Showing posts with label Datuk Billy Abit Joo. Show all posts
Showing posts with label Datuk Billy Abit Joo. Show all posts

Saturday, 24 August 2013

APAKAH PERMAINAN POLITIK ROS DAN NAJIB


Admin agak hairan dan pelik melihat akan tindakan R.O.S yang meluluskan pendaftaran PBDS Baru. Kenapa admin merasa pelik?

Sebelumnya, ROS telah meluluskan Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang mana terang-terangan menentang Parti Rakyat Sarawak yang boleh dilabelkan sebagai "Dayak Base Party". Apakah muslihat yang sedang di rancang oleh ROS? Apakah ROS mempunyai agenda yang tersembunyi melalui pengaruh " Tangan Ghaib" bagi tujuan untuk menjatuhkan PRS. Kenapa PRS kini seakan-akan menjadi sasaran politik kotor. Apakah ini kerana PRS yang tampak begitu utuh dan unggul pada PRN dan PRU yang lepas? Tatkala, SPDP dan SUPP mengalami kemelut dalaman yang agak kritikal. Apakah PRS akan kekal terus unggul sepertimana mereka mengecewakan SWP pada PRU13 yang lepas? Apakah kerana kegagalan SWP untuk mengalahkan PRS pada PRU13 yang lepas, ROS mula mengatur strategi yang baru dengan meluluskan PBDS Baru yang mana kemungkinan PBDS Baru dan PRS akan bertembung pada PRN yang akan datang. PBDS Baru dan PRS mempunyai identiti yang hampir sama yang mana memperjuangkan Dayak.

ROS seakan-akan memperkotak-katikan politik Dayak dengan beranggapan bahawa politik dayak amat senang dipermainkan. Persoalannya sekarang, apakah PBDS Baru akan memberi impak kepada landskap politik Dayak secara keseluruhan? Apakah pemimpin-pemimpin Dayak yang berkampung di Parti Keadilan Rakyat akan menyertai PBDS Baru. Sekiranya perkara ini berlaku, bermakna PKR Sarawak akan dibubarkan dan memberi ruang kepada PBDS Baru.

Sejauh mana PRS mampu bertahan? Sejauh mana kehebatan PRS dalam mempertahankan kawasan yang dimenangi pada PRN10 yang lepas? Sekiranya, PRS, SPDP dan SUPP tak mampu bertahan, ini bermakna Sarawak hanya diwakili oleh parti PBB sahaja.

Apakah permainan ROS dan Najib?


Sunday, 28 April 2013

RAPATKAN BARISAN PRS PBB BERSATU!!


Perpaduan dikalangan parti kompenen BN adalah satu kekuatan yang tak boleh ditandingi oleh mana-mana parti di Malaysia. Pengerusi PBB Belaga Encik Michael Mujah,Ketua Pemuda PBB Belaga Encik Henry Kilah dan Ketua-ketua masyarakat yang diketuai oleh Maren Uma Donny Dian Talek menyatakan untuk memberikan sokongan penuh kepada calon P216 Hulu Rajang Encik Wilson Ugak. Perpaduan antara dua parti komponen PBB dan PRS ternyata terserlah dan pasti meyentak parti lawan PKR yang berpengkalan di Kampung yang sama.   Menurut maren uma encik Donny Dian Talek, kewujudan pengkalan PKR di kampung nya ternyata membuatkan mereka bekerja dengan lebih keras lagi dan kunjungan calon ke kampungnya semalam pasti menjadi tamparan yang hebat memandangkan semua maren uma ASAP turut turun menghadiri majlis semalam bagi menyatakan bahawa kekuatan BN adalah terletak pada perpaduan komponen parti. Keadaan ini pasti mengelisahkan parti lawan yang mana hasil risikan sebelum ini, PKR telah terbahagi kepada dua kumpulan dan ada segelintir penyokong tegar PKR mulai bersama BN berikutan kegagalan Abun Sui Anyit dalam mengawal penyokong tegarnya. Admin akan mengeluarkan episod pengakuan seorang pengikut tegar Abun Sui yang telah diabaikan oleh beliau dan membuka ruang kepada beliau kembali kepada BN.

Dalam Ucapan Wilson Ugak, beliau menceritakan bahawa beliau telah berkerja keras bagi memastikan kemenangan Datuk Billy Abit Joo semenjak tahun 1995 sehingga 2008.  Wilson Ugak seorang yang mempunyai prinsip politik yang teguh walaupun suatu ketika beliau terpaksa berdepan dengan saudara sendiri masa pilihanraya. Datuk Justin Jenggut merupakan calon BN dan merupakan saudara dekat kepada Wilson Ugak, namun demikian kerana prinsip yang dipegang oleh Wilson Ugak, beliau terus berdiri teguh di belakang Datuk Billy Abit Joo bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Datuk Billy Abit Joo. Wilson Ugak, meminta agar penyokong, saudara mara Datuk Billy Abit Joo turut membantu beliau semasa PRU13 ini bagi memastikan kemenangan berpihak kepada beliau.

Kita harus mengundi dan menyokong Wilson Ugak kerana beliau merupakan antara yang terbaik untuk P216 Hulu Rajang.

WILSON UGAK CALON YANG TERBAIK UNTUK P216 HULU RAJANG


Sesuatu yang tak perlu dipertikaikan mana-mana pihak lagi bahawa Wilson Ugak adalah calon yang terbaik untuk P216 Hulu Rajang. Hari ini Wilson Ugak pergi rumah panjang Uma Sambop yang mempunyai penduduk sekitar 200 orang.

Apa yang membuat admin berasa bangga dengan calon adalah kerana beliau begitu berasa rendah diri setiap kali berucap dan beliau tak pernah membuat serangan peribadi kepada parti pakatan yang mana pakatan lebih terjurus kepada serangan peribadi setiap kali mengadakan kempen.


Satu nilai yang tak mungkin ada pada calon yang lainnya, maupun BN. Wilson Ugak begitu pemurah hati apabila dengan rela memberikan sumbangan sebanyak RM2000 kepada gereja kampung sambop. Tak semua calon yang mampu melakukan hal sedemikian kerana beliau menggunakan wang sendiri bagi membantu orang yang memerlukan. Nilai-nilai murni sebegini seharusnya diterapkan kepada mana-mana pemimpin kelak. Berbeza dengan pemimpin Pakatan yang meminta wang rakyat bagi membantu dalam pergerakan politik mereka. Wahal, Wilson Ugak belum menjadi YB lagi pun sanggup mengeluarkan wang sendiri bagi membantu orang yang memerlukan. Admin difahamkan ini bukan kali yang pertama Wilson Ugak mengeluarkan wang sendiri bagi membantu rakyat yang memerlukan. Admin seru kepada rakyat P216 Hulu Rajang, janganlah pandang kiri dan kanan lagi..inilah calon yang paling sesuai untuk menerajui Hulu Rajang. Ingat! pada 5 Mei nanti pangkah calon kita Wilson Ugak (BN) kerana dia pendengar yang baik untuk rakyat.

Saturday, 27 April 2013

BN TERUS MENALUKI DAERAH ASAP P216 HULU RAJANG


Pergerakan wanita PRS dan Pemuda PRS terus bergabung dalam misi menaluki daerah Asap P216. Kerjasama yang baik di antara komponen parti BN yang lainnya membuahkan hasil apabila setiap kempen yang dilakukan oleh GELOMBANG BIRU mendapat sambutan yang luar biasa.

Penyokong yang hadir dianggarkan melebihi 200 orang. Dalam ucapan Exco Pemuda PRS, Bit Surang, beliau membuat perbandingan di antara manifesto pembangkang "Manifesto Bukan Janji" dan manifesto BN "Aku Janji". Antara lain, manifesto BN Aku Janji adalah pendidikan. Encik Bit Surang, menegaskan bahawa kepentingan pendidikan kepada masyarkat orang ulu bagi menaik taraf kehidupan sesebuah keluarga. Bagi memastikan rancangan pendidikan berjaya BN berjanji akan terus memberikan baucer buku 1Malaysia bagi meringgankan beban ibu bapa.

Di dalam ucapan Pemancha Tony Kuleh, beliau ingin rakyat daerah Asap mengimbau kembali semenjak mereka ditempatkan semula pada tahun 2000 berikutan pembinaan empangan bakun. Kerajaan yang diterajui oleh Dato Seri Najib telah mengumumkan bahawa rakyat daerah Asap tak perlu membayar balik rumah yamg telah di bina oleh kerajaan BN. Penempatan baru ini jauh lebih selesa bahkan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti jalan, air dan elektrik. Bahkan kerajaan BN telah membina sebuah sekolah baharu SMK Bakun buat penduduk daerah Asap. Menurut Pemancha Tony Kuleh, hanya BN mampu memberikan pembangunan secara berterusan. Pemancha Tony, menyeru rakyatnya akan terus memberi sokongan kepada Dato Seri Najib untuk menjadi Perdana Menteri.


Friday, 26 April 2013

MAJLIS PERASMIAN BILIK OPERASI UMA KELEP


Ketibaan Tan Sri Dr James Jemut Masing di Uma Kelep, Asap Belaga telah di sambut kira-kira 5 Ribu penduduk setempat. Ketibaan beliau di sambut dengan cara tradisional kaum tempatan dengan melakukan "Parap".

Tan Sri Dr James telah menyempurnakan majlis perasmian bilik gerakan operasi Uma Kelep. Turut hadir majlis tersebut, YB Liwan Lagang, calon baru P216 Wilson Ugak Kumbong, ketua masyarakat dan penyokong BN.

Dalam ucapan YB Tan Sri Dr James berkata, beliau memohon agar penduduk ASAP menyokong calon baru P216 Wilson Ugak Kumbong kerana sepanjang 25 Tahun, penduduk Balleh tidak berbelah bagi menyokong Datuk Billy Abit Joo dalam memastikan kemenangan berpihak kepada BN. YB Tan Sri Dr James juga menasihatkan supaya tiada kumpulan Datuk Billy, Ugak maupun YB Liwan tetapi mereka harus berkerjasama bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN. Beliau menyeru, agar merapatkan barisan kerana PRU13 merupakan satu ujian yang gentir buat BN.

Melalui tinjauan Admin, pergerakan BN di ASAP berada dilandasan yang betul dalam mempertahankan P216. Ahli-ahli parti PBB,SPDP dan PRS menyatakan bahawa mereka bersiap sedia untuk mempertahankan P216 Hulu Rajang.

Hidup BN!




Monday, 22 April 2013

PENAMAAN CALON P216

Admin membuat tinjauan di Pejabat PRS Kapit, penyokong PRS memenuhi perkarangan pejabat seawal pukul 7 lagi bagi memberikan sokongan kepada calon baru P216 En Wilson Ugak Kumbong. Dianggarkan seramai 4 ribu lebih penyokong telah datang untuk memberikan sokongan kepada calon baru Wilson Ugak Kumbong.




Penyokong memulakan perarakan dari pejabat PRS pada pukul 8 menuju ke dewan syuarah Kapit bagi penamaan calon. Perarakan tersebut turut disertai oleh Presiden Parti Tan Sri Dr James Jemut Masing, YB Liwan Lagang dan Bekas MP Hulu Rejang Datuk Billy Abit Joo. Semua penyokong rasa terharu dengan tindakan Datuk Billy Abit Joo yang bersikap begitu professional dengan kesanggupan beliau mengiringi calon bagi penamaan calon. Malahan Datuk Billy dengan bersemanggat sekali memberi sokongan kepada calon BN bagi memastikan kemenangan berpihak  kepada BN sekaligus memberi mandat kepada Dato Seri Najib bagi meneruskan pentadbiran negara di Putrajaya.

Kedatangan Datuk Billy Abit ternyata menyentak parti lawan yang nyata menjangkan keretakan parti berlaku berikutan penamaan calon baru bagi P216 Hulu Rajang. Keakraban pemimpin PRS menjadikan tamparan yang hebat kepada parti lawan sekali gus menyukarkan mereka untuk memenangi Hulu Rajang.









Friday, 19 April 2013

Politik Matang Dayak





Upacara miring dilakukan di Nanga Bawai Baleh sempena calon baru PRS Wilson Ugak menyimpan seribu satu erti kematangan politik dayak masa kini. Satu sejarah, satu lembaran baru untuk Parti Rakyat Sarawak telah tercatit di Nanga Bawai yang dihadiri oleh 2 ribu lebih penyokong. Kedatangan penyokong telah di sambut baik dan penuh adat tradisonal masyarakat Dayak.

Tan Sri Dr James Jemut selaku Presiden parti turut hadir dan ditemani oleh YB Liwan Lagang. Semasa upacara sedang dilakukan, penduduk dikejutkan dengan kehadiran bekas MP Hulu Rejang Datuk Billy Abit. Kehadiran Datuk Billy yang turut memberikan sokongan kepada calon baru membuatkan semua penyokong yang hadir turut beremosi dan terharu dengan tindakan Datuk Billy yang menyatakan beliau turut memberikan sokongan penuh kepada calon baru bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

Semasa Datuk Billy membuat ucapan, beliau menyatakan bahawa selama ini, beliau menjalankan tugas beliau bagi memberikan peruntukan kepada rakyat. Beliau juga mengakui beliau turut melobi untuk terus dicalonkan, namun demikian beliau akur dengan pilihan dan keputusan pucuk pimpinan BN untuk meletakan muka baru di Hulu Rejang. Beliau menerima dengan sepenuh hati dan turut memberikan sokongan kepada calon baru. Di saat beliau menyatakan sokongan kepada calon baru, seluruh penyokong yang hadir memberikan tepukan yang gemuruh dan tak keterlaluan juga, ada yang turut menitiskan air mata kerana begitu terharu dengan tindakan Datuk Billy.

YB Liwan juga melalui ucapan beliau turut menyatakan perasaan terharu dengan tindakan Datuk Billy selain menyifatkan beliau adalah pemimpin terulung kerana tak semua pemimpin mampu melakukan seperti beliau lakukan. YB Liwan menyeru kepada semua penyokong untuk mengikut jejak pemimpin mereka yang melakukan sesuatu perkara dengan matang. YB Liwan, menyeru semua penyokong terus teguh bersama parti dan jangan ada kumpulan Datuk Billy dan kumpulan Wilson Ugak kerana kedua-dua mereka sekarang mampu duduk bersama bagi memastikan kemenangan kepada BN. Ini adalah saat yang paling genting kepada BN dan saat ini juga parti memerlukan semua penyokong BN terus bersatu dan bersama dalam menempuhi segala cabaran PRU13. Dengan izin Tuhan, PRS mampu mempertahankan kesemua kawasan PRS sekiranya semua penyokong parti terus bersatu.

YB Tan Sri Dr James Jemut Masing yang juga turut hadir, melalui ucapan beliau menyatakan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Billy Abit Joo atas sokongan beliau kepada calon baru Wilson Ugak. Beliau turut terharu dengan keputusan beliau yang nyata menunjukan contoh yang baik kepada penyokong sekali gus membuktikan bahawa kenyataan Hadi Awang (PAS) sebelum ini semasa pilihanraya kecil di Batang Ai yang menyatakan Dayak masih pakai cawat. Tan Sri James, menyatakan bahawa Dayak telah mencapai tahap politik yang matang dan pasti membuka mata masyarakat luar bahawa PRS adalah antara parti politik Dayak yang matang. Tan Sri juga menyatakan bahawa bukan senang untuk menadatangani persetujuan untuk menukar Datuk Billt kepaa muka baru apatah lagi mereka telah lama berkawan semenjak di bangku sejolah lagi pada tahun 1958. Namun demikian selaku presiden parti beliau terpaksa membuat keputusan dan beliau berharap bahawa beliau tak akan melalui pengalaman tersebut lagi kerana itu merupakan sesuatu yang sukar untuk membuat keputusan. Dengan ini, Tan Sri juga mengambil iktibar dan contoh yang terbaik dilakukan oleh Datuk Billy supaya beliau terut melakukan perkara yang sama sekiranya beliau tidak dicalonkan pada masa depan.

Satu sejarah, satu lembaran baru tercipta di Nanga Bawai untuk Partu Rakyat Sarawak.


Thursday, 11 April 2013

JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN PARTI LAIN





Melalui risikan admin baru-baru ini, didapati seorang bekas MP yang bergelar Datuk terus melobi supaya nama beliau terus dicalonkan pada PRU13 yang akan datang.



Sebelum ini, Presiden Parti Rakyat Sarawak mengumumkan bahawa Parti hanya memberikan satu nama saja untuk calon PRS BN di Hulu Rejang. Keadaan ini terus menghantui dan mendesak beliau untuk mencari seseorang bagi membantu beliau untuk melobi pucuk pimpinan BN pusat iaitu Dato Seri Najib Razak. Difahamkan, Datuk Billy Abit Joo telah mendapatkan bantuan dari seseorang yang bergelar Datuk yang mempunyai pengaruh di dalam Parti PBB. Datuk Billy Abit Joo kerap kali bertemu dengan Datuk Bustari yang merupakan adik kepada YB Fadilah.

Presiden Parti Rakyat Sarawak menegaskan, keputusan untuk tidak mencalonkan Datuk Billy Abit Joo adalah keputusan seluruh Parti dan dipersetujui oleh beliau selaku Presiden Parti. Menurut Tan Sri Dr. James Jemut Masing, Datuk Billy Abit Joo harus memberikan laluan kepada calon baru iaitu Wilson Ugak Kumbong bagi meneruskan agenda BN untuk membawa pembangunan ke kawasan Hulu Rejang secara berterusan tercapai. Mesej dari Presiden Parti Rakyat Sarawak cukup jelas untuk Datuk Billy Abit Joo untuk membantu calon BN dalam memastikan kemenangan berpihak kepada BN di Hulu Rejang.

Sebelum ini juga, Dato Seri Najib menasihatkan agar calon yang tidak disenaraikan untuk tidak melakukan sabotaj kepada parti BN tetapi sebaliknya membantu parti dalam memastikan kemenangan yang bergaya buat BN. 

Admin menasihatkan Datuk Billy Abit Joo supaya belajar bagaimana untuk menghormati pucuk pimpinan parti dan terus menjadi ahli BN yang setia tanpa melakukan sesuatu yang merugikan Parti BN. Admin juga ingin menasihatkan supaya Datuk Bustari memberhentikan niat beliau bagi mencampuri urusan parti orang lain. Seharusnya, Datuk Bustari membantu dalam memperkukuhkan, memperkasakan Parti BN Sarawak dalam memastikan kemenangan BN pada PRU13 dan mempertahankan Putrajaya.

http://matakkayau.blogspot.com/2012/07/kenapa-datuk-billy-abit-joo-perlu.html

GELOMBANG BIRU !!!



Tuesday, 10 July 2012

Kenapa Datuk Billy Abit Joo perlu berundur ?

Isu penguguran MP P216 Hulu Rejang Datuk Billy Abit kini kian diperkatakan. P216 dibahagikan kepada DUN iaitu N56 Balleh yang di sandang oleh YB Tan Sri Dr James Masing yang mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 11,775 orang dan DUN N57 Belaga yang di sandang oleh YB Liwan Lagang yang mempunyai pengundi berdaftar seramai 8,568 orang.

Parlimen Hulu Rajang P216 mempunyai sejarah pewakilan nya tersendiri yang mana Tun Temengong Jugah pernah menjadi MP Hulu Rejang sejak 1963 sehingga 1970 tanpa melalui proses pilihanraya yang mana ketika itu proses pilihanraya bagi Parlimen belum lagi dilakukan.


Berpandukan carta di atas, Datuk Billy Abit telah terpilih menjadi MP Hulu Rajang semenjak 1990 sehingga 2012 (5 Penggal) bersamaan dengan 22 tahun. Dia merupakan MP yang paling lama bagi P216 Hulu Rajang. Maka wajarlah sekiranya Datuk Billy Abit memberikan ruang dan peluang untuk calon yang lebih muda dan lebih cergas sepertimana yang rakyat perlukan.

Khabar angin mengatakan Tan Sri Dr James menamakan En. Wilson Ugak sebagai calon Hulu Rajang untuk PRU13 yang akan datang. Namun demikian, PRS tidak pernah membelakangkan kepentingan Orang Ulu.

ADUN PRS. 

8 Ahli Dewan Undangan Negeri.

7 orang daripadanya adalah Iban, manakala PRS memperuntukkan.
  1. 1 Full Minister.
  2. 1 Assistant Minister
  3. 2 Iban Political Secretary 
  4. 1 Bidayuh Political Secretary


Seorang daripadanya adalah Kayan. PRS memperuntukkan.

  1. 1 Assistant Minister.
  2. 1 kayan Political Secretary.
Note : Kayan, of Orang Ulu origin, has 100% accommodation in PRS. 

Diharapkan semua pembaca Matak Kayau memahami kenapa Datuk Billy harus melepaskan dan memberikan ruang kepada calon yang lebih muda. Beliau merupakan antara wakil rakyat yang paling lama di P216 Hulu Rajang. Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk Datuk Billy mengundurkan diri dan memberikan tumpuan yang lebih kepada keluarga.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...