Tuesday, 19 November 2013

SAVE SARAWAK RIVER UNTUK KEPENTINGAN PETER KALLANG

Apa yang anda faham pada logo yang dikenakan oleh persatuan "Save Sarawak River" ? Apakah ia sebuah persatuan yang mementingkan dalam menyelamatkan sungai di Sarawak atau semata-mata untuk kepentingan politik dan kepentingan peribadi?

Setakat ke hari ini, admin tak pernah melihat persatuan SAVE SARAWAK RIVER membuat sebarang aktiviti di dalam negeri Sarawak dalam menyedarkan rakyat bertapa penting nya sungai dan aktiviti pembersihan sungai. Apa yang admin pasti, Persatuan "Save Sarawak River" hanya berpusat di Baram dan Murum Dam dalam usaha menidakkan proses pembinaan empangan di Murum dan Baram.

Saudara Peter Kallang yang merupakan Pengerusi kepada Persatuan "Save Sarawak River" seakan-akan lebih gemar melakukan lawatan ke luar negeri ataupun luar negara atas aktiviti-aktiviti persatuan "Save Sarawak River". Apakah penubuhan persatuan "Save Sarawak River" bertujuan untuk kepentingan peribadi Peter Kallang untuk mendapatkan dana bagi tujuan beliau untuk melancong ke luar negara?


Alangkah bahagianya kehidupan Peter Kallang yang menikmati kehidupan mewah melalui Dana orang luar.

Peter Kallang bukan membela mahupun cintakan sungai tapi dia lebih sayang pada kehidupan mewah, maklumlah dah bersara dari pekerjaan di syarikat minyak. Untuk meneruskan kehidupan serba mewah dia terpaksa menubuhkan persatuan yang kononnya cintakan sungai tapi tak pernah kelihatan aktiviti-aktiviti memulihara sungai.

Peter Kallang cukuplah menipu kaum penan yang kononnya kamu adalah hero kepada kaum penan. Sebenarnya, Peter Kallang hanya mengutamakan kepentingan peribadi dia sendiri.

Peter Kallang hidup mewah, Penan hidup sengsara!

Saturday, 24 August 2013

APAKAH PERMAINAN POLITIK ROS DAN NAJIB


Admin agak hairan dan pelik melihat akan tindakan R.O.S yang meluluskan pendaftaran PBDS Baru. Kenapa admin merasa pelik?

Sebelumnya, ROS telah meluluskan Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang mana terang-terangan menentang Parti Rakyat Sarawak yang boleh dilabelkan sebagai "Dayak Base Party". Apakah muslihat yang sedang di rancang oleh ROS? Apakah ROS mempunyai agenda yang tersembunyi melalui pengaruh " Tangan Ghaib" bagi tujuan untuk menjatuhkan PRS. Kenapa PRS kini seakan-akan menjadi sasaran politik kotor. Apakah ini kerana PRS yang tampak begitu utuh dan unggul pada PRN dan PRU yang lepas? Tatkala, SPDP dan SUPP mengalami kemelut dalaman yang agak kritikal. Apakah PRS akan kekal terus unggul sepertimana mereka mengecewakan SWP pada PRU13 yang lepas? Apakah kerana kegagalan SWP untuk mengalahkan PRS pada PRU13 yang lepas, ROS mula mengatur strategi yang baru dengan meluluskan PBDS Baru yang mana kemungkinan PBDS Baru dan PRS akan bertembung pada PRN yang akan datang. PBDS Baru dan PRS mempunyai identiti yang hampir sama yang mana memperjuangkan Dayak.

ROS seakan-akan memperkotak-katikan politik Dayak dengan beranggapan bahawa politik dayak amat senang dipermainkan. Persoalannya sekarang, apakah PBDS Baru akan memberi impak kepada landskap politik Dayak secara keseluruhan? Apakah pemimpin-pemimpin Dayak yang berkampung di Parti Keadilan Rakyat akan menyertai PBDS Baru. Sekiranya perkara ini berlaku, bermakna PKR Sarawak akan dibubarkan dan memberi ruang kepada PBDS Baru.

Sejauh mana PRS mampu bertahan? Sejauh mana kehebatan PRS dalam mempertahankan kawasan yang dimenangi pada PRN10 yang lepas? Sekiranya, PRS, SPDP dan SUPP tak mampu bertahan, ini bermakna Sarawak hanya diwakili oleh parti PBB sahaja.

Apakah permainan ROS dan Najib?


Sunday, 18 August 2013

JOHN BRIAN HINA POLIS


Nampaknya pembangkang gemar mempolitikan soal keamanan Negara yang mana menjadi tanggungjawab semua warga negara Malaysia.

Kalau terdahulunya, Chong Cheng Jen (DAP) dan Tian Chua (PKR) menuduh bahawa BN bersandiwara. Hari ini melalui, Facebook Dr John Brian Anthony (DAP) mengeluarkan kenyataan yang menghina pasukan Polis Negara dengan melebelkan Polis masih tidur dan tidak menjalankan tanggungjawab mereka dalam menjaga keamanan Negara. Ternyata, pemimpin-pemimpin PR gemar menghina pasukan keselamatan Negara.

John Brian Anthony harus meminta maaf secara terbuka kepada warga Polis.

Admin berharap agar Dr John Brian Anthony akan memohon menjadi Polis selepas ini agar Negara Aman seperti yang dia dambakan.

Wednesday, 31 July 2013

BERTENANGLAH MAWAN JANGAN MARAH-MARAH

Tan Sri Mawan seakan-akan seperti cacing terkena panas dengan mengeluarkan kenyataan yang agak marah membalas kenyataan Tan Sri James Masing untuk membuka pintu PRS buat G5 masuk PRS.

Mawan tak perlu mengelabah sebegini dan banyak-banyakan bersabar dan professional dalam mengendalikan permasalahan.



Masihkah kau (Mawan) Ingat?

Ketika PRS mengalami kemelut selepas PBDS dibatalkan oleh ROS, Mawan telah mengambil Datuk Aaron untuk bersama SPDP. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mawan adalah " adalah lebih baik Datuk Aaron bersama parti BN (SPDP) daripada bersama pembangkang".

Apa yang berlaku hari ini, adalah situasi yang sama. Di mana Tan Sri James menawarkan G5 untuk bersama PRS daripada mereka bersama pembangkang. Mereka merupakan barisan kabinet dan adalah satu kerugian sekiranya mereka mengikut ataupun bersama pembangkang.

Admin nasihatkan Mawan supaya lebih bertenang dalam mengendalikan setiap kenyataan yang ingin dikeluarkan.

Kenyataan yang pernah Mawan keluarkan suatu ketika PRS dalam kesulitan kini Mawan kena jilat balik. Perbetulkan masalah parti kamu dulu.


Tuesday, 30 July 2013

LARRY SNG PEMBULAK

Hari ini Larry Sng dengan gegabah telah menukar tempat untuk memberikan bantuan pendidikan melalui tabung pendidikan Larry Sng. Melalui Fan Page FB Sarawak Worker Party, Larry Sng akan memberikan sumbangan tersebut di ibu pejabat SWP tapi hari ini, pada saat akhir beliau menukar tempat berikutan berita tersebut tersebar meluas melalui tweeter GAS (Gerakan Anti Swp). Larry Sng mengelak daripada di serbu oleh para student universiti.

Larry Sng bukan Pemimpin tapi PEMBULAK.


Thursday, 11 July 2013

NAJIB TERUS BERLAGAK SOMBONG

Najib masih mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang kata putus berkenaan dengan pemintaan Parti Rakyat Sarawak supaya mempunyai 2 Menteri Penuh di kabinet kerajaan. Parti Rakyat Sarawak yang berjaya mengekalkan 100% pada PRU13 yang lepas seharusnya diberikan jawatan Menteri Penuh dan bukannya sebagai Menteri Penuh yang hanya menghiasi pejabat Perdana Menteri.

UMNO merupakan sebuah parti yang terbesar dalam pakatan BN namun tidak seharusnya UMNO Najib meminggirkan PRS. Sekiranya PRS tidak membantu dengan 9 kerusi yang dimenangi, adakah Najib masih bergelar sebagai PM? Apakah nasib beliau serupa dengan Pak Lah juga?

Sebelumnya Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri James Jemut Masing mengeluarkan kenyataan bahawa "UMNO" perlu mengamalkan sistem pentadbiran perkongsian kuasa dalam mentadbir demi menjaga kestabilan dalam pakatan BN. Ini pasti menjadi satu keresahan untuk Pakatan Rakyat sekiranya BN terus bersatu tanpa meminggirkan parti yang kecil. Kenyataan beliau turut di sokong oleh barisan pemuda PRS Cr Ali Idap, Bakat dan Jesi.

Selaku Perdana Menteri, Najib harus memandang serius perkara ini demi menjaga kestabilan dalam pakatan BN.

"Apa Lagi Mau Najib"

Monday, 17 June 2013

KERAJAAN PEMBUNUH !!!

Mati ditempat kejadian
Selang beberapa hari dalam bulan ini sahaja lebih 3 Kecelakaan jalan yang mendatang MAUT kepada penduduk yang melalui jalan PERSEKUTAAN BAKUN-BINTULU ini.
Kalau di hitung nyawa yang telah terkorban di Jalan Persekutuan ini sejak digunakan, mungkin tidak lagi cukup jari tangan dan kaki. Kemalagan-kemalangan juga melibatkan penduduk Belaga dan Tubau serta pekerja-pekerja disekitar Daerah Belaga yang seharian menggunakan jalan ini.

Kematian yang sering kali disaksikan ini sungguh tragis dan dasyhat sekali. Ada mangsanya yang otaknya berderai di jalan raya, ada juga yang terburai ususnya. Perkara ini sangat mengelisahkan penduduk disini khasnya penduduk Sungai Asap.
Bulan ini sudah 3 nyawa orang Asap melayang 1 Orang taukey SOP.  Apakah perkara ini tidak serius di pandangan pihak berkuasa?????
Acapkali sudah penduduk sungai Asapkoyan telah menyuarakan masalah ini, namun seolahnya bagai berbual dengan Sang Batu tanpa tindakan serius. Ada pun bagi melepas kahak di pala tangga.
Mungkin ini yang membuat Penduduk Asapkoyan pada PRU-13 ramai menyokong Pembangkang???? 
Pada tahun 2010, Penduduk Asap juga cuba menyampaikan suara kebimbangan dengan membuat sekatan jalan di simpang jalan Sungai Asap Bakun. Hasilnya tidak ada apa-apa tindakan daripada pihak berkuasa.
Asapkoyan2u tak ingin menuding jari kepada sesiapa yang bersalah atau siapa yang lemah dalam hal ini. Masalah ini sudah terang lagi bersuluh.
Kepada penduduk Asapkoyan berhati-hatilah mengunakan jalan yang sangat teruk ini. Jangan memandu terlalu laju sebab lubang kawah ada dimana-mana.
Kepada pihak berwajip...tolonglah ambil tindakan segera. Kami tidak sanggup melihat nyawa penduduk Asapkoyan hilang dalam CELAKANYA JALAN INI!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...