Showing posts with label Independent. Show all posts
Showing posts with label Independent. Show all posts

Thursday, 16 May 2013

MILIK SIAPAKAH TANGAN INI ?



Apakah "Tangan Ghaib" ini turut memainkan peranan dalam menentukan barisan senarai nama kabinet yang baru diumumkan Najib semalam. "Tangan Ghaib" ini seakan-akan mempunyai agendanya tersendiri apabila Parti Rakyat Sarawak dan SPDP secara terus-terusan di uji dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

Secara amnya, politik Dayak kini kian teruji semenjak kemusnahan Parti PBDS dulunya yang di pimpin oleh Tan Sri Leo Moggie. Kemusnahan PBDS juga dikaitkan dengan kejadian "Tangan Ghaib" yang menyebabkan berlakunya TSUNAMI politik katak. Kehancuran parti Dayak PBDS ini tak akan lupus dari ingatan kaum Dayak yang mana kian hari, saban hari penglibatan "Tangan Ghaib" berlaku dalam memastikan politik Dayak dihapuskan.

Penglibatan "Tangan Ghaib" tak berhenti setakat itu saja, malahan selepas penubuhan Parti Rakyat Sarawak dan SPDP yang mana serpihan dari pecahan PBDS dahulu turut kelihatan. Keadaan ini pertama kalinya teruji apabila Parti Rakyat Sarawak di uji ketika berlakunya krisis dua presiden. Namun demikian, Parti Rakyat Sarawak yang diterajui oleh Tan Sri Dr James Jemut Masing masih mampu berdiri sehingga ke hari ini berikutan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin yang berada di PRS dan memecat Larry Sng dan pengikutnya, berikutan cubaan mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dr James Jemut Masing dan pengikutnya.

SPDP juga tak ketinggalan dalam ujian si "Tangan Ghaib" apabila parti SPDP mengalami krisis dalaman yang mana menyaksikan 5 orang pemimpin keluar parti dan mengangap mereka "BN5 Club". Kebijaksanaan Tan Sri William Mawan diperlukan dalam menangani permasalahan yang juga dikaitkan dengan si "Tangan Ghaib" bagi tujuan melemahkan parti SPDP sekali gus dengan berniat menghapuskan parti tersebut. Spekulasi demi spekulasi ditimbulkan bagi melaga-lagakan kedua-dua parti PRS dan SPDP supaya perpecahan politik Dayak terus berlaku namun, hasil dari kesabaran dan pengelaman Tan Sri Dr James Jemut dan Tan Sri William Mawan terus mendiamkan diri kerana mereka tahu semua itu tidak akan mendatangkan faedah kepada malahan memungkinkan perpecahan parti seperti yang didambakan oleh si "Tangan Ghaib".

Sekali lagi, PRS teruji apabila Sarawak Worker Parti telah didaftarkan oleh ROS di saat PRU13 bakal menjelang. SWP yang diterajui oleh Larry Sng telah bertanding di 6 kerusi yang ditandingi oleh PRS. Persoalan demi persoalan terus mendatang, kenapa pendaftaran SWP begitu senang dilakukan wahal banyak lagi parti dayak yang lainnya telah memohon tetapi belum lagi diluluskan oleh ROS.Namun demikian, PRS terus gagahi bagi memastikan kesemua 6 kerusi ditandingi tidak jatuh ke tangan SWP. Melalui risikan dan pertanyaan, admin mendapat tahu bahawa ada penglibatan si "Tangan Ghaib" dalam memastikan SWP didaftarkan oleh ROS.

Selepas selesai PRU13, SPDP dan PRS terus berjaya dalam mengekalkan 10 kerusi yang ditandingi oleh kedua-dua parti. Paling manis apabila PRS mampu menafikan SWP dan 2 kerusi yang ditandingi oleh SWP kehilangan deposit. Manakala SPDP terpaksa mencalonkan Presdennya Tan Sri William Mawan bagi memastikan kerusi Saratok terus menjadi milik SPDP. Apa yang amat mengecewakan, semasa pengumuman senarai nama kabinet yang di lantik, hanya 1 Menteri dan 1 Timbalan Menteri telah diberikan kepada PRS manakala tiada slot bagi SPDP. Kedua-dua parti telah berkerja keras bagi memastikan kedua-dua parti menang 100% di kesemua kerusi yang ditandingi.

PERSOALANNYA SEKARANG, APAKAH SI "TANGAN GHAIB" TURUT TERLIBAT SAMA DALAM MEMASTIKAN SENARAI NAMA KABINET? 

SIAPAKAH SI "TANGAN GHAIB" INI? 

APAKAH POLITIK DAYAK AKAN TERUS DIHANTUI OLEH TANGAN GHAIB?

Wednesday, 15 May 2013

SNOWDAN LAWAN DI PECAT DARI PARTI RAKYAT SARAWAK

DI MANA SETIA BARISAN NASIONAL SNOWDAN LAWAN.

Tindakan Donald Lawan yang turut bertanding menentang Masir Kujat dari Parti Rakyat Sarawak (BN) di P202 Sri Aman membuatkan karier politik anaknya Snowdan Lawan berakhir. Snowdan Lawan merupakan wakil rakyat bagi DUN Balai Ringin N25. Tindakan bapanya yang tidak menghiraukan teguran dari Presiden Parti Rakyat Sarawak seakan-akan menunjukan pintu keluar buat anaknya Snowdan Lawan dari Parti Rakyat Sarawak. Snowdan Lawan telah menjadi wakil rakyat bagi N25 Balai Ringin selama dua penggal dan bertanding atas tiket Parti Rakyat Sarawak.

Sebelumnya, Tan Sri Dr James Masing telah menegur Snowdan Lawan supaya menjauhkan diri dari bapanya Donald Lawan yang menentang YB Masir Kujat. Namun demikian, Snowdan Lawan turut tidak mengindahkan teguran dari Presiden PRS, sebaliknya Snowdan Lawan bergerak aktif membantu bapanya berkempen. Snowdan Lawan tidak pernah membantu YB Masir Kujat berkempen maupun telah di jemput. Di sepanjang tempoh berkempen, Snowdan Lawan telah memburuk-burukan Barisan Nasional yang mana beliau sendiri telah menang di N25 Balai Ringin di atas tiket Barisan Nasional dan Parti Rakyat Sarawak. Berikutan itu, Tan Sri Dr James Masing berkemungkinan dan menyingkirkan Snowdan Lawan dari PRS sekiranya persetujuan di capai semasa mesyuarat bersama lembaga disiplin parti dilakukan kelak. Tan Sri Dr James Masing juga menyifatkan, tindakan dua beranak tersebut menyerupai tindakan Datuk Sng dengan anaknya Larry Sng yang nyata tidak menghormati pucuk pimpinan. Dengan mengambil iktibar dari yang berlaku sebelumnya, lembaga disiplin PRS berkemungkinan tidak akan bertolak ansur dengan orang-orang seperti ini kerana tindakan mereka pasti menganggu gugat kesetiaan dan perpaduan di dalam parti.

Tindakan yang kurang bijak dari Donald Lawan akan menyebabkan anaknya Snowdan Lawan akan disingkirkan dari PRS sekali gus menamatkan karier politik anaknya.

Tindakan Donald Lawan dan Snowdan Lawan turut di selar oleh penyokong kuatnya sendiri di N25 Balai Ringin.Ketua Pemuda PRS N25, kini menyerahkan bahan bukti kepada lembaga disiplin PRS untuk penilaian dan tindakan ke atas Snowdan Lawan.








Thursday, 2 May 2013

PKR KERESAHAN DI RUMAH BANYING BUKONG P210 KANOWIT



Kegelisahan dan keresahan parti pembangkang PKR di P210 kian terpancar berikutan YB Datuk Gramong Juna menyatakan dan menasihatkan PBB 44 Machan dan N43 Ngemah perlu membantu Calon P210 Kanowit, Datuk Aaron Dagang. Selama ini pakatan pembangkang di P210 menyangkakan dengan senang mereka menawan P210 berikutan beberapa isu dalaman BN di antara parti PBB dan PRS. Namun demikian, YB Datuk Gramong Juna dengan "gentlemen" menyatakan bahawa mereka perlu melupakan segala yang lalu dan memulakan lambaran baru bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN. YB Datuk Gramong Juna juga, menyatakan bahawa BN P210 pasti akan menang berikutan dua DUN P210 Kanowit adalah milik BN di mana N44 Machan YB Datuk Gramong Juna (PBB) manakala N43 Ngemah (PRS) YB Alexander Vincent. YB Datuk Gramong Juna, menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tak mampu membawa pembangunan ke Sarawak memandangkan" Track Record" parti pakatan rakyat tak mampu membawa sebarang pembangunan di Selangor. Kita rakyat Sarawak yang masih dahagakan pembangunan terutamanya kawasan luar bandar harus terus memberi sokongan terhadap BN kerana hanya BN yang mampu membawa pembangunan secara berterusan sesuai dengan wawasan 2020 yang dilhamkan oleh Tun Dr Mahathir. YB Datuk Gramong Juna mengharapkan agar semua ahli PBB memberikan yang terbaik untuk calon BN Datuk Aaron bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN sekali gus memberi mandat kepada Dato Seri Najib untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Datuk Aaron, menggelar Dato Seri Najib sebagai "Father of Rural Development" berikutan program GTP,ETP yang dilaksanakan oleh beliau menjurus kepada bantuan penduduk luar bandar. Ketika ini, BN giat menyediakan kemudahan asas seperti air bersih, jalan dan elektrik bagi memastikan wawasan 2020 dapat di capai. Datuk Aaron optimis bahawa, sekiranya Dato Seri Najib diberikan mandat sekali lagi untuk mentadbir negara, wawasan 2020 pasti akan tercapai. Tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya pakatan rakyat yang mengambil alih pucuk pimpinan negara kerana selama ini mereka gagal dalam mentadbir urus negeri yang di bawah pentadbiran pakatan rakyat. Datuk Aaron juga menyatakan bahawa politik di kanowit mencapai satu lagi tahap kematangan dalam berpolitik apabila Datuk Gramong Juna dan Datuk Aaron silih berganti pandangan dan sedia membantu sesema mereka bagi memastikan pembangunan di Kanowit terus diperhebatkan. Mereka juga siap sedia berkerjasama sesama mereka dan melupakan persengketaan yang berlarutan selama 15 Tahun. Admin pasti, antara yang pasti berasa lega adalah rakyat kanowit sendiri berikutan berakhirnya persengketaan di antara dua tokoh politik ini.

Berikutan perpaduan yang terjalin di antara dua tokoh politik ini, parti pakatan rakyat PKR Kanowit keresahan berikutan strategi mereka untuk melaga-laga penyokong BN PRS dan BN PBB tidak kesampaian kerana sifat perpaduan BN termaterai malam tadi sekali gus memperkasakan barisan hadapan BN untuk mempertahankan P210 Kanowit.

Admin mengucapkan syabas kepada Datuk Gramong Juna dan Datuk Aaron Dagang. Admin percaya BN pasti akan menang pada PRU13 ini.

Misi mempertahankan P210 Kanowit


Ketibaan YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Anak Numpang.

Ketibaan YAB Datuk Patinggi di sambut baik oleh penduduk sekitar pekan Machan. Turut hadir pada majlis tersebut adalah calon P210 Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, YB Gramong Juna ADUN N44 Machan, YB Alexander Vincent N43 Ngemah dan setiausaha kepada ketua menteri Sarawak Encik Maurice Giri.

Dalam ucapan YB Datuk Gramong Juna, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu kerana sudi menjenguk kawasan P210 Kanowit dan N44 Machan amnya. YB Datuk Gramong juga, memberitahu bahawa inilah masanya semua komponen parti BN untuk bersatu padu dan jangan ada yang menyimpang atau pun cuba melakukan sabotaj kepada parti BN kerana parti BN merupakan sebuah parti yang kuat di P210 Kanowit. Selama 5 tahun ini kerajaan BN telah melakukan yang terbaik di bawah kepimpinan YAB PM Dato Seri Najib. Ini terbukti dengan banyak pembangunan projek infrastruktur tengah hebat dilakukan seperti kemudahan asas jalan raya, air bersih dan elektrik. YB Datuk Gramong juga menyeru kepada rakyat Machan supaya terus memberikan mandat kepada Dato Seri Najib untuk terus menjadi Perdana Menteri bagi meneruskan kesinambungan
pembangunan di kawasan luar bandar.

Dalam ucapan calon P210 Kanowit Datuk Aaron, beliau menyifatkan tuduhan dan tomahan pakatan rakyat bahawa kerajaan BN melakukan perampasan tanah adat bumiputera adalah satu tuduhan yang nakal, kerana ini terbukti bahawa ada segelintir ahli pakatan rakyat sendiri yang melakukan perampasan tanah kampung namun begitu kegiatan tersebut dapat di kesan oleh penduduk kampung tersebut. Datuk Aaron juga, menyifatkan bahawa pakatan rakyat hanyalah pandai berjanji tetapi mereka gagal perlaksanaan dan ini terbukti apabila ramai golongan ibu tunggal di Selangor menyaman Menteri Besar Negeri Selangor yang mana di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Anak Numpang timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata, jangan musnahkan pembangunan yang sedia ada yang kian giat dilakukan oleh kerajaan BN pusat maupun kerajaan negeri. Jadikanlah Negeri Selangor sebagai panduan di mana apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, banyak projek yang telah dirancangkan oleh kerajaan BN sebelumnya tidak diteruskan oleh Pakatan Rakyat. Antara lainnya adalah projek Langat 2 yang mana sekarang ini negeri Selangor kini mengalami krisis kekurangan air bersih yang amat teruk. Oleh itu, janganlah kita membuang masa untuk cuba mengubah maupun mencuba sesuatu yang sudah pasti tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat. Selama ini sudah cukup terbukti bahawa kerajaan BN mampu melakukan yang terbaik untuk memenuhi segala keperluan rakyat. Parti Barisan Nasional amat peka kepada setiap permasalahan rakyat yang mana berbeza dengan parti yang mengunakan lambang mata satu (PKR) dan beliau sempat membuat lawak bahawa parti tersebut adalah parti hantu yang mana tidak mampu melihat kesulitan rakyat dengan hanya satu mata saja. Beliau juga menyifatkan bahawa PKR adalah parti keluarga di mana PKR menyenaraikan 4 orang dari keluarganya bertanding pada PRU ini, DAP pula anak beranak Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, Kaparl Sing dan anaknya juga turut bertanding pada PRU ini dan PAS, Nik Aziz dan anaknya. Beliau menggelar Parti Pakatan adalah parti yang tamak kuasa (Penyokong yang hadir turut bersetuju dengan menyatakan Pakatan adalah "amu, bam kuasa" ).

Sebelum majlis bersurai semua penyokong melaungkan kata keramat Dato Seri Najib.

1 Malaysia!
Hidup Barisan!
Undi Barisan!


Sunday, 28 April 2013

RAPATKAN BARISAN PRS PBB BERSATU!!


Perpaduan dikalangan parti kompenen BN adalah satu kekuatan yang tak boleh ditandingi oleh mana-mana parti di Malaysia. Pengerusi PBB Belaga Encik Michael Mujah,Ketua Pemuda PBB Belaga Encik Henry Kilah dan Ketua-ketua masyarakat yang diketuai oleh Maren Uma Donny Dian Talek menyatakan untuk memberikan sokongan penuh kepada calon P216 Hulu Rajang Encik Wilson Ugak. Perpaduan antara dua parti komponen PBB dan PRS ternyata terserlah dan pasti meyentak parti lawan PKR yang berpengkalan di Kampung yang sama.   Menurut maren uma encik Donny Dian Talek, kewujudan pengkalan PKR di kampung nya ternyata membuatkan mereka bekerja dengan lebih keras lagi dan kunjungan calon ke kampungnya semalam pasti menjadi tamparan yang hebat memandangkan semua maren uma ASAP turut turun menghadiri majlis semalam bagi menyatakan bahawa kekuatan BN adalah terletak pada perpaduan komponen parti. Keadaan ini pasti mengelisahkan parti lawan yang mana hasil risikan sebelum ini, PKR telah terbahagi kepada dua kumpulan dan ada segelintir penyokong tegar PKR mulai bersama BN berikutan kegagalan Abun Sui Anyit dalam mengawal penyokong tegarnya. Admin akan mengeluarkan episod pengakuan seorang pengikut tegar Abun Sui yang telah diabaikan oleh beliau dan membuka ruang kepada beliau kembali kepada BN.

Dalam Ucapan Wilson Ugak, beliau menceritakan bahawa beliau telah berkerja keras bagi memastikan kemenangan Datuk Billy Abit Joo semenjak tahun 1995 sehingga 2008.  Wilson Ugak seorang yang mempunyai prinsip politik yang teguh walaupun suatu ketika beliau terpaksa berdepan dengan saudara sendiri masa pilihanraya. Datuk Justin Jenggut merupakan calon BN dan merupakan saudara dekat kepada Wilson Ugak, namun demikian kerana prinsip yang dipegang oleh Wilson Ugak, beliau terus berdiri teguh di belakang Datuk Billy Abit Joo bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Datuk Billy Abit Joo. Wilson Ugak, meminta agar penyokong, saudara mara Datuk Billy Abit Joo turut membantu beliau semasa PRU13 ini bagi memastikan kemenangan berpihak kepada beliau.

Kita harus mengundi dan menyokong Wilson Ugak kerana beliau merupakan antara yang terbaik untuk P216 Hulu Rajang.

WILSON UGAK CALON YANG TERBAIK UNTUK P216 HULU RAJANG


Sesuatu yang tak perlu dipertikaikan mana-mana pihak lagi bahawa Wilson Ugak adalah calon yang terbaik untuk P216 Hulu Rajang. Hari ini Wilson Ugak pergi rumah panjang Uma Sambop yang mempunyai penduduk sekitar 200 orang.

Apa yang membuat admin berasa bangga dengan calon adalah kerana beliau begitu berasa rendah diri setiap kali berucap dan beliau tak pernah membuat serangan peribadi kepada parti pakatan yang mana pakatan lebih terjurus kepada serangan peribadi setiap kali mengadakan kempen.


Satu nilai yang tak mungkin ada pada calon yang lainnya, maupun BN. Wilson Ugak begitu pemurah hati apabila dengan rela memberikan sumbangan sebanyak RM2000 kepada gereja kampung sambop. Tak semua calon yang mampu melakukan hal sedemikian kerana beliau menggunakan wang sendiri bagi membantu orang yang memerlukan. Nilai-nilai murni sebegini seharusnya diterapkan kepada mana-mana pemimpin kelak. Berbeza dengan pemimpin Pakatan yang meminta wang rakyat bagi membantu dalam pergerakan politik mereka. Wahal, Wilson Ugak belum menjadi YB lagi pun sanggup mengeluarkan wang sendiri bagi membantu orang yang memerlukan. Admin difahamkan ini bukan kali yang pertama Wilson Ugak mengeluarkan wang sendiri bagi membantu rakyat yang memerlukan. Admin seru kepada rakyat P216 Hulu Rajang, janganlah pandang kiri dan kanan lagi..inilah calon yang paling sesuai untuk menerajui Hulu Rajang. Ingat! pada 5 Mei nanti pangkah calon kita Wilson Ugak (BN) kerana dia pendengar yang baik untuk rakyat.

Saturday, 27 April 2013

BN TERUS MENALUKI DAERAH ASAP P216 HULU RAJANG


Pergerakan wanita PRS dan Pemuda PRS terus bergabung dalam misi menaluki daerah Asap P216. Kerjasama yang baik di antara komponen parti BN yang lainnya membuahkan hasil apabila setiap kempen yang dilakukan oleh GELOMBANG BIRU mendapat sambutan yang luar biasa.

Penyokong yang hadir dianggarkan melebihi 200 orang. Dalam ucapan Exco Pemuda PRS, Bit Surang, beliau membuat perbandingan di antara manifesto pembangkang "Manifesto Bukan Janji" dan manifesto BN "Aku Janji". Antara lain, manifesto BN Aku Janji adalah pendidikan. Encik Bit Surang, menegaskan bahawa kepentingan pendidikan kepada masyarkat orang ulu bagi menaik taraf kehidupan sesebuah keluarga. Bagi memastikan rancangan pendidikan berjaya BN berjanji akan terus memberikan baucer buku 1Malaysia bagi meringgankan beban ibu bapa.

Di dalam ucapan Pemancha Tony Kuleh, beliau ingin rakyat daerah Asap mengimbau kembali semenjak mereka ditempatkan semula pada tahun 2000 berikutan pembinaan empangan bakun. Kerajaan yang diterajui oleh Dato Seri Najib telah mengumumkan bahawa rakyat daerah Asap tak perlu membayar balik rumah yamg telah di bina oleh kerajaan BN. Penempatan baru ini jauh lebih selesa bahkan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti jalan, air dan elektrik. Bahkan kerajaan BN telah membina sebuah sekolah baharu SMK Bakun buat penduduk daerah Asap. Menurut Pemancha Tony Kuleh, hanya BN mampu memberikan pembangunan secara berterusan. Pemancha Tony, menyeru rakyatnya akan terus memberi sokongan kepada Dato Seri Najib untuk menjadi Perdana Menteri.


Monday, 22 April 2013

PENAMAAN CALON P216

Admin membuat tinjauan di Pejabat PRS Kapit, penyokong PRS memenuhi perkarangan pejabat seawal pukul 7 lagi bagi memberikan sokongan kepada calon baru P216 En Wilson Ugak Kumbong. Dianggarkan seramai 4 ribu lebih penyokong telah datang untuk memberikan sokongan kepada calon baru Wilson Ugak Kumbong.




Penyokong memulakan perarakan dari pejabat PRS pada pukul 8 menuju ke dewan syuarah Kapit bagi penamaan calon. Perarakan tersebut turut disertai oleh Presiden Parti Tan Sri Dr James Jemut Masing, YB Liwan Lagang dan Bekas MP Hulu Rejang Datuk Billy Abit Joo. Semua penyokong rasa terharu dengan tindakan Datuk Billy Abit Joo yang bersikap begitu professional dengan kesanggupan beliau mengiringi calon bagi penamaan calon. Malahan Datuk Billy dengan bersemanggat sekali memberi sokongan kepada calon BN bagi memastikan kemenangan berpihak  kepada BN sekaligus memberi mandat kepada Dato Seri Najib bagi meneruskan pentadbiran negara di Putrajaya.

Kedatangan Datuk Billy Abit ternyata menyentak parti lawan yang nyata menjangkan keretakan parti berlaku berikutan penamaan calon baru bagi P216 Hulu Rajang. Keakraban pemimpin PRS menjadikan tamparan yang hebat kepada parti lawan sekali gus menyukarkan mereka untuk memenangi Hulu Rajang.









Friday, 19 April 2013

Politik Matang Dayak





Upacara miring dilakukan di Nanga Bawai Baleh sempena calon baru PRS Wilson Ugak menyimpan seribu satu erti kematangan politik dayak masa kini. Satu sejarah, satu lembaran baru untuk Parti Rakyat Sarawak telah tercatit di Nanga Bawai yang dihadiri oleh 2 ribu lebih penyokong. Kedatangan penyokong telah di sambut baik dan penuh adat tradisonal masyarakat Dayak.

Tan Sri Dr James Jemut selaku Presiden parti turut hadir dan ditemani oleh YB Liwan Lagang. Semasa upacara sedang dilakukan, penduduk dikejutkan dengan kehadiran bekas MP Hulu Rejang Datuk Billy Abit. Kehadiran Datuk Billy yang turut memberikan sokongan kepada calon baru membuatkan semua penyokong yang hadir turut beremosi dan terharu dengan tindakan Datuk Billy yang menyatakan beliau turut memberikan sokongan penuh kepada calon baru bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

Semasa Datuk Billy membuat ucapan, beliau menyatakan bahawa selama ini, beliau menjalankan tugas beliau bagi memberikan peruntukan kepada rakyat. Beliau juga mengakui beliau turut melobi untuk terus dicalonkan, namun demikian beliau akur dengan pilihan dan keputusan pucuk pimpinan BN untuk meletakan muka baru di Hulu Rejang. Beliau menerima dengan sepenuh hati dan turut memberikan sokongan kepada calon baru. Di saat beliau menyatakan sokongan kepada calon baru, seluruh penyokong yang hadir memberikan tepukan yang gemuruh dan tak keterlaluan juga, ada yang turut menitiskan air mata kerana begitu terharu dengan tindakan Datuk Billy.

YB Liwan juga melalui ucapan beliau turut menyatakan perasaan terharu dengan tindakan Datuk Billy selain menyifatkan beliau adalah pemimpin terulung kerana tak semua pemimpin mampu melakukan seperti beliau lakukan. YB Liwan menyeru kepada semua penyokong untuk mengikut jejak pemimpin mereka yang melakukan sesuatu perkara dengan matang. YB Liwan, menyeru semua penyokong terus teguh bersama parti dan jangan ada kumpulan Datuk Billy dan kumpulan Wilson Ugak kerana kedua-dua mereka sekarang mampu duduk bersama bagi memastikan kemenangan kepada BN. Ini adalah saat yang paling genting kepada BN dan saat ini juga parti memerlukan semua penyokong BN terus bersatu dan bersama dalam menempuhi segala cabaran PRU13. Dengan izin Tuhan, PRS mampu mempertahankan kesemua kawasan PRS sekiranya semua penyokong parti terus bersatu.

YB Tan Sri Dr James Jemut Masing yang juga turut hadir, melalui ucapan beliau menyatakan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Billy Abit Joo atas sokongan beliau kepada calon baru Wilson Ugak. Beliau turut terharu dengan keputusan beliau yang nyata menunjukan contoh yang baik kepada penyokong sekali gus membuktikan bahawa kenyataan Hadi Awang (PAS) sebelum ini semasa pilihanraya kecil di Batang Ai yang menyatakan Dayak masih pakai cawat. Tan Sri James, menyatakan bahawa Dayak telah mencapai tahap politik yang matang dan pasti membuka mata masyarakat luar bahawa PRS adalah antara parti politik Dayak yang matang. Tan Sri juga menyatakan bahawa bukan senang untuk menadatangani persetujuan untuk menukar Datuk Billt kepaa muka baru apatah lagi mereka telah lama berkawan semenjak di bangku sejolah lagi pada tahun 1958. Namun demikian selaku presiden parti beliau terpaksa membuat keputusan dan beliau berharap bahawa beliau tak akan melalui pengalaman tersebut lagi kerana itu merupakan sesuatu yang sukar untuk membuat keputusan. Dengan ini, Tan Sri juga mengambil iktibar dan contoh yang terbaik dilakukan oleh Datuk Billy supaya beliau terut melakukan perkara yang sama sekiranya beliau tidak dicalonkan pada masa depan.

Satu sejarah, satu lembaran baru tercipta di Nanga Bawai untuk Partu Rakyat Sarawak.


Sunday, 14 April 2013

HANTU POLITIK WANG KAK LARRY KEMBALI KE KANCAH POLITIK



Hasil risikan Admin hari ini mendapati Hantu Politik Wang Kak Larry kembali ke kancah politik di Parlimen Lubok Antu. Perkhabaran ini disahkan oleh pihak berkuasa tempatan dan penduduk tempatan.

Larry telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM250 kepada penduduk di Lubok Antu dan berjanji akan memberikan RM250 lagi selepas keputusan PRU13 diketahui. Ternyata Hantu Kak Larry ini, berpaksikan politik wang untuk menarik undi dari rakyat tempatan. Apakah ini yang dinamakan sebagai politik demokrasi yang diamalkan di negara kita Malaysia.

Berikutan ini, admin percaya bahawa Rakyat bijak dalam memilih calon yang bakal menjadi Pemimpin yang bertanggungjawab di kawasan mereka. Rakyat harus tahu, Hantu Kak Larry hanya sekadar muncul semasa Pilihan Raya saja. Selepas Pilihan Raya berlalu maka Hantu Kak Larry akan kembali ke kubur beliau tanpa menghiraukan apa yang berlaku di kawasan yang diwakili beliau. Rakyat Lubok Antu harus peka dan melihat contoh yang terbaik apa yang berlaku di Pelagus selama 20 Tahun Hantu Kak Larry dan Hantu Pak Sng menjadi wakil rakyat di Pelagus. Tiada satu pun yang boleh dibanggakan !



Wahai warga ku Lubok Antu! hendaklah kamu bijak dalam menentukan pilihan anda semasa mengundi kelak.

INGAT! HANTU KAK LARRY CUMA MUNCUL MUSIM PILIHAN RAYA SAJA!




MANIFESTO SARAWAK WORKER PARTY TAK MASUK AKAL

Baru-baru ini Sarawak Worker Party melancarkan Manifesto mereka. Manifesto yang dibentangkan oleh Presiden Sarawak Worker Party amat menjengkelkan.

Dalam "Manifesto" mereka menyebut akan membuat jalan yang menghubungkan Sibu ke Kapit dalam masa 5 Tahun. Apakah ini satu lagi pembohongan.


Dalam tinjauan Admin baru-baru ini, kerja-kerja membina jalan raya yang menghubungkan Kanowit dan Song kian giat dilaksanakan. Manifesto yang SWP bentangkan sebelum ini ternyata menipu dan cuba memutar-belit fakta bahawa mereka (SWP) akan membina jalan yang menghubungkan Sibu dan Kapit. Larry Sng dan bapanya Datuk Sng telah menjadi wakil rakyat di DUN Pelagus selama 20 Tahun dan kini disandang oleh pak cik Larry sendiri iaitu George Lagong. Di sepanjang pengelibatan mereka menjadi wakil rakyat di Pelagus, ternyata mereka tak melakukan apa-apa untuk penduduk di Pelagus tetapi disebaliknya mereka lebih mementingkan untuk memenuhkan poket mereka.



Sehinggalah pada 15 April 2011, YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib mengumumkan peruntukan untuk membina Jalan yang menghubungkan Sibu dan Kapit. Kerja-kerja pembinaan sedang giat dilakukan.

TERNYATA MANIFESTO SARAWAK WORKER PARTY TAK BOLEH DI GUNA PAKAI.

KITA HARUS TOLAK SARAWAK WORKER PARTY DAN LARRY SNG!











Sunday, 8 April 2012

Taukey Pisang tubuh SWP

Datuk Sng Chee Hua













Seluruh warga Sarawak tahu akan penubuhan parti baru " SARAWAK WORKER PARTY". Izinkan "Matak Kayau" untuk menggelar SWP sebagai Parti Pisang kerana ada cerita menarik di sebalik "PISANG".  Parti Pisang ini diketuai oleh Datuk Sng Chee Hua iaitu bapa kepada seorang bekas wakil rakyat N54 Pelagus, Larry Sng. Apakah tujuan si tua taukey pisang Datuk Sng Chee Hua ini menubuhkan parti Pisang (SWP). Mari kita perinci tujuan dan sebab musabab taukey pisang ini menubuhkan parti ini.

Dalam laporan Borneo Post, taukey pisang akan meletakkan beberapa calon di kawasan PRS dan kemungkinan di semua kawasan PRS. http://www.theborneopost.com/2012/04/09/sng-lets-the-cat-out-of-the-bag/ . Apakah tujuan penubuhan parti pisang ini semata-mata kerana dendam yang mana anak taukey pisang ini pernah di pecat dari PRS kerana anak taukey pisang ini tamakan kuasa yang menyebabkan anak taukey pisang ini di pecat dari PRS.

Apa pula peranan si Anak Taukey Pisang ini di dalam parti pisang sedangkan dia seorang yang memegang jawatan di Jabatan Ketua Menteri. Kalaulah si anak taukey pisang ini, orang BN kenapa dia perlu untuk sabotaj kawasan-kawasan BN. Persoalanya begitu banyak sekali, apakah Anak Taukey Pisang dan si Taukey Pisang ini ada orang belakang yang kuat semata-mata untuk menjatuhkan PRS !!!




Baiklah, "Matak Kayau" ingin bercerita kenapa Matak Kayau menggelar si bapa sebagai Taukey Pisang.

Datuk Sng Chee Hua @ Taukey Pisang dulu pernah menyuruh penduduk kawasan Uma Lesong, Sungai Koyan dan Melipis, Pelagus untuk membuka tanah NCR mereka tempat pembangunan projek pisang mereka. Penduduk dijanjikan pulanagan yang lumayan sekiranya, projek pisang tersebut berjaya dipasarkan. Setelah penduduk bersetuju dengan projek pisang, kerja-kerja pembersihan tapak projek dijalankan dengan menebang pokok-pokok di kawasan projek. Selepas selesai kerja-kerja pembersihan tapak projek pisang, kayu-kayu tersebut di bawa keluar untuk tujuan di jual. Namun demikian, selepas kayu-kayu tersebut telah di jual, Taukey Pisang tersebut memberitahu bahawa tanah tersebut tidak sesuai untuk penanamnan pisang...alamak !!! taukey pisang sudah tipu penduduk di Uma Lesong dan Melipis !!!....kayu dah di jual...pisang pula tak tumbuh-tumbuh lagi !!!

Sehingga sekarang penduduk Uma Lesong dan Melipis menggelar kawasan tapak tersebut sebagai "Pisang Sng" . Inilah bangsat-bangsat yang menipu kaum dayak !!!. Kaum Dayak janganlah terpedaya dengan tipu muslihat si Taukey Pisang ini. Kita harus hapuskan si Penipu !!! Taukey Pisang ini !!!

Matak Kayau akan mengeluarkan sambungan isu "Taukey Pisang" ini di hari akan datang...tunggu pula kesaksian mangsa penipuan "Taukey Pisang" ini.


Hidup Dayak !!!....Dayak Untuk Dayak !!! Dayak Sayang Sarawak !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...