Showing posts with label Tan Sri Mawan Ikom. Show all posts
Showing posts with label Tan Sri Mawan Ikom. Show all posts

Saturday, 24 August 2013

APAKAH PERMAINAN POLITIK ROS DAN NAJIB


Admin agak hairan dan pelik melihat akan tindakan R.O.S yang meluluskan pendaftaran PBDS Baru. Kenapa admin merasa pelik?

Sebelumnya, ROS telah meluluskan Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang mana terang-terangan menentang Parti Rakyat Sarawak yang boleh dilabelkan sebagai "Dayak Base Party". Apakah muslihat yang sedang di rancang oleh ROS? Apakah ROS mempunyai agenda yang tersembunyi melalui pengaruh " Tangan Ghaib" bagi tujuan untuk menjatuhkan PRS. Kenapa PRS kini seakan-akan menjadi sasaran politik kotor. Apakah ini kerana PRS yang tampak begitu utuh dan unggul pada PRN dan PRU yang lepas? Tatkala, SPDP dan SUPP mengalami kemelut dalaman yang agak kritikal. Apakah PRS akan kekal terus unggul sepertimana mereka mengecewakan SWP pada PRU13 yang lepas? Apakah kerana kegagalan SWP untuk mengalahkan PRS pada PRU13 yang lepas, ROS mula mengatur strategi yang baru dengan meluluskan PBDS Baru yang mana kemungkinan PBDS Baru dan PRS akan bertembung pada PRN yang akan datang. PBDS Baru dan PRS mempunyai identiti yang hampir sama yang mana memperjuangkan Dayak.

ROS seakan-akan memperkotak-katikan politik Dayak dengan beranggapan bahawa politik dayak amat senang dipermainkan. Persoalannya sekarang, apakah PBDS Baru akan memberi impak kepada landskap politik Dayak secara keseluruhan? Apakah pemimpin-pemimpin Dayak yang berkampung di Parti Keadilan Rakyat akan menyertai PBDS Baru. Sekiranya perkara ini berlaku, bermakna PKR Sarawak akan dibubarkan dan memberi ruang kepada PBDS Baru.

Sejauh mana PRS mampu bertahan? Sejauh mana kehebatan PRS dalam mempertahankan kawasan yang dimenangi pada PRN10 yang lepas? Sekiranya, PRS, SPDP dan SUPP tak mampu bertahan, ini bermakna Sarawak hanya diwakili oleh parti PBB sahaja.

Apakah permainan ROS dan Najib?


Wednesday, 31 July 2013

BERTENANGLAH MAWAN JANGAN MARAH-MARAH

Tan Sri Mawan seakan-akan seperti cacing terkena panas dengan mengeluarkan kenyataan yang agak marah membalas kenyataan Tan Sri James Masing untuk membuka pintu PRS buat G5 masuk PRS.

Mawan tak perlu mengelabah sebegini dan banyak-banyakan bersabar dan professional dalam mengendalikan permasalahan.



Masihkah kau (Mawan) Ingat?

Ketika PRS mengalami kemelut selepas PBDS dibatalkan oleh ROS, Mawan telah mengambil Datuk Aaron untuk bersama SPDP. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mawan adalah " adalah lebih baik Datuk Aaron bersama parti BN (SPDP) daripada bersama pembangkang".

Apa yang berlaku hari ini, adalah situasi yang sama. Di mana Tan Sri James menawarkan G5 untuk bersama PRS daripada mereka bersama pembangkang. Mereka merupakan barisan kabinet dan adalah satu kerugian sekiranya mereka mengikut ataupun bersama pembangkang.

Admin nasihatkan Mawan supaya lebih bertenang dalam mengendalikan setiap kenyataan yang ingin dikeluarkan.

Kenyataan yang pernah Mawan keluarkan suatu ketika PRS dalam kesulitan kini Mawan kena jilat balik. Perbetulkan masalah parti kamu dulu.


Monday, 20 May 2013

DATUK DR RUNDI KEGELISAHAN


Admin  malas nak mengulas panjang mengenai kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Datuk Stephen Rundi melalui Borneo Post berkenaan dengan isu penolakan tawaran Timbalan Menteri Pelancongan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri oleh YAB Dato Seri Najib kepada Parti Rakyat Sarawak.

Datuk Dr Stephen Rundi dikenali sebagai seorang yang tegas malahan admin pernah menjadikan beliau sebagai mentor dek kerana kelantangan suara beliau membela hak orang Dayak. Tapi semua itu berubah pada hari ini, seorang yang lantang bersuara dan seorang yang mempunyai prinsip yang kental selama ini bertukar wajah apabila beliau mengeluarkan kenyataan yang tidak konsisten terhadap orang Dayak.

Maaf Datuk, di sini admin ingin tegaskan bahawa kelantangan Datuk bersuara seharusnya dipergunakan untuk membantu parti seperti PRS dan SPDP yang rata-rata mewakili kaum Dayak. Tak apa kalau orang lain yang memperkecilkan hak orang Dayak tapi jangan Datuk juga turut sama menidakkan hak yang sepatutnya Dayak dapat.

Saya percaya Datuk mengeluarkan kenyataan tersebut adalah kerana Datuk di pihak yang berpuas hati dengan perlantikan yang diumumkan oleh YAB Dato Seri Najib. Namun, admin juga percaya, sekiranya Datuk salah seorang dari PRS maupun SPDP, Datuklah orang yang pertama akan mengeluarkan kenyataan tak puas hati atas tawaran tersebut. Datuk jangan mengadai, memperjudikan prinsip Datuk selama ini hanya kerana untuk menjaga hati seseorang. Admin ingin bertanya beberapa soalan kepada Datuk.

Apakah PRS maupun SPDP tak layak menerima jawatan yang lebih penting kerana PRS dan SPDP berjaya mengekalkan keputusan 100% pada PRU13 yang lepas ?

Sekiranya PRS dan SPDP tak layak, tolong nyatakan kenapa? Apakah kenaran kedua-dua parti ini hanyalah parti yang kecil?

Apakah 10 kerusi itu terlalu kecil bagi kamu, manakala 1 kerusi SUPP tu lebih besar angkanya dari 10?

Saya percaya Datuk mempunyai matematik yang baik dan saya percaya Datuk seorang yang bijak.

Admin berharapkan, Datuk meletakan diri pada situasi PRS dan SPDP terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Berikut merupakan "sms" yang admin terima dari seorang pemuda PRS, semoga Datuk faham.


Salam 1Malaysia!



PANAS! TAIB, SAYA TAK TERLIBAT JANGAN BABITKAN NAMA SAYA


Menurut laporan dan pengesahan bahawa Ketua Menteri Sarawak tak masuk campur dalam menentukan barisan kabinet yang baru diumumkan oleh YAB Dato Seri Najib.

Apakah ini menunjukan bahawa Dato Seri Najib yang sengaja meminggirkan dua parti politik dari Sarawak , PRS dan SPDP?

Semua persoalan ini bakal terjawab dalam beberapa hari lagi.

Thursday, 16 May 2013

MILIK SIAPAKAH TANGAN INI ?



Apakah "Tangan Ghaib" ini turut memainkan peranan dalam menentukan barisan senarai nama kabinet yang baru diumumkan Najib semalam. "Tangan Ghaib" ini seakan-akan mempunyai agendanya tersendiri apabila Parti Rakyat Sarawak dan SPDP secara terus-terusan di uji dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

Secara amnya, politik Dayak kini kian teruji semenjak kemusnahan Parti PBDS dulunya yang di pimpin oleh Tan Sri Leo Moggie. Kemusnahan PBDS juga dikaitkan dengan kejadian "Tangan Ghaib" yang menyebabkan berlakunya TSUNAMI politik katak. Kehancuran parti Dayak PBDS ini tak akan lupus dari ingatan kaum Dayak yang mana kian hari, saban hari penglibatan "Tangan Ghaib" berlaku dalam memastikan politik Dayak dihapuskan.

Penglibatan "Tangan Ghaib" tak berhenti setakat itu saja, malahan selepas penubuhan Parti Rakyat Sarawak dan SPDP yang mana serpihan dari pecahan PBDS dahulu turut kelihatan. Keadaan ini pertama kalinya teruji apabila Parti Rakyat Sarawak di uji ketika berlakunya krisis dua presiden. Namun demikian, Parti Rakyat Sarawak yang diterajui oleh Tan Sri Dr James Jemut Masing masih mampu berdiri sehingga ke hari ini berikutan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin yang berada di PRS dan memecat Larry Sng dan pengikutnya, berikutan cubaan mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dr James Jemut Masing dan pengikutnya.

SPDP juga tak ketinggalan dalam ujian si "Tangan Ghaib" apabila parti SPDP mengalami krisis dalaman yang mana menyaksikan 5 orang pemimpin keluar parti dan mengangap mereka "BN5 Club". Kebijaksanaan Tan Sri William Mawan diperlukan dalam menangani permasalahan yang juga dikaitkan dengan si "Tangan Ghaib" bagi tujuan melemahkan parti SPDP sekali gus dengan berniat menghapuskan parti tersebut. Spekulasi demi spekulasi ditimbulkan bagi melaga-lagakan kedua-dua parti PRS dan SPDP supaya perpecahan politik Dayak terus berlaku namun, hasil dari kesabaran dan pengelaman Tan Sri Dr James Jemut dan Tan Sri William Mawan terus mendiamkan diri kerana mereka tahu semua itu tidak akan mendatangkan faedah kepada malahan memungkinkan perpecahan parti seperti yang didambakan oleh si "Tangan Ghaib".

Sekali lagi, PRS teruji apabila Sarawak Worker Parti telah didaftarkan oleh ROS di saat PRU13 bakal menjelang. SWP yang diterajui oleh Larry Sng telah bertanding di 6 kerusi yang ditandingi oleh PRS. Persoalan demi persoalan terus mendatang, kenapa pendaftaran SWP begitu senang dilakukan wahal banyak lagi parti dayak yang lainnya telah memohon tetapi belum lagi diluluskan oleh ROS.Namun demikian, PRS terus gagahi bagi memastikan kesemua 6 kerusi ditandingi tidak jatuh ke tangan SWP. Melalui risikan dan pertanyaan, admin mendapat tahu bahawa ada penglibatan si "Tangan Ghaib" dalam memastikan SWP didaftarkan oleh ROS.

Selepas selesai PRU13, SPDP dan PRS terus berjaya dalam mengekalkan 10 kerusi yang ditandingi oleh kedua-dua parti. Paling manis apabila PRS mampu menafikan SWP dan 2 kerusi yang ditandingi oleh SWP kehilangan deposit. Manakala SPDP terpaksa mencalonkan Presdennya Tan Sri William Mawan bagi memastikan kerusi Saratok terus menjadi milik SPDP. Apa yang amat mengecewakan, semasa pengumuman senarai nama kabinet yang di lantik, hanya 1 Menteri dan 1 Timbalan Menteri telah diberikan kepada PRS manakala tiada slot bagi SPDP. Kedua-dua parti telah berkerja keras bagi memastikan kedua-dua parti menang 100% di kesemua kerusi yang ditandingi.

PERSOALANNYA SEKARANG, APAKAH SI "TANGAN GHAIB" TURUT TERLIBAT SAMA DALAM MEMASTIKAN SENARAI NAMA KABINET? 

SIAPAKAH SI "TANGAN GHAIB" INI? 

APAKAH POLITIK DAYAK AKAN TERUS DIHANTUI OLEH TANGAN GHAIB?

Wednesday, 15 May 2013

SENARAI NAMA KABINET BARU KERAJAAN MALAYSIA



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah mengumumkan Kabinet yang baru di pejabatnya di Putrajaya.
Barisan kabinet baru itu dijangka menyaksikan satu pasukan yang mampu menjana idea-idea baru untuk meneruskan agenda transformasi nasional yang dicetuskan Najib.
Menurut Perdana Menteri, barisan cabinet yang baru dilantik itu merupakan kabinet yang berimbang, campuran antara muka lama dan muka baru.

Senarai Rasmi Menteri Kabinet Baru 2013

Perdana Menteri  
Najib Tun Razak [kekal]

Timbalan Perdana Menteri 
Muhyiddin Yassin [kekal]

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 
Jamil Khir [kekal]
Abdul Wahid Omar [Senator]
Idris Jala [Senator]
Shahidan Kassim [Naik taraf]
Nancy Shukri
Joseph Entulu
Razali Ibrahim
Paul Low Seng Kwan (Senator)

TIMBALAN MENTERIdi JPM : Razali Ibrahim
WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (Senator)

Menteri Kewangan.
(1) MENTERI KEWANGAN I: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
(2) MENTERI KEWANGAN II: DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan Menteri Kewangan.
(3) DATUK AHMAD BIN MASLAN [naik taraf]

Menteri Pertahanan
Hishammuddin Hussien Onn [bertukar]
Timbalan : Rahim Bakri

Menteri Pertanian Industri Tani.
Ismail Sabri [bertukar portfolio]
Timbalan : Tajuddin Bin Abdul Rahman

Menteri Pengangkutan
Tiada.
Dipangku oleh Hishammuddin Hussien.
Timbalan : Aziz Kaprawi.

Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi [Gabungan 2 kementerian]
Muhyiddin Yassin [kekal]
Idris Jusoh ( II ) [baru]
Timbalan Menteri PPT : DATUK MARY YAP KAIN CHING [baru]
P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN [baru]
 
Menteri Dalam Negeri [KDN]
Zahid Hamidi [bertukar portfolio]
Timbalan : Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Nazri Aziz [Naik taraf]
Timbalan : Joseph Salang Anak Gandum

Menteri Luar Negeri
Anifah Aman [kekal]
Timbalan : Hamzah Bin Zainuddin

Menteri Kerja Raya 
Fadillah Yusof
Timbalan :Rosnah Binti Abdul Rashid

Menteri Kesihatan 
Subramanian
Timbalan : Hilmi Bin Yahya

Menteri Belia Dan Sukan 
Khairy Jamaluddin  [baru]
Timbalan : Datuk M.Saravanan

Menteri Sumber Manusia 
Datuk Richard Riot  [baru]
Timbalan : Ismail Bin Mutalib

Menteri Perdagangan Dan Industri [MITI]
Mustafa Mohammed [bertukar]
Timbalan : Hamim Bin Samuri 

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi 
Ewon Ibin
Timbalan : Abu Bakar Bin Mohd Diah

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar 
G. Palanivel
Timbalan : James Dawot Mamit

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air 
Maximus Ongkili [kekal]
Timbalan : Mahdzir Bin Khalid

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah 
Shafie Afdal [kekal]
Timbalan : Alexander Nanta Linggi

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi 
Douglas Unggah [baru]
Timbalan : Noriah Binti Kasnon

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Rohani Bin Abdul Karim
Timbalan : Azizah Binti Mohd Dun

Menteri Komunikasi Multimedia [ganti kementerian penerangan]
Ahmad Sabery Cheek [bertukar]
Timbalan : Jailani Bin Johari.

Menteri Wilayah Persekutuan
Adnan Tengku Mansor [naiktaraf]
Timbalan : DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (Senator)

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Abdul Rahman Dahlan
Timbalan : Halimah Bin Mohd Saddique

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Hasan Bin Malek
Timbalan : Ahmad Bashah Bin Mohd Hanipah

Ringkasan :
Perdana Menteri : 1 Jawatan
Timbalan Perdana Menteri : 1 Jawatan
Menteri : 30 jawatan [termasuk timbalan perdana menteri]
Timbalan Menteri : 27 jawatan.
Jumlah Jawatan : 57 jawatan.
Jumlah senator sedia ada : 1 orang
Jumlah senator yang akan dilantik : 5 orang. 2 menteri 3 timbalan menteri.
Jumlah backbenchers 82 orang.

Di Mana letaknya kepentingan PRS dan SPDP dalam line up yang diumumkan oleh Najib? 

Apakah Parti yang mewakili kaum Dayak akan terus dipinggirkan? 

Apakah Najib lupa bahawa 10 kerusi yang disumbangkan oleh PRS dan SPDP membuatkan dia berasa lega untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri? 

Najib, janganlah seperti kacang lupakan kulit! 


APA LAGI NAJIB MAU ?


Pengumuman barisan kabinet kerajaan baru yang dilakukan Najib petang semalam ternyata membuatkan rasa tidak puas hati dikalangan penyokong parti PRS dan SPDP. Sebelumnya, PRS memenangi 6 kerusi (100%) dan membaiki majoriti yang dimenangi. Manakala SPDP pula memenangi 4 kerusi (100%) walaupun ada penurunan majoriti.

Parti Rakyat Sarawak cuma mendapat dua slot di kabinet kerajaan baru yang diumumkan oleh Najib semalam. Datuk Joseph Entulu telah di lantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri sementara Datuk Joseph Salang di lantik menjadi Timbalan Menteri Pelancongan. Keadaan ini, sedikit sebanyak membuat rasa tak puas hati berlaku dikalangan penyokong PRS. Datuk Joseph Salang telah menolak perlantikan beliau manakala Datuk Joseph Entulu pada mulanya menolak tetapi akur untuk menerima jawatan tersebut selepas di pujuk.

Semalam Admin, memerhatikan tweeter Najib dihujani oleh tweet rasa tak puas hati dari penyokong PRS. Rata-rata semua mereka meluahkan rasa tak puas hati kerana sepatutnya, Najib memberikan jawatan yang lebih penting sekali gus dapat membantu rakyat di Sarawak khasnya. Tindakan Najib seolah-olah memperkecilkan, tak mengiktiraf sumbangan PRS ke atas kemenangan BN pada PRU13 yang lepas.

Paling menyedihkan adalah, SPDP langsung tak mempunyai wakil di kabinet yang diumumkan oleh Najib. SPDP juga turut menyumbangkan 4 kerusi. Namun tiada satu pun yang di pilih untuk menjadi wakil di kabinet baru kerajaan Najib!

Tak apa! mungkin 10 kerusi tak membawa makna buat Najib!!

APA LAGI NAJIB MAU ???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...