Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Monday, 20 May 2013

ADAM ADLI SENGGAL DISAHKAN SAKIT MENTAL


Admin menerima info dari seorang sahabat bahawa Chegu Bard dan budak senggal Adam Adli akan menganjurkan perhimpunan haram bagi tujuan untuk menggulingkan kerajaan yang sedia ada. Senggal Adam Adli dan Chegu Bard melanggar perlembagaan demokrasi sekiranya melakukan perhimpunan haram bagi menggulingkan kerajaan sedia ada pada ahad ini. Difahamkan, mereka hebat menghebahkan berita mengenainya melalui "sms" dan menyarankan semua orang mengenakan T-Shirt hitam dan membawa beberapa barang untuk perhimpunan tersebut.

Di minta pihak berkuasa PDRM menyiasat kesahihan berita tersebut dan jangan bertolak ansur dengan mereka yang cuba menimbulkan kacau bilau.


Antara isi kandungan "sms" tersebut!!


Thursday, 17 January 2013

SARAWAK UNTUK SARAWAK HULU REJANG UNTUK HULU REJANG!!!


Parti Luar Berebut untuk Masuk Sarawak tanpa peduli Parti Pembangkang tempatan
RAKYAT SARAWAK tidak mungkin sekali membiarkan Negeri ini digadai kepada kuasa lain sebaliknya ini terus melihat pembangunan Negeri ini dipacu oleh Parti Asal Dari Sarawak sendiri. 
Sejak bersama membentuk Negara Bangsa Malaysia lagi, Rakyat Sarawak sendiri tidak pernah memberi ruang kepada orang luar untuk menggagu gugat kempimpinan Negari ini. Sebaliknya bekerjasama erat dengan kerajaan persekutuan dengan kehendak dan selera rakyat negeri ini sendiri.
Negeri Sarawak walaupun dalam Barisan Nasional tidak meminta rakannya UMNO untuk membuka kuasa di Negeri ini kerana anak-anak jati Sarawak masih lagi mampu melakukanya sendiri, maka Parti Kompenen BN seperti UMNO, MCA, dan MCI percaya kepada Rakyat Sarawak.
Jika dibandingkan dengan motif dan strategi PAKATAN RAKYAT pula, tampaknya mereka beriya-iya untuk masuk ke Sarawak ini dengan penuh keghairahan dan gelojoh sekali. PKR, DAP dan PAS masing-masing cuba menyobol kuasanya ke Negeri ini sehingga seringkali bertindih dengan budaya Sarawak.
Contohnya bila PAS nak masuk Lubok Antu, namun tanpa sengan silu menyatakan orang DAYAK masih tinggal atas pokok dan masih BERCAWAT!!!.
PAKATAN RAKYAT (PKR,DAP,PAS) PARTI POLITIK LUAR SARAWAK ini tidak kisah langsung pun dengan kewujudan PARTI Pembankang tempatan yang sedia ada sepertinya SNAP dan lain-lain.
Sekiranya Rakyat Sarawak memberi kuasa kepada parti luar ini untuk memerintah negeri ini, sudah pasti anak-anak jati sarawak akan terpinggir dan hak-hak keistimewaan yang ada sekarang ini akan hilang.  Kenapa kita nak bagi orang lain memerintah kita sedangkan kita mampu mengurusnya sendiri.
Jika benar niat PAKATAN RAKYAT untuk menjaga hak Anak Bumi Kenyalang ini, sudah pasti mereka akan bekerjasama dengan Parti Pembangkangan tempatan atau menubuhkan Parti Pembangkang Tempatan yang dipunyai oleh anak Sarawak sendiri. Namun disinilah Rakyat akan menilai kegelojohan kuasa mereka!!!
INGATLAH ANAK SARAWAK!!!! UNDI PR= MEMBUKA KUASA KEPADA ORANG LUAR SARAWAK MENGUASAI BUMI KENYALANG MILIK KITA INI!!

Wednesday, 2 May 2012

Panas!!! Anwar mendidik perjuang BERSIH untuk membunuh semua POLIS!!!

Matak kayau melahirkan rasa bersyukur kerana perhimpunan Bersih di Sarawak tidak seteruk di Semenanjung Malaysia. Ini menunjukkan bahawa, Sarawak mengamalkan politik yang sihat dan matang berpolitik !

Keadaan di Politik di Semenanjung begitu ganas sehingga ada yang sanggup melaungkan perkataan untuk membunuh Polis ! Kenapa harus untuk membunuh Polis sedangkan mereka hanya menjalankan tanggungjawab untuk memastikan keamanan negara. Apakah pengikut BERSIH ini merupakan anti POLIS ataupun mereka tidak mempunyai sahabat handai, saudara, kekawan yang menjadi POLIS!




Kepada pihak polis dan kekawan Polis di luar sana yang membaca article Matak Kayau ini, diharapkan anda semua bersabar kerana setiap perbuatan yang sekeji BERSIH itu akan mendapat balasan nya nanti. Kita tak perlu merasa tertekan dan takut untuk berada di pihak yang benar.



Monday, 2 April 2012

PANAS !!! PAS mahu Islamkan IBAN@DAYAK



Apakah maksud PAS untuk meletakan calon Iban di kawasan yang akan ditandingi masa PRU akan datang. Seperti yang kita sedia maklum, penubuhan parti PAS adalah untuk memperjuangkan Islam. Apakah kerana terdesak atau gila kuasa PAS sanggup meletakkan calon Iban semata-mata untuk meraih undi masyarakat Iban.

Sarawak adalah sebuah negeri yang bersih dari agenda perjuangan agama yang mana rata-rata penduduk Sarawak lebih suka hidup aman damai dikalangan berbilang kaum. Keadaan ini berterusan semenjak dahulu lagi. Diharapkan PAS tidak menghancurkan keamanan selama ini semata-mata untuk meraih undi dari anak Sarawak.

Ingat, dahulu Pemimpin PAS pernah mengeluarkan kenyataan " Orang Sarawak masih pakai cawat ". Ini merupakan satu penghinaan kepada orang Sarawak.

PAS boleh blah !!! Sarawak bukan tempat mu untuk menagih simpati...

Orang Sarawak akan mengundi Parti Sarawak. 


Sumber diperolehi dari link di bawah.

http://www.thesundaily.my/news/337366


DAYAK SAYANG SARAWAK !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...