Thursday 11 July 2013

NAJIB TERUS BERLAGAK SOMBONG

Najib masih mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang kata putus berkenaan dengan pemintaan Parti Rakyat Sarawak supaya mempunyai 2 Menteri Penuh di kabinet kerajaan. Parti Rakyat Sarawak yang berjaya mengekalkan 100% pada PRU13 yang lepas seharusnya diberikan jawatan Menteri Penuh dan bukannya sebagai Menteri Penuh yang hanya menghiasi pejabat Perdana Menteri.

UMNO merupakan sebuah parti yang terbesar dalam pakatan BN namun tidak seharusnya UMNO Najib meminggirkan PRS. Sekiranya PRS tidak membantu dengan 9 kerusi yang dimenangi, adakah Najib masih bergelar sebagai PM? Apakah nasib beliau serupa dengan Pak Lah juga?

Sebelumnya Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri James Jemut Masing mengeluarkan kenyataan bahawa "UMNO" perlu mengamalkan sistem pentadbiran perkongsian kuasa dalam mentadbir demi menjaga kestabilan dalam pakatan BN. Ini pasti menjadi satu keresahan untuk Pakatan Rakyat sekiranya BN terus bersatu tanpa meminggirkan parti yang kecil. Kenyataan beliau turut di sokong oleh barisan pemuda PRS Cr Ali Idap, Bakat dan Jesi.

Selaku Perdana Menteri, Najib harus memandang serius perkara ini demi menjaga kestabilan dalam pakatan BN.

"Apa Lagi Mau Najib"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...