Showing posts with label SPDP. Show all posts
Showing posts with label SPDP. Show all posts

Saturday, 24 August 2013

APAKAH PERMAINAN POLITIK ROS DAN NAJIB


Admin agak hairan dan pelik melihat akan tindakan R.O.S yang meluluskan pendaftaran PBDS Baru. Kenapa admin merasa pelik?

Sebelumnya, ROS telah meluluskan Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang mana terang-terangan menentang Parti Rakyat Sarawak yang boleh dilabelkan sebagai "Dayak Base Party". Apakah muslihat yang sedang di rancang oleh ROS? Apakah ROS mempunyai agenda yang tersembunyi melalui pengaruh " Tangan Ghaib" bagi tujuan untuk menjatuhkan PRS. Kenapa PRS kini seakan-akan menjadi sasaran politik kotor. Apakah ini kerana PRS yang tampak begitu utuh dan unggul pada PRN dan PRU yang lepas? Tatkala, SPDP dan SUPP mengalami kemelut dalaman yang agak kritikal. Apakah PRS akan kekal terus unggul sepertimana mereka mengecewakan SWP pada PRU13 yang lepas? Apakah kerana kegagalan SWP untuk mengalahkan PRS pada PRU13 yang lepas, ROS mula mengatur strategi yang baru dengan meluluskan PBDS Baru yang mana kemungkinan PBDS Baru dan PRS akan bertembung pada PRN yang akan datang. PBDS Baru dan PRS mempunyai identiti yang hampir sama yang mana memperjuangkan Dayak.

ROS seakan-akan memperkotak-katikan politik Dayak dengan beranggapan bahawa politik dayak amat senang dipermainkan. Persoalannya sekarang, apakah PBDS Baru akan memberi impak kepada landskap politik Dayak secara keseluruhan? Apakah pemimpin-pemimpin Dayak yang berkampung di Parti Keadilan Rakyat akan menyertai PBDS Baru. Sekiranya perkara ini berlaku, bermakna PKR Sarawak akan dibubarkan dan memberi ruang kepada PBDS Baru.

Sejauh mana PRS mampu bertahan? Sejauh mana kehebatan PRS dalam mempertahankan kawasan yang dimenangi pada PRN10 yang lepas? Sekiranya, PRS, SPDP dan SUPP tak mampu bertahan, ini bermakna Sarawak hanya diwakili oleh parti PBB sahaja.

Apakah permainan ROS dan Najib?


Monday, 20 May 2013

PANAS! TAIB, SAYA TAK TERLIBAT JANGAN BABITKAN NAMA SAYA


Menurut laporan dan pengesahan bahawa Ketua Menteri Sarawak tak masuk campur dalam menentukan barisan kabinet yang baru diumumkan oleh YAB Dato Seri Najib.

Apakah ini menunjukan bahawa Dato Seri Najib yang sengaja meminggirkan dua parti politik dari Sarawak , PRS dan SPDP?

Semua persoalan ini bakal terjawab dalam beberapa hari lagi.

Sunday, 19 May 2013

NAJIB ABAIKAN PRS & SPDP


Kewibawaan Najib teruji selaku Perdana Menteri Malaysia berikutan kontroversi pelantikan jawatan menteri yang seakan meminggirkan dua parti dari Sarawak. Parti Rakyat Sarawak dan SPDP yang berjaya mempertahankan 10 kerusi memberikan mandat kepada beliau sekali gus mengekalkan Putrajaya dan jawatan Perdana Menteri.

Namun demikian, hasil kerja keras kedua-dua parti seakan-akan tidak di pandang oleh YAB Dato Seri Najib apabila beliau hanya sekadar menawar 2 jawatan timbalan menteri kepada PRS pada awalnya dan tiada pelantikan dari SPDP. Tindakan beliau membayangkan bahawa Dayak dan PRS SPDP tidak membawa sebarang makna kepada pembentkan kerajaan BN. Keadaan ini semakin bertambah teruk apabila kedua-dua penyokong parti saban hari melahirkan rasa tak puas hati berikutan barisan kabinet menidakan PRS dan SPDP. Ada juga suara sumbang yang turut kedengaran apabila ada Dayak berkata bahawa PRS dan SPDP harus keluar BN sekiranya pucuk pimpinan BN tidak menghargai kedua-dua parti. Namun demikian kedua-dua Presiden parti menegaskan bahawa Parti akan terus bersama BN biarpun apa sekali kemungkinannya.

Melalui "sms" maupun email yang di terima admin, rata-rata kaum Dayak terus berdiri teguh di belakang parti apa pun keputusan yang di ambil.

Saban hari Dayak, menunggu pengumuman Dato Seri Najib apakah SUARA DAYAK akan didengari oleh beliau atau pun beliau terus dengan keegoan beliau tatkala boleh mencalar imej beliau selaku ketua BN di mana kegagalan beliau berlaku adil dalam pengkongsian kuasa dikalangan komponen parti BN.

Admin percaya dalam masa terdekat YAB Dato Seri pasti akan mengumumkan sesuatu yang menjernihkan keadaan sekali gus mendapatkan semula keyakinan Dayak terhadap pimpinan beliau.

Pesanan admin buat Dato Seri Najib!

Sebelum PRU13 Dato Seri meminta mandat yang besar dari Dayak, ya kami berikan mandat 100% kepada Tuan.

Selepas PRU13, Dayak minta apa yang sepatutnya, diharapkan Tuan memperdulikannya kerana kami peduli permintaan Tuan.

Salam Transformasi dan salam 1 Malaysia!

Saturday, 18 May 2013

AKHIRNYA : UMNO BERSETUJU DENGAN PRS


Akhirnya, blogger UMNO turut bersetuju dan sependapat dengan pendirian Parti Rakyat Sarawak.

Parti Rakyat Sarawak memang berhak mendapat jawatan yang penting malahan kalau boleh perlu di tambah lagi quota perlantikan dari PRS berikutan sumbangan PRS kepada pembentukan Kerajaan BN.

Diharapkan YAB Dato Seri Najib turut bersetuju dan sependapat dengan pendirian PRS. Admin, percaya Dato Seri Najib mampu membuat keputusan dalam masa yang terdekat ini.

Admin ucapkan terima kasih kepada teman blogger Anti-DAP Club.

Salam Transformasi dari Borneo.

Thursday, 16 May 2013

MILIK SIAPAKAH TANGAN INI ?



Apakah "Tangan Ghaib" ini turut memainkan peranan dalam menentukan barisan senarai nama kabinet yang baru diumumkan Najib semalam. "Tangan Ghaib" ini seakan-akan mempunyai agendanya tersendiri apabila Parti Rakyat Sarawak dan SPDP secara terus-terusan di uji dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

Secara amnya, politik Dayak kini kian teruji semenjak kemusnahan Parti PBDS dulunya yang di pimpin oleh Tan Sri Leo Moggie. Kemusnahan PBDS juga dikaitkan dengan kejadian "Tangan Ghaib" yang menyebabkan berlakunya TSUNAMI politik katak. Kehancuran parti Dayak PBDS ini tak akan lupus dari ingatan kaum Dayak yang mana kian hari, saban hari penglibatan "Tangan Ghaib" berlaku dalam memastikan politik Dayak dihapuskan.

Penglibatan "Tangan Ghaib" tak berhenti setakat itu saja, malahan selepas penubuhan Parti Rakyat Sarawak dan SPDP yang mana serpihan dari pecahan PBDS dahulu turut kelihatan. Keadaan ini pertama kalinya teruji apabila Parti Rakyat Sarawak di uji ketika berlakunya krisis dua presiden. Namun demikian, Parti Rakyat Sarawak yang diterajui oleh Tan Sri Dr James Jemut Masing masih mampu berdiri sehingga ke hari ini berikutan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin yang berada di PRS dan memecat Larry Sng dan pengikutnya, berikutan cubaan mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dr James Jemut Masing dan pengikutnya.

SPDP juga tak ketinggalan dalam ujian si "Tangan Ghaib" apabila parti SPDP mengalami krisis dalaman yang mana menyaksikan 5 orang pemimpin keluar parti dan mengangap mereka "BN5 Club". Kebijaksanaan Tan Sri William Mawan diperlukan dalam menangani permasalahan yang juga dikaitkan dengan si "Tangan Ghaib" bagi tujuan melemahkan parti SPDP sekali gus dengan berniat menghapuskan parti tersebut. Spekulasi demi spekulasi ditimbulkan bagi melaga-lagakan kedua-dua parti PRS dan SPDP supaya perpecahan politik Dayak terus berlaku namun, hasil dari kesabaran dan pengelaman Tan Sri Dr James Jemut dan Tan Sri William Mawan terus mendiamkan diri kerana mereka tahu semua itu tidak akan mendatangkan faedah kepada malahan memungkinkan perpecahan parti seperti yang didambakan oleh si "Tangan Ghaib".

Sekali lagi, PRS teruji apabila Sarawak Worker Parti telah didaftarkan oleh ROS di saat PRU13 bakal menjelang. SWP yang diterajui oleh Larry Sng telah bertanding di 6 kerusi yang ditandingi oleh PRS. Persoalan demi persoalan terus mendatang, kenapa pendaftaran SWP begitu senang dilakukan wahal banyak lagi parti dayak yang lainnya telah memohon tetapi belum lagi diluluskan oleh ROS.Namun demikian, PRS terus gagahi bagi memastikan kesemua 6 kerusi ditandingi tidak jatuh ke tangan SWP. Melalui risikan dan pertanyaan, admin mendapat tahu bahawa ada penglibatan si "Tangan Ghaib" dalam memastikan SWP didaftarkan oleh ROS.

Selepas selesai PRU13, SPDP dan PRS terus berjaya dalam mengekalkan 10 kerusi yang ditandingi oleh kedua-dua parti. Paling manis apabila PRS mampu menafikan SWP dan 2 kerusi yang ditandingi oleh SWP kehilangan deposit. Manakala SPDP terpaksa mencalonkan Presdennya Tan Sri William Mawan bagi memastikan kerusi Saratok terus menjadi milik SPDP. Apa yang amat mengecewakan, semasa pengumuman senarai nama kabinet yang di lantik, hanya 1 Menteri dan 1 Timbalan Menteri telah diberikan kepada PRS manakala tiada slot bagi SPDP. Kedua-dua parti telah berkerja keras bagi memastikan kedua-dua parti menang 100% di kesemua kerusi yang ditandingi.

PERSOALANNYA SEKARANG, APAKAH SI "TANGAN GHAIB" TURUT TERLIBAT SAMA DALAM MEMASTIKAN SENARAI NAMA KABINET? 

SIAPAKAH SI "TANGAN GHAIB" INI? 

APAKAH POLITIK DAYAK AKAN TERUS DIHANTUI OLEH TANGAN GHAIB?

Wednesday, 15 May 2013

SENARAI NAMA KABINET BARU KERAJAAN MALAYSIA



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah mengumumkan Kabinet yang baru di pejabatnya di Putrajaya.
Barisan kabinet baru itu dijangka menyaksikan satu pasukan yang mampu menjana idea-idea baru untuk meneruskan agenda transformasi nasional yang dicetuskan Najib.
Menurut Perdana Menteri, barisan cabinet yang baru dilantik itu merupakan kabinet yang berimbang, campuran antara muka lama dan muka baru.

Senarai Rasmi Menteri Kabinet Baru 2013

Perdana Menteri  
Najib Tun Razak [kekal]

Timbalan Perdana Menteri 
Muhyiddin Yassin [kekal]

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 
Jamil Khir [kekal]
Abdul Wahid Omar [Senator]
Idris Jala [Senator]
Shahidan Kassim [Naik taraf]
Nancy Shukri
Joseph Entulu
Razali Ibrahim
Paul Low Seng Kwan (Senator)

TIMBALAN MENTERIdi JPM : Razali Ibrahim
WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (Senator)

Menteri Kewangan.
(1) MENTERI KEWANGAN I: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
(2) MENTERI KEWANGAN II: DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan Menteri Kewangan.
(3) DATUK AHMAD BIN MASLAN [naik taraf]

Menteri Pertahanan
Hishammuddin Hussien Onn [bertukar]
Timbalan : Rahim Bakri

Menteri Pertanian Industri Tani.
Ismail Sabri [bertukar portfolio]
Timbalan : Tajuddin Bin Abdul Rahman

Menteri Pengangkutan
Tiada.
Dipangku oleh Hishammuddin Hussien.
Timbalan : Aziz Kaprawi.

Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi [Gabungan 2 kementerian]
Muhyiddin Yassin [kekal]
Idris Jusoh ( II ) [baru]
Timbalan Menteri PPT : DATUK MARY YAP KAIN CHING [baru]
P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN [baru]
 
Menteri Dalam Negeri [KDN]
Zahid Hamidi [bertukar portfolio]
Timbalan : Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Nazri Aziz [Naik taraf]
Timbalan : Joseph Salang Anak Gandum

Menteri Luar Negeri
Anifah Aman [kekal]
Timbalan : Hamzah Bin Zainuddin

Menteri Kerja Raya 
Fadillah Yusof
Timbalan :Rosnah Binti Abdul Rashid

Menteri Kesihatan 
Subramanian
Timbalan : Hilmi Bin Yahya

Menteri Belia Dan Sukan 
Khairy Jamaluddin  [baru]
Timbalan : Datuk M.Saravanan

Menteri Sumber Manusia 
Datuk Richard Riot  [baru]
Timbalan : Ismail Bin Mutalib

Menteri Perdagangan Dan Industri [MITI]
Mustafa Mohammed [bertukar]
Timbalan : Hamim Bin Samuri 

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi 
Ewon Ibin
Timbalan : Abu Bakar Bin Mohd Diah

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar 
G. Palanivel
Timbalan : James Dawot Mamit

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air 
Maximus Ongkili [kekal]
Timbalan : Mahdzir Bin Khalid

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah 
Shafie Afdal [kekal]
Timbalan : Alexander Nanta Linggi

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi 
Douglas Unggah [baru]
Timbalan : Noriah Binti Kasnon

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Rohani Bin Abdul Karim
Timbalan : Azizah Binti Mohd Dun

Menteri Komunikasi Multimedia [ganti kementerian penerangan]
Ahmad Sabery Cheek [bertukar]
Timbalan : Jailani Bin Johari.

Menteri Wilayah Persekutuan
Adnan Tengku Mansor [naiktaraf]
Timbalan : DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (Senator)

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Abdul Rahman Dahlan
Timbalan : Halimah Bin Mohd Saddique

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Hasan Bin Malek
Timbalan : Ahmad Bashah Bin Mohd Hanipah

Ringkasan :
Perdana Menteri : 1 Jawatan
Timbalan Perdana Menteri : 1 Jawatan
Menteri : 30 jawatan [termasuk timbalan perdana menteri]
Timbalan Menteri : 27 jawatan.
Jumlah Jawatan : 57 jawatan.
Jumlah senator sedia ada : 1 orang
Jumlah senator yang akan dilantik : 5 orang. 2 menteri 3 timbalan menteri.
Jumlah backbenchers 82 orang.

Di Mana letaknya kepentingan PRS dan SPDP dalam line up yang diumumkan oleh Najib? 

Apakah Parti yang mewakili kaum Dayak akan terus dipinggirkan? 

Apakah Najib lupa bahawa 10 kerusi yang disumbangkan oleh PRS dan SPDP membuatkan dia berasa lega untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri? 

Najib, janganlah seperti kacang lupakan kulit! 


APA LAGI NAJIB MAU ?


Pengumuman barisan kabinet kerajaan baru yang dilakukan Najib petang semalam ternyata membuatkan rasa tidak puas hati dikalangan penyokong parti PRS dan SPDP. Sebelumnya, PRS memenangi 6 kerusi (100%) dan membaiki majoriti yang dimenangi. Manakala SPDP pula memenangi 4 kerusi (100%) walaupun ada penurunan majoriti.

Parti Rakyat Sarawak cuma mendapat dua slot di kabinet kerajaan baru yang diumumkan oleh Najib semalam. Datuk Joseph Entulu telah di lantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri sementara Datuk Joseph Salang di lantik menjadi Timbalan Menteri Pelancongan. Keadaan ini, sedikit sebanyak membuat rasa tak puas hati berlaku dikalangan penyokong PRS. Datuk Joseph Salang telah menolak perlantikan beliau manakala Datuk Joseph Entulu pada mulanya menolak tetapi akur untuk menerima jawatan tersebut selepas di pujuk.

Semalam Admin, memerhatikan tweeter Najib dihujani oleh tweet rasa tak puas hati dari penyokong PRS. Rata-rata semua mereka meluahkan rasa tak puas hati kerana sepatutnya, Najib memberikan jawatan yang lebih penting sekali gus dapat membantu rakyat di Sarawak khasnya. Tindakan Najib seolah-olah memperkecilkan, tak mengiktiraf sumbangan PRS ke atas kemenangan BN pada PRU13 yang lepas.

Paling menyedihkan adalah, SPDP langsung tak mempunyai wakil di kabinet yang diumumkan oleh Najib. SPDP juga turut menyumbangkan 4 kerusi. Namun tiada satu pun yang di pilih untuk menjadi wakil di kabinet baru kerajaan Najib!

Tak apa! mungkin 10 kerusi tak membawa makna buat Najib!!

APA LAGI NAJIB MAU ???

Thursday, 12 July 2012

Judat bercakap mengenai kebenaran , Mawan tak mampu bertindak

Judat pernah mengeluarkan kenyataan dan pendirian beliau berhubung perbalahan beliau dengan Datuk Joseph Salang punca beliau akan keluar Parti SPDP. Judat menegaskan bahawa Judat akan bertanding di Julau tanpa memberitahu melalui tiket SWP atau sebaliknya, sekiranya PRS mencalonkan Datuk Joseph Salang bagi mempertahankan kerusi Julau. Namun demikian, Judat menegaskan dia tidak menentang PRS,SPDP mahupun BN kerana dia hanya menentang pencalonan Datuk Joseph Salang.
http://www.theborneopost.com/2012/07/12/mawan-wong-to-meet-in-a-weeks-time-over-issue/


Sebagai seorang yang bijak, kita mampu menilai kenyataan yang dikeluarkan oleh Judat merupakan satu kenyataan yang tidak konsisten dan cuba memutar-belitkan keadaan yang sebenarnya. Apakah Judat menentang pencalonan Datuk Joseph Salang atau Judat mempunyai niat untuk menyertai SWP yang diketuai oleh Larry Sng dan Datuk Sng yang banyak memberi sogokan wang terhadap rakyat untuk meraih undi. Matak Kayau juga difahamkan, bahawa Judat menerima sebuah kereta mewah dari Datuk Sng bagi membolehkan Judat membantu SWP untuk berkempen bagi pihak SWP untuk meraih undi dari kaum Dayak khasnya.

Matak Kayau juga mendapat tahu bahawa Judat telah menyertai SWP berkempen di Lubuk Antu hujung minggu lepas. Semasa kempen tersebut, Judat telah memburukan MP Lubuk Antu yang disandang oleh YB William Nyallau. Apakah ini yang diperkatakan oleh Judat bahawa dia menentang pencalonan Datuk Joseph Salang saja, tapi yang berlaku disebaliknya dimana dia cuba memburuk-burukan nama pemimpin PRS untuk meraih undi dayak di Lubuk Antu.

Maka tak hairanlah sedikit masa lagi, Judat akan memburukan pemimpin PRS yang lainnya pula. Ini adalah kerana penubuhan SWP adalah berdasarkan dendam kesumat di antara keluarga Sng yang mana Larry Sng telah di pecat dari PRS berikutan cubaannya untuk menyingkirkan Presiden Tan Sri Dr James Masing.

Persoalannya sekarang terarah kepada Presiden SPDP William Mawan Ikom yang ternyata tak mampu melakukan apa-apa terhadap Judat yang ternyata kebal. Kredibiliti Mawan masa kini tercalar kerana sebagai seorang Presiden parti, dia seharusnya mampu memperbetulkan keadaan. Keadaan ini berlarutan tanpa ada tindakan dari Presiden SPDP yang menampakkan kelemahan dia sebagai seorang pemimpin dan seorang Presiden parti. Rakyat sekarang sudah membuat spekulasi sendiri, yang mana rakyat tidak hairan kenapa G5 bertindak keluar parti. Ini adalah kerana kelemahan yang dimiliki oleh seorang Presiden parti yang ternyata tak mampu menguruskan parti dan tidak mampu membuat keputusan bagi membetulkan keadaan. Apakah ini titik tolak perpecahan SPDP akan berlaku dan kemungkinan SPDP akan hancur dek kelemahan Presiden Parti itu sendiri.

Desas-desus mengatakan bahawa Presiden SPDP tak mampu membuat keputusan kerana dipengaruhi oleh individu yang menaja atau "banker" kepada pengerakan parti SPDP. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan pengikut dayak keluar dari SPDP.

Sebagai seorang Presiden Parti, Wlliam Mawan harus mampu mengawal YB-YB yang bernaung di bawah parti itu sendiri.
Kemusnahan SPDP akan bermula sekiranya, Presiden SPDP terus gagal dalam mengawal YB-YB parti itu. 




Tuesday, 1 May 2012

Panas : Ke mana Mawan menghilang !







Perbalahan antara penyokong dan pengikut SPDP dan PRS kian hangat diperkatakan. Perbalahan ini berlaku semasa apabila Wong Judat menyatakan menyokong penubuhan SWP yang telah menyatakan secara terbuka akan meletakkan calon di semua kawasan PRS. Mengikut laporan dari penyokong dan pengikut PRS di kawasan Julau, Wong Judat telah mengerahkan jenteranya untuk berkempen untuk SWP, malahan Judat sendiri pernah menyatakan semasa pertemuan dengan penduduk di Julau.

Berikutan kejadian berikut "Sabotaj", berikut ulasan dari Datuk Joseph Entulu yang juga merupakan "PRS Deputy President".

Datuk Joseph Entulu, pernah menegur Judat supaya tidak menganggu ataupun "sabotaj" Dato Joseph Salang sekiranya Judat masih orang BN (SPDP). Beliau juga, turut menegur bahawa tindakan Judat itu lebih memudahkan pembangkang PR untuk menawan kerusi BN pada PRU13 nanti.

Sehingga ke hari ini, Tan Sri William Mawan Ikom tak mampu berkata apa-apa terhadap insiden sabotaj di Julau yang melibatkan Judat. Apakah peranan Presiden SPDP itu, di mana kuasa yang mutlak seorang Presiden parti untuk mengambil tindakan terhadap seorang ahli parti yang diterajui oleh beliau. Perbuatan mendiamkan diri itu, menguatkan lagi tomohan orang luar bahawa Presiden SPDP hanyalah boneka yang mana ada individu yang mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan hala tuju parti SPDP.




Keadaan ini dikeruhkan lagi dengan insiden baru-baru ini di Baram apabila penyokong Jacob Dungau membawa kain rentang untuk menyokong kepimpinan Jacob di Baram. Penyokong dan pengikut PRS sekali lagi terguris apabila kain rentang tersebut yang dicetak tanpa logo PRS yang mana hanya Logo BN, SPDP, PBB & SUPP. Keadaan ini mengeruhkan krisis kedua-dua parti ini.

Sebelumnya, Sarawak Social Media Association telah mengadakan konvensyen di Hotel ternama di Kuching. Kehadiran dianggarkan seramai 500 orang termasuk media tempatan. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Sekali lagi insiden tidak disenangi oleh pengamal media PRS apabila seorang blogger SPDP dan kebanyakkan orang SPDP menggelar dia sebagai OTAI berikutan beliau telah lama berkecimpung dalam arena politik Sarawak. OTAI ini difahamkan telah membawa seorang agent SWP yang mana sememangnya rapat dengan Dato Sng. Konvensyen tersebut yang sepatutnya dihadiri oleh pengamal media BN sahaja tetapi telah dibocori oleh seorang parti luar kerana si OTAI tersebut. Keadaan ini menimbulkan rasa tak senang hati dikalangan pengamal media PRS !!!



Persoalannya sekarang terarah kepada Tan Sri William Mawan Ikom selaku Presiden SPDP. Apakah tindakan beliau untuk mengelakkan perkara seperti ini terus berlaku atau Tan Sri William Mawan Ikom akan terus membisu tanpa ada sebarang tindakan terutamanya, permasalahan di Julau !!!








Friday, 30 March 2012

MERDEKA VS MAU DUIT KA?




Dayak oh Dayak! Mau kah kamu menjadi seperti ini?? Mau kah kamu kalau bangsa lain menilai kita begini??






Dimana harus kamu bersatu?? Dimana kamu perlu berjuang?? Jangan sampai Dayak berputih mata suatu hari nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...