu membawa pembangunan secara berterusan sesuai dengan wawasan 2020 yang dilhamkan oleh Tun Dr Mahathir. YB Datuk Gramong Juna mengharapkan agar semua ahli PBB memberikan yang terbaik untuk calon BN Datuk Aaron bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN sekali gus memberi mandat kepada Dato Seri Najib untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Datuk Aaron, menggelar Dato Seri Najib sebagai "Father of Rural Development" berikutan program GTP,ETP yang dilaksanakan oleh beliau menjurus kepada bantuan penduduk luar bandar. Ketika ini, BN giat menyediakan kemudahan asas seperti air bersih, jalan dan elektrik bagi memastikan wawasan 2020 dapat di capai. Datuk Aaron optimis bahawa, sekiranya Dato Seri Najib diberikan mandat sekali lagi untuk mentadbir negara, wawasan 2020 pasti akan tercapai. Tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya pakatan rakyat yang mengambil alih pucuk pimpinan negara kerana selama ini mereka gagal dalam mentadbir urus negeri yang di bawah pentadbiran pakatan rakyat. Datuk Aaron juga menyatakan bahawa politik di kanowit mencapai satu lagi tahap kematangan dalam berpolitik apabila Datuk Gramong Juna dan Datuk Aaron silih berganti pandangan dan sedia membantu sesema mereka bagi memastikan pembangunan di Kanowit terus diperhebatkan. Mereka juga siap sedia berkerjasama sesama mereka dan melupakan persengketaan yang berlarutan selama 15 Tahun. Admin pasti, antara yang pasti berasa lega adalah rakyat kanowit sendiri berikutan berakhirnya persengketaan di antara dua tokoh politik ini.

Berikutan perpaduan yang terjalin di antara dua tokoh politik ini, parti pakatan rakyat PKR Kanowit keresahan berikutan strategi mereka untuk melaga-laga penyokong BN PRS dan BN PBB tidak kesampaian kerana sifat perpaduan BN termaterai malam tadi sekali gus memperkasakan barisan hadapan BN untuk mempertahankan P210 Kanowit.

Admin mengucapkan syabas kepada Datuk Gramong Juna dan Datuk Aaron Dagang. Admin percaya BN pasti akan menang pada PRU13 ini.

Misi mempertahankan P210 Kanowit


Ketibaan YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Anak Numpang.

Ketibaan YAB Datuk Patinggi di sambut baik oleh penduduk sekitar pekan Machan. Turut hadir pada majlis tersebut adalah calon P210 Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, YB Gramong Juna ADUN N44 Machan, YB Alexander Vincent N43 Ngemah dan setiausaha kepada ketua menteri Sarawak Encik Maurice Giri.

Dalam ucapan YB Datuk Gramong Juna, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu kerana sudi menjenguk kawasan P210 Kanowit dan N44 Machan amnya. YB Datuk Gramong juga, memberitahu bahawa inilah masanya semua komponen parti BN untuk bersatu padu dan jangan ada yang menyimpang atau pun cuba melakukan sabotaj kepada parti BN kerana parti BN merupakan sebuah parti yang kuat di P210 Kanowit. Selama 5 tahun ini kerajaan BN telah melakukan yang terbaik di bawah kepimpinan YAB PM Dato Seri Najib. Ini terbukti dengan banyak pembangunan projek infrastruktur tengah hebat dilakukan seperti kemudahan asas jalan raya, air bersih dan elektrik. YB Datuk Gramong juga menyeru kepada rakyat Machan supaya terus memberikan mandat kepada Dato Seri Najib untuk terus menjadi Perdana Menteri bagi meneruskan kesinambungan
pembangunan di kawasan luar bandar.

Dalam ucapan calon P210 Kanowit Datuk Aaron, beliau menyifatkan tuduhan dan tomahan pakatan rakyat bahawa kerajaan BN melakukan perampasan tanah adat bumiputera adalah satu tuduhan yang nakal, kerana ini terbukti bahawa ada segelintir ahli pakatan rakyat sendiri yang melakukan perampasan tanah kampung namun begitu kegiatan tersebut dapat di kesan oleh penduduk kampung tersebut. Datuk Aaron juga, menyifatkan bahawa pakatan rakyat hanyalah pandai berjanji tetapi mereka gagal perlaksanaan dan ini terbukti apabila ramai golongan ibu tunggal di Selangor menyaman Menteri Besar Negeri Selangor yang mana di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Anak Numpang timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata, jangan musnahkan pembangunan yang sedia ada yang kian giat dilakukan oleh kerajaan BN pusat maupun kerajaan negeri. Jadikanlah Negeri Selangor sebagai panduan di mana apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, banyak projek yang telah dirancangkan oleh kerajaan BN sebelumnya tidak diteruskan oleh Pakatan Rakyat. Antara lainnya adalah projek Langat 2 yang mana sekarang ini negeri Selangor kini mengalami krisis kekurangan air bersih yang amat teruk. Oleh itu, janganlah kita membuang masa untuk cuba mengubah maupun mencuba sesuatu yang sudah pasti tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat. Selama ini sudah cukup terbukti bahawa kerajaan BN mampu melakukan yang terbaik untuk memenuhi segala keperluan rakyat. Parti Barisan Nasional amat peka kepada setiap permasalahan rakyat yang mana berbeza dengan parti yang mengunakan lambang mata satu (PKR) dan beliau sempat membuat lawak bahawa parti tersebut adalah parti hantu yang mana tidak mampu melihat kesulitan rakyat dengan hanya satu mata saja. Beliau juga menyifatkan bahawa PKR adalah parti keluarga di mana PKR menyenaraikan 4 orang dari keluarganya bertanding pada PRU ini, DAP pula anak beranak Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, Kaparl Sing dan anaknya juga turut bertanding pada PRU ini dan PAS, Nik Aziz dan anaknya. Beliau menggelar Parti Pakatan adalah parti yang tamak kuasa (Penyokong yang hadir turut bersetuju dengan menyatakan Pakatan adalah "amu, bam kuasa" ).

Sebelum majlis bersurai semua penyokong melaungkan kata keramat Dato Seri Najib.

1 Malaysia!
Hidup Barisan!
Undi Barisan!


Sunday, 28 April 2013

RAPATKAN BARISAN PRS PBB BERSATU!!


Perpaduan dikalangan parti kompenen BN adalah satu kekuatan yang tak boleh ditandingi oleh mana-mana parti di Malaysia. Pengerusi PBB Belaga Encik Michael Mujah,Ketua Pemuda PBB Belaga Encik Henry Kilah dan Ketua-ketua masyarakat yang diketuai oleh Maren Uma Donny Dian Talek menyatakan untuk memberikan sokongan penuh kepada calon P216 Hulu Rajang Encik Wilson Ugak. Perpaduan antara dua parti komponen PBB dan PRS ternyata terserlah dan pasti meyentak parti lawan PKR yang berpengkalan di Kampung yang sama.   Menurut maren uma encik Donny Dian Talek, kewujudan pengkalan PKR di kampung nya ternyata membuatkan mereka bekerja dengan lebih keras lagi dan kunjungan calon ke kampungnya semalam pasti menjadi tamparan yang hebat memandangkan semua maren uma ASAP turut turun menghadiri majlis semalam bagi menyatakan bahawa kekuatan BN adalah terletak pada perpaduan komponen parti. Keadaan ini pasti mengelisahkan parti lawan yang mana hasil risikan sebelum ini, PKR telah terbahagi kepada dua kumpulan dan ada segelintir penyokong tegar PKR mulai bersama BN berikutan kegagalan Abun Sui Anyit dalam mengawal penyokong tegarnya. Admin akan mengeluarkan episod pengakuan seorang pengikut tegar Abun Sui yang telah diabaikan oleh beliau dan membuka ruang kepada beliau kembali kepada BN.

Dalam Ucapan Wilson Ugak, beliau menceritakan bahawa beliau telah berkerja keras bagi memastikan kemenangan Datuk Billy Abit Joo semenjak tahun 1995 sehingga 2008.  Wilson Ugak seorang yang mempunyai prinsip politik yang teguh walaupun suatu ketika beliau terpaksa berdepan dengan saudara sendiri masa pilihanraya. Datuk Justin Jenggut merupakan calon BN dan merupakan saudara dekat kepada Wilson Ugak, namun demikian kerana prinsip yang dipegang oleh Wilson Ugak, beliau terus berdiri teguh di belakang Datuk Billy Abit Joo bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Datuk Billy Abit Joo. Wilson Ugak, meminta agar penyokong, saudara mara Datuk Billy Abit Joo turut membantu beliau semasa PRU13 ini bagi memastikan kemenangan berpihak kepada beliau.

Kita harus mengundi dan menyokong Wilson Ugak kerana beliau merupakan antara yang terbaik untuk P216 Hulu Rajang.

WILSON UGAK CALON YANG TERBAIK UNTUK P216 HULU RAJANG


Sesuatu yang tak perlu dipertikaikan mana-mana pihak lagi bahawa Wilson Ugak adalah calon yang terbaik untuk P216 Hulu Rajang. Hari ini Wilson Ugak pergi rumah panjang Uma Sambop yang mempunyai penduduk sekitar 200 orang.

Apa yang membuat admin berasa bangga dengan calon adalah kerana beliau begitu berasa rendah diri setiap kali berucap dan beliau tak pernah membuat serangan peribadi kepada parti pakatan yang mana pakatan lebih terjurus kepada serangan peribadi setiap kali mengadakan kempen.


Satu nilai yang tak mungkin ada pada calon yang lainnya, maupun BN. Wilson Ugak begitu pemurah hati apabila dengan rela memberikan sumbangan sebanyak RM2000 kepada gereja kampung sambop. Tak semua calon yang mampu melakukan hal sedemikian kerana beliau menggunakan wang sendiri bagi membantu orang yang memerlukan. Nilai-nilai murni sebegini seharusnya diterapkan kepada mana-mana pemimpin kelak. Berbeza dengan pemimpin Pakatan yang meminta wang rakyat bagi membantu dalam pergerakan politik mereka. Wahal, Wilson Ugak belum menjadi YB lagi pun sanggup mengeluarkan wang sendiri bagi membantu orang yang memerlukan. Admin difahamkan ini bukan kali yang pertama Wilson Ugak mengeluarkan wang sendiri bagi membantu rakyat yang memerlukan. Admin seru kepada rakyat P216 Hulu Rajang, janganlah pandang kiri dan kanan lagi..inilah calon yang paling sesuai untuk menerajui Hulu Rajang. Ingat! pada 5 Mei nanti pangkah calon kita Wilson Ugak (BN) kerana dia pendengar yang baik untuk rakyat.

Saturday, 27 April 2013

BN TERUS MENALUKI DAERAH ASAP P216 HULU RAJANG


Pergerakan wanita PRS dan Pemuda PRS terus bergabung dalam misi menaluki daerah Asap P216. Kerjasama yang baik di antara komponen parti BN yang lainnya membuahkan hasil apabila setiap kempen yang dilakukan oleh GELOMBANG BIRU mendapat sambutan yang luar biasa.

Penyokong yang hadir dianggarkan melebihi 200 orang. Dalam ucapan Exco Pemuda PRS, Bit Surang, beliau membuat perbandingan di antara manifesto pembangkang "Manifesto Bukan Janji" dan manifesto BN "Aku Janji". Antara lain, manifesto BN Aku Janji adalah pendidikan. Encik Bit Surang, menegaskan bahawa kepentingan pendidikan kepada masyarkat orang ulu bagi menaik taraf kehidupan sesebuah keluarga. Bagi memastikan rancangan pendidikan berjaya BN berjanji akan terus memberikan baucer buku 1Malaysia bagi meringgankan beban ibu bapa.

Di dalam ucapan Pemancha Tony Kuleh, beliau ingin rakyat daerah Asap mengimbau kembali semenjak mereka ditempatkan semula pada tahun 2000 berikutan pembinaan empangan bakun. Kerajaan yang diterajui oleh Dato Seri Najib telah mengumumkan bahawa rakyat daerah Asap tak perlu membayar balik rumah yamg telah di bina oleh kerajaan BN. Penempatan baru ini jauh lebih selesa bahkan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti jalan, air dan elektrik. Bahkan kerajaan BN telah membina sebuah sekolah baharu SMK Bakun buat penduduk daerah Asap. Menurut Pemancha Tony Kuleh, hanya BN mampu memberikan pembangunan secara berterusan. Pemancha Tony, menyeru rakyatnya akan terus memberi sokongan kepada Dato Seri Najib untuk menjadi Perdana Menteri.


Friday, 26 April 2013

MAJLIS PERASMIAN BILIK OPERASI UMA KELEP


Ketibaan Tan Sri Dr James Jemut Masing di Uma Kelep, Asap Belaga telah di sambut kira-kira 5 Ribu penduduk setempat. Ketibaan beliau di sambut dengan cara tradisional kaum tempatan dengan melakukan "Parap".

Tan Sri Dr James telah menyempurnakan majlis perasmian bilik gerakan operasi Uma Kelep. Turut hadir majlis tersebut, YB Liwan Lagang, calon baru P216 Wilson Ugak Kumbong, ketua masyarakat dan penyokong BN.

Dalam ucapan YB Tan Sri Dr James berkata, beliau memohon agar penduduk ASAP menyokong calon baru P216 Wilson Ugak Kumbong kerana sepanjang 25 Tahun, penduduk Balleh tidak berbelah bagi menyokong Datuk Billy Abit Joo dalam memastikan kemenangan berpihak kepada BN. YB Tan Sri Dr James juga menasihatkan supaya tiada kumpulan Datuk Billy, Ugak maupun YB Liwan tetapi mereka harus berkerjasama bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN. Beliau menyeru, agar merapatkan barisan kerana PRU13 merupakan satu ujian yang gentir buat BN.

Melalui tinjauan Admin, pergerakan BN di ASAP berada dilandasan yang betul dalam mempertahankan P216. Ahli-ahli parti PBB,SPDP dan PRS menyatakan bahawa mereka bersiap sedia untuk mempertahankan P216 Hulu Rajang.

Hidup BN!




Monday, 22 April 2013

PENAMAAN CALON P216

Admin membuat tinjauan di Pejabat PRS Kapit, penyokong PRS memenuhi perkarangan pejabat seawal pukul 7 lagi bagi memberikan sokongan kepada calon baru P216 En Wilson Ugak Kumbong. Dianggarkan seramai 4 ribu lebih penyokong telah datang untuk memberikan sokongan kepada calon baru Wilson Ugak Kumbong.




Penyokong memulakan perarakan dari pejabat PRS pada pukul 8 menuju ke dewan syuarah Kapit bagi penamaan calon. Perarakan tersebut turut disertai oleh Presiden Parti Tan Sri Dr James Jemut Masing, YB Liwan Lagang dan Bekas MP Hulu Rejang Datuk Billy Abit Joo. Semua penyokong rasa terharu dengan tindakan Datuk Billy Abit Joo yang bersikap begitu professional dengan kesanggupan beliau mengiringi calon bagi penamaan calon. Malahan Datuk Billy dengan bersemanggat sekali memberi sokongan kepada calon BN bagi memastikan kemenangan berpihak  kepada BN sekaligus memberi mandat kepada Dato Seri Najib bagi meneruskan pentadbiran negara di Putrajaya.

Kedatangan Datuk Billy Abit ternyata menyentak parti lawan yang nyata menjangkan keretakan parti berlaku berikutan penamaan calon baru bagi P216 Hulu Rajang. Keakraban pemimpin PRS menjadikan tamparan yang hebat kepada parti lawan sekali gus menyukarkan mereka untuk memenangi Hulu Rajang.









Friday, 19 April 2013

Politik Matang Dayak





Upacara miring dilakukan di Nanga Bawai Baleh sempena calon baru PRS Wilson Ugak menyimpan seribu satu erti kematangan politik dayak masa kini. Satu sejarah, satu lembaran baru untuk Parti Rakyat Sarawak telah tercatit di Nanga Bawai yang dihadiri oleh 2 ribu lebih penyokong. Kedatangan penyokong telah di sambut baik dan penuh adat tradisonal masyarakat Dayak.

Tan Sri Dr James Jemut selaku Presiden parti turut hadir dan ditemani oleh YB Liwan Lagang. Semasa upacara sedang dilakukan, penduduk dikejutkan dengan kehadiran bekas MP Hulu Rejang Datuk Billy Abit. Kehadiran Datuk Billy yang turut memberikan sokongan kepada calon baru membuatkan semua penyokong yang hadir turut beremosi dan terharu dengan tindakan Datuk Billy yang menyatakan beliau turut memberikan sokongan penuh kepada calon baru bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

Semasa Datuk Billy membuat ucapan, beliau menyatakan bahawa selama ini, beliau menjalankan tugas beliau bagi memberikan peruntukan kepada rakyat. Beliau juga mengakui beliau turut melobi untuk terus dicalonkan, namun demikian beliau akur dengan pilihan dan keputusan pucuk pimpinan BN untuk meletakan muka baru di Hulu Rejang. Beliau menerima dengan sepenuh hati dan turut memberikan sokongan kepada calon baru. Di saat beliau menyatakan sokongan kepada calon baru, seluruh penyokong yang hadir memberikan tepukan yang gemuruh dan tak keterlaluan juga, ada yang turut menitiskan air mata kerana begitu terharu dengan tindakan Datuk Billy.

YB Liwan juga melalui ucapan beliau turut menyatakan perasaan terharu dengan tindakan Datuk Billy selain menyifatkan beliau adalah pemimpin terulung kerana tak semua pemimpin mampu melakukan seperti beliau lakukan. YB Liwan menyeru kepada semua penyokong untuk mengikut jejak pemimpin mereka yang melakukan sesuatu perkara dengan matang. YB Liwan, menyeru semua penyokong terus teguh bersama parti dan jangan ada kumpulan Datuk Billy dan kumpulan Wilson Ugak kerana kedua-dua mereka sekarang mampu duduk bersama bagi memastikan kemenangan kepada BN. Ini adalah saat yang paling genting kepada BN dan saat ini juga parti memerlukan semua penyokong BN terus bersatu dan bersama dalam menempuhi segala cabaran PRU13. Dengan izin Tuhan, PRS mampu mempertahankan kesemua kawasan PRS sekiranya semua penyokong parti terus bersatu.

YB Tan Sri Dr James Jemut Masing yang juga turut hadir, melalui ucapan beliau menyatakan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Billy Abit Joo atas sokongan beliau kepada calon baru Wilson Ugak. Beliau turut terharu dengan keputusan beliau yang nyata menunjukan contoh yang baik kepada penyokong sekali gus membuktikan bahawa kenyataan Hadi Awang (PAS) sebelum ini semasa pilihanraya kecil di Batang Ai yang menyatakan Dayak masih pakai cawat. Tan Sri James, menyatakan bahawa Dayak telah mencapai tahap politik yang matang dan pasti membuka mata masyarakat luar bahawa PRS adalah antara parti politik Dayak yang matang. Tan Sri juga menyatakan bahawa bukan senang untuk menadatangani persetujuan untuk menukar Datuk Billt kepaa muka baru apatah lagi mereka telah lama berkawan semenjak di bangku sejolah lagi pada tahun 1958. Namun demikian selaku presiden parti beliau terpaksa membuat keputusan dan beliau berharap bahawa beliau tak akan melalui pengalaman tersebut lagi kerana itu merupakan sesuatu yang sukar untuk membuat keputusan. Dengan ini, Tan Sri juga mengambil iktibar dan contoh yang terbaik dilakukan oleh Datuk Billy supaya beliau terut melakukan perkara yang sama sekiranya beliau tidak dicalonkan pada masa depan.

Satu sejarah, satu lembaran baru tercipta di Nanga Bawai untuk Partu Rakyat Sarawak.


Thursday, 12 July 2012

Judat bercakap mengenai kebenaran , Mawan tak mampu bertindak

Judat pernah mengeluarkan kenyataan dan pendirian beliau berhubung perbalahan beliau dengan Datuk Joseph Salang punca beliau akan keluar Parti SPDP. Judat menegaskan bahawa Judat akan bertanding di Julau tanpa memberitahu melalui tiket SWP atau sebaliknya, sekiranya PRS mencalonkan Datuk Joseph Salang bagi mempertahankan kerusi Julau. Namun demikian, Judat menegaskan dia tidak menentang PRS,SPDP mahupun BN kerana dia hanya menentang pencalonan Datuk Joseph Salang.
http://www.theborneopost.com/2012/07/12/mawan-wong-to-meet-in-a-weeks-time-over-issue/


Sebagai seorang yang bijak, kita mampu menilai kenyataan yang dikeluarkan oleh Judat merupakan satu kenyataan yang tidak konsisten dan cuba memutar-belitkan keadaan yang sebenarnya. Apakah Judat menentang pencalonan Datuk Joseph Salang atau Judat mempunyai niat untuk menyertai SWP yang diketuai oleh Larry Sng dan Datuk Sng yang banyak memberi sogokan wang terhadap rakyat untuk meraih undi. Matak Kayau juga difahamkan, bahawa Judat menerima sebuah kereta mewah dari Datuk Sng bagi membolehkan Judat membantu SWP untuk berkempen bagi pihak SWP untuk meraih undi dari kaum Dayak khasnya.

Matak Kayau juga mendapat tahu bahawa Judat telah menyertai SWP berkempen di Lubuk Antu hujung minggu lepas. Semasa kempen tersebut, Judat telah memburukan MP Lubuk Antu yang disandang oleh YB William Nyallau. Apakah ini yang diperkatakan oleh Judat bahawa dia menentang pencalonan Datuk Joseph Salang saja, tapi yang berlaku disebaliknya dimana dia cuba memburuk-burukan nama pemimpin PRS untuk meraih undi dayak di Lubuk Antu.

Maka tak hairanlah sedikit masa lagi, Judat akan memburukan pemimpin PRS yang lainnya pula. Ini adalah kerana penubuhan SWP adalah berdasarkan dendam kesumat di antara keluarga Sng yang mana Larry Sng telah di pecat dari PRS berikutan cubaannya untuk menyingkirkan Presiden Tan Sri Dr James Masing.

Persoalannya sekarang terarah kepada Presiden SPDP William Mawan Ikom yang ternyata tak mampu melakukan apa-apa terhadap Judat yang ternyata kebal. Kredibiliti Mawan masa kini tercalar kerana sebagai seorang Presiden parti, dia seharusnya mampu memperbetulkan keadaan. Keadaan ini berlarutan tanpa ada tindakan dari Presiden SPDP yang menampakkan kelemahan dia sebagai seorang pemimpin dan seorang Presiden parti. Rakyat sekarang sudah membuat spekulasi sendiri, yang mana rakyat tidak hairan kenapa G5 bertindak keluar parti. Ini adalah kerana kelemahan yang dimiliki oleh seorang Presiden parti yang ternyata tak mampu menguruskan parti dan tidak mampu membuat keputusan bagi membetulkan keadaan. Apakah ini titik tolak perpecahan SPDP akan berlaku dan kemungkinan SPDP akan hancur dek kelemahan Presiden Parti itu sendiri.

Desas-desus mengatakan bahawa Presiden SPDP tak mampu membuat keputusan kerana dipengaruhi oleh individu yang menaja atau "banker" kepada pengerakan parti SPDP. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan pengikut dayak keluar dari SPDP.

Sebagai seorang Presiden Parti, Wlliam Mawan harus mampu mengawal YB-YB yang bernaung di bawah parti itu sendiri.
Kemusnahan SPDP akan bermula sekiranya, Presiden SPDP terus gagal dalam mengawal YB-YB parti itu. 




Monday, 23 April 2012

Who behind SWP ?

NEW PARTY IN SARAWAK. 

 

We have just learn that a new party was registered in Sarawak called the Sarawak Worker Party. Actually, even before this party registration was announced  the promoter of this party was already working on the ground as early as late 2011 and was confident that the party will be registered.
What bothered me most is that the Registrar of Societies IS NOT consistent in carrying out its work. There are so many application to register a political party that is outstanding that give me the perception that ROS is a political stooge of the BN. Why did the ROS allow itself to be held in such low profile by BN by acting as its political tool?
The hand that Taib played
It is very clear that Taib has a direct hand in the formation of this new party. Let us not dwell with SWP but more on the speculation behind the role of this party in the coming election. SWP has made it clear that it will contest in PRS seats but why?It has something to do with what is happening to the other three parties in Sarawak viz SUPP, SPDP and PRS and also the emergence of Pakatan Rakyat.
After the last state election PR emerged as a strong political force through the defeat of SPDP and SUPP. In the process PRS came out stronger losing Pelagus only and that has to do with an earlier political problems inside PRS with the eventual dismissal of Larry Sng.
What does this mean to Taib?
Taib cannot tolerate the emergence of a Dayak based party like PRS. Now PRS is the second largest party in BN. Taib wanted to see PRS destroyed. Taib has no fear in doing so because PBB is strong without PRS, SPDP and SUPP. Also it is impossible for the 3 BN component party to leave and join the PR because their agenda is so different and also the purse string of many individual YB is directly under Taib control.
For now Taib cannot appoint an additional Deputy Chief Minister because that would rightfully go to Dr. James Jemut Masing. SUPP Wong SK and Tan Sri William has bee n weaken by the G5. Since Tan Sri Jabu is a known quantity of being not a Chief Minister quality in the event that Taib dies in Office, other BN component have no choice but to support Dr. James to be the next Chief Minister, if he is made a Deputy Chief Ministernow. To put PBB in such a position and surrender a Muslim rule in Sarawak is totally not acceptable to Taib and UMNO. The move now is to weaken PRS and SPDP is now already weak.
The only party that remain strong is PBB and therefor PBB can dictate political play and influence. Who is PBB? It is UMNO proxy as Taib do not like to see UMNO coming in person to Sarawak.
Who is the best person to weaken PRS?
This is the logical answer and that is Datuk Sng. He has the motives to avenge his son’s dismissal from PRS and thus have to sacrifice his Ministerial position. The face saving cabinet level appointment given by Taib to Larry as Youth Adviser to the State Government is not as sweet as to be in the cabinet.
Now SWP is targeting PRS Parliamentary seats and where does the money come from? There are many sources from where the money come from and not limited to Datuk Sng own resources but from relative and powerful political friends that has the interest to see a weaken PRS.
Therefor the act of “wanting to be called the BOSS” is simply premature and not in line with democratic practices. It will become clear from now that Dr. James may not want to say too much against SWP. If he says too much he will be punished more by his “boss” because he has sold his soul and dream to BN. Where will Dr James and Entulu stand politically if they are to leave BN? No way at all.
In the coming State election SWP will gun down on PRS State seats and Dr. James life would never be easy being “The BOSS”.
Conclusion
For Dayak, especially those who are still supporting BN you may need to review your position knowing very well that Taib is not in favor of seeing a strong Dayak based party. Please join one of PR party and you will not regret your decision because PR has a better plan for Sarawakian and to develop Sarawak through an increase oil and gas royalty of 20%.
Ubah meh for the sake of Malaysia future.
source artical : Dayakbaru.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...