Showing posts with label Donald Lawan. Show all posts
Showing posts with label Donald Lawan. Show all posts

Thursday, 16 May 2013

MILIK SIAPAKAH TANGAN INI ?



Apakah "Tangan Ghaib" ini turut memainkan peranan dalam menentukan barisan senarai nama kabinet yang baru diumumkan Najib semalam. "Tangan Ghaib" ini seakan-akan mempunyai agendanya tersendiri apabila Parti Rakyat Sarawak dan SPDP secara terus-terusan di uji dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

Secara amnya, politik Dayak kini kian teruji semenjak kemusnahan Parti PBDS dulunya yang di pimpin oleh Tan Sri Leo Moggie. Kemusnahan PBDS juga dikaitkan dengan kejadian "Tangan Ghaib" yang menyebabkan berlakunya TSUNAMI politik katak. Kehancuran parti Dayak PBDS ini tak akan lupus dari ingatan kaum Dayak yang mana kian hari, saban hari penglibatan "Tangan Ghaib" berlaku dalam memastikan politik Dayak dihapuskan.

Penglibatan "Tangan Ghaib" tak berhenti setakat itu saja, malahan selepas penubuhan Parti Rakyat Sarawak dan SPDP yang mana serpihan dari pecahan PBDS dahulu turut kelihatan. Keadaan ini pertama kalinya teruji apabila Parti Rakyat Sarawak di uji ketika berlakunya krisis dua presiden. Namun demikian, Parti Rakyat Sarawak yang diterajui oleh Tan Sri Dr James Jemut Masing masih mampu berdiri sehingga ke hari ini berikutan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin yang berada di PRS dan memecat Larry Sng dan pengikutnya, berikutan cubaan mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dr James Jemut Masing dan pengikutnya.

SPDP juga tak ketinggalan dalam ujian si "Tangan Ghaib" apabila parti SPDP mengalami krisis dalaman yang mana menyaksikan 5 orang pemimpin keluar parti dan mengangap mereka "BN5 Club". Kebijaksanaan Tan Sri William Mawan diperlukan dalam menangani permasalahan yang juga dikaitkan dengan si "Tangan Ghaib" bagi tujuan melemahkan parti SPDP sekali gus dengan berniat menghapuskan parti tersebut. Spekulasi demi spekulasi ditimbulkan bagi melaga-lagakan kedua-dua parti PRS dan SPDP supaya perpecahan politik Dayak terus berlaku namun, hasil dari kesabaran dan pengelaman Tan Sri Dr James Jemut dan Tan Sri William Mawan terus mendiamkan diri kerana mereka tahu semua itu tidak akan mendatangkan faedah kepada malahan memungkinkan perpecahan parti seperti yang didambakan oleh si "Tangan Ghaib".

Sekali lagi, PRS teruji apabila Sarawak Worker Parti telah didaftarkan oleh ROS di saat PRU13 bakal menjelang. SWP yang diterajui oleh Larry Sng telah bertanding di 6 kerusi yang ditandingi oleh PRS. Persoalan demi persoalan terus mendatang, kenapa pendaftaran SWP begitu senang dilakukan wahal banyak lagi parti dayak yang lainnya telah memohon tetapi belum lagi diluluskan oleh ROS.Namun demikian, PRS terus gagahi bagi memastikan kesemua 6 kerusi ditandingi tidak jatuh ke tangan SWP. Melalui risikan dan pertanyaan, admin mendapat tahu bahawa ada penglibatan si "Tangan Ghaib" dalam memastikan SWP didaftarkan oleh ROS.

Selepas selesai PRU13, SPDP dan PRS terus berjaya dalam mengekalkan 10 kerusi yang ditandingi oleh kedua-dua parti. Paling manis apabila PRS mampu menafikan SWP dan 2 kerusi yang ditandingi oleh SWP kehilangan deposit. Manakala SPDP terpaksa mencalonkan Presdennya Tan Sri William Mawan bagi memastikan kerusi Saratok terus menjadi milik SPDP. Apa yang amat mengecewakan, semasa pengumuman senarai nama kabinet yang di lantik, hanya 1 Menteri dan 1 Timbalan Menteri telah diberikan kepada PRS manakala tiada slot bagi SPDP. Kedua-dua parti telah berkerja keras bagi memastikan kedua-dua parti menang 100% di kesemua kerusi yang ditandingi.

PERSOALANNYA SEKARANG, APAKAH SI "TANGAN GHAIB" TURUT TERLIBAT SAMA DALAM MEMASTIKAN SENARAI NAMA KABINET? 

SIAPAKAH SI "TANGAN GHAIB" INI? 

APAKAH POLITIK DAYAK AKAN TERUS DIHANTUI OLEH TANGAN GHAIB?

Wednesday, 15 May 2013

SNOWDAN LAWAN DI PECAT DARI PARTI RAKYAT SARAWAK

DI MANA SETIA BARISAN NASIONAL SNOWDAN LAWAN.

Tindakan Donald Lawan yang turut bertanding menentang Masir Kujat dari Parti Rakyat Sarawak (BN) di P202 Sri Aman membuatkan karier politik anaknya Snowdan Lawan berakhir. Snowdan Lawan merupakan wakil rakyat bagi DUN Balai Ringin N25. Tindakan bapanya yang tidak menghiraukan teguran dari Presiden Parti Rakyat Sarawak seakan-akan menunjukan pintu keluar buat anaknya Snowdan Lawan dari Parti Rakyat Sarawak. Snowdan Lawan telah menjadi wakil rakyat bagi N25 Balai Ringin selama dua penggal dan bertanding atas tiket Parti Rakyat Sarawak.

Sebelumnya, Tan Sri Dr James Masing telah menegur Snowdan Lawan supaya menjauhkan diri dari bapanya Donald Lawan yang menentang YB Masir Kujat. Namun demikian, Snowdan Lawan turut tidak mengindahkan teguran dari Presiden PRS, sebaliknya Snowdan Lawan bergerak aktif membantu bapanya berkempen. Snowdan Lawan tidak pernah membantu YB Masir Kujat berkempen maupun telah di jemput. Di sepanjang tempoh berkempen, Snowdan Lawan telah memburuk-burukan Barisan Nasional yang mana beliau sendiri telah menang di N25 Balai Ringin di atas tiket Barisan Nasional dan Parti Rakyat Sarawak. Berikutan itu, Tan Sri Dr James Masing berkemungkinan dan menyingkirkan Snowdan Lawan dari PRS sekiranya persetujuan di capai semasa mesyuarat bersama lembaga disiplin parti dilakukan kelak. Tan Sri Dr James Masing juga menyifatkan, tindakan dua beranak tersebut menyerupai tindakan Datuk Sng dengan anaknya Larry Sng yang nyata tidak menghormati pucuk pimpinan. Dengan mengambil iktibar dari yang berlaku sebelumnya, lembaga disiplin PRS berkemungkinan tidak akan bertolak ansur dengan orang-orang seperti ini kerana tindakan mereka pasti menganggu gugat kesetiaan dan perpaduan di dalam parti.

Tindakan yang kurang bijak dari Donald Lawan akan menyebabkan anaknya Snowdan Lawan akan disingkirkan dari PRS sekali gus menamatkan karier politik anaknya.

Tindakan Donald Lawan dan Snowdan Lawan turut di selar oleh penyokong kuatnya sendiri di N25 Balai Ringin.Ketua Pemuda PRS N25, kini menyerahkan bahan bukti kepada lembaga disiplin PRS untuk penilaian dan tindakan ke atas Snowdan Lawan.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...